Apabila ada yang memberitahu dirinya mengalami kayap, tentu ramai yang berasa agak lucu dan menganggap itu cuma masalah “gatal kulit” yang biasa.

Sebenarnya, kayap ialah sejenis ruam menyakitkan, melemahkan tubuh dan meninggalkan kesan jangka panjang yang serius jika tidak dirawat segera.

Gelembung air pada permukaan kulit di peringkat awal

Apa Itu Kayap?

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti kesan ubat-ubatan tertentu (seperti ubat steroid).

Dianggarkan sepanjang hayat kita lebih kurang 10% hingga 30% kemungkinan akan menghidapi penyakit ini.

Pencetus penyakit kayap bermula apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh seseorang itu apabila mengalami penyakit cacar air atau chickenpoxSetelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.

Gejala dan Tanda Kayap

Penyakit ruam melepuh yang biasanya diiringi derita kesakitan itu boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira usia atau bangsa.

Bagi kebanyakan pesakit, rasa sakit akibat ruam kayap semakin reda apabila ruam mula pulih, tetapi bagi sesetengah pesakit pula, ia boleh menyebabkan kesakitan saraf pada jangka masa panjang.

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf  pada satu bahagian badan sahaja yang biasanya pada bahagian dada atau muka.

Tanda-tanda awal:

  • rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat,
  • demam,
  • keletihan
  • sakit kepala.

Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia biasanya akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat pula, akan kelihatan tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1-2 hari, akan timbul gelembung-gelembung air yang kecil bewarna kekuningan.

Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (kuping) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

kayap shaklee
Kayap pada bahagian belakang badan, tumbuh mengikut salur urat saraf

Komplikasi Kayap

  1. komplikasi awal boleh terjadi jangkitan bakteria pada gelembung air pada kulit dan risiko pendarahan pada biji-biji gelembung air itu menyebabkan kemungkinan mudah merebak ke kawasan lain
  2. Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
  3. kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang, selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun)

Rawatan Kayap

Segeralah berjumpa doktor untuk khidmat nasihat perubatan yang bersesuaian.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Pengalaman Getir Pesakit Kayap & Suplemen

set kayap shaklee

SITI NORHAYATI ABDUL HALIM

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!
Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two Face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu… serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Credit sumber: Supermom Shaklee Story

Ikhtiar sakit saraf akibat kayap dengan Vivix

 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini untuk membuat pembelian terus.

beli Set Jantung Sihat Shaklee Online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kayap : Cegah Sebelum Merebak
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge