Manfaat Astaxanthin Untuk Kulit Cantik | Pernah dengar ASTAXANTHIN? Tahu tak apa itu ASTAXANTHIN? Sebutan dia as-ta-zan-tin. Cik Puan VK perasan perkataan ni selalu sangat diulang sebut. Tadi dalam WHI dan Jom Singgah kat TV3 berulang-ulang disebutkan perkataan astaxanthin ni sewaktu tengah promosi produk kecantikan kulit. Produk berbeza dalam dua rancangan yang berbeza ni. Apa manfaat astaxanthin ini sebenarnya untuk kulit cantik ye? Macam SPECIAL sangat kan?

Benefits-of-Astaxanthin

Apa itu ASTAXANTHIN?

Saya pernah terbaca Puan Felinna share yang astaxanthin ni adalah penemuan baru antioksidan, yang berpotensi menjadi sumber terbaik, terkuat, dan sangat unik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Astaxanthin ialah Pigmen Merah yang terjadi secara semulajadi dalam pelbagai organisma hidup seperti Ikan Salmon, Udang dan Ketam.

sumber astaxanthin
Astaxanthin pada pigmen merah organisma hidup

Astaxanthin Anti Oksidan Kuat

manfaat astaxanthin antioksidan
Kekuatan antioksidan astaxanthin

Ya manfaat astaxanthin ini sangatlah kuat dari segi antioksidannya. Dipercayai kuasa antioksidannya bersamaan

  • 6,000 kali lebih berkuasa dari Vitamin C
  • 800 kali lebih berkuasa dari CoQ10
  • 550 kali lebih berkuasa dari Teh Hijau
  • 550 kali lebih berkuasa dari Vitamin E
  • 75 kali lebih berkuasa dari Alpha Lipoic Acid
  • 40 kali lebih berkuasa dari Beta-Carotene
  • 17 kali lebih berkuasa dari ekstrak biji anggur

Wow!!! Terkedu seketika saya bila mengetahui fakta-fakta ini. Banyak betul manfaat astaxanthin ini terutamanya dalam kuasa antioksidannya. Patutla ramai betul yang menyebut-nyebut astaxanthin je sekarang ni.

Manfaat Astaxanthin Untuk Kulit Cantik

Kalau ikut jurucakap tadi (WHI dan Jom Singgah), astaxanthin boleh menjadikan kulit cantik, gebu, sihat, licin, putih dan bermacam-macam lagi yang menjadi idaman kaum wanita. Bagaimana agaknya ye?

Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam.

Ini kerana cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.

Selain itu, peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok.
astaxanthin dan kulit cantik
Perumpamaan kulit yang dilindungi dan tanpa perlindungan

Salah satu cara yang astaxanthin berfungsi adalah dengan melindungi lapisan paling luar kulit daripada tekanan oksidatif. Cara ini akan meningkatkan pembaikan sel dan pengeluaran kolagen, seterusnya meningkatkan kelembapan kulit, mencegah dan mengurangkan kedutan, serta menjadikannya lebih kukuh juga kulit lebih anjal. Astaxanthin juga boleh mengurangkan tanda-tanda radang kulit, dengan cara mengurangkan keadaan bengkak dan kerengsaan.

Banyak kajian dan penyelidikan menyimpulkan bahawa astaxanthin adalah makanan tambahan terbaik untuk membaiki dan menyembuhkan kulit anda dari luar dan dalam, melambatkan penuaan degan cara membaiki kerosakan sel seterusnya mengekalkan penampilan awet muda. Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan berkesan.

Credit: Live In The Now, Mercola.com, Life Extension

Manfaat Astaxanthin Terhadap Tubuh Badan

Bukan bermanfaat kepada kulit semata-mata, astaxanthin pun sangat bagus untuk kesihatan seluruh tubuh badan kita (klik gambar untuk imej yang lebih jelas);

manfaat astaxanthin terhadap tubuh badan

● Penawar yang amat berkesan untuk semua jenis siku tendon, sendi dan sakit otot, artritis dan tenis.
● Astaxanthin boleh sampai ke setiap bahagian sel, di dalam dan keluar.
● Astaxathin boleh melintasi rintangan darah-otak untuk melindungi otak dan sistem saraf.
●Astaxanthin boleh melintasi halangan darah retina dan membawa perlindungan kepada mata.
● Astaxanthin berfungsi di setiap bahagian badan, organ-organ dan kulit.
● Astaxanthin boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan tendon, sendi dan otot.
● Merangsang sistem imuniti
● Membantu mencegah serangan jantung
● Membantu mencegah permulaan sel-sel kanser
● Membantu mencegah Alzheimer dan Parkinson
● Menormalkan tekanan darah
● Melegakan masalah prostat
● Memberikan ketahanan yang lebih baik untuk selsema
● Mencegah dan mengurangkan kencing manis
● Mencegah penyakit gusi
● Meningkatkan kesihatan reproduktif
● Melindungi semua bahagian sel-sel daripada kerosakan oksidatif
● Makanan tambahan utama untuk kesihatan mata dan mencegah kebutaan.
●katarak
●degenerasi makular
●makular edema cystoid
●retinopati diabetik
●glaukoma dan lain-lain lagi

Sumber Astaxanthin Saya?

Oooooo.. patutla saya perasan (perasan?!) sejak saya amalkan CarotoMax ni bukan sahaja penglihatan bertambah baik tetapi kulit juga lebih lembap dan jerawat pun jarang singgah. Ini rahsianya ye. CarotoMax Shaklee mengandungi astaxanthin juga tau. Ramai juga yang berkongsi keterujaan kulit lebih cantik dengan CarotoMax.

?????????????????

carotomax kulit cantik

testimoni carotomax untuk kulit2
Credit to Adah Talib

testimoni carotomax untuk kulit3 testimoni carotomax untuk kulit

Anda mahu mendapatkan CarotoMax?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Manfaat Astaxanthin Untuk Kulit Cantik

5 thoughts on “Manfaat Astaxanthin Untuk Kulit Cantik

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge