Pernah dengar tak orang cakap mata ibu jadi rabun selepas bersalin? Cik Puan VK perasan juga ni. Tapi sebelum pregnant dulu memang hari-hari konsisten dengan CarotoMax. Lepas dah confirm pregnant, stop dah. Dah bersalin pun dok makan celup-celup juga sebab lupa **ketuk kepala sendiri**

Rabun Selepas Bersalin?

Dah makin tua, dah makin terasa rabun yang amat. Pula tu dalam gelap sesambil tidurkan anak kecil, Cik Puan VK ni rajin pula pakai handphone untuk edit poster la, update instagram la.. Ya, penggunaan smartphone dalam gelap! Jadinya silau memang semakin meningkat la. Haa.. dah jumpa punca utamanya sebab ni. Bukan kaitan dengan lepas bersalin ye. Tapi ada juga fakta dari health.com ni yang menyokong tentang rabun selepas bersalin dan menyusukan anak.

blurredvision-demo
Macam ni la pandangan jauh (kiri) Cik Puan VK. Tak boleh fokus. Bukan blurr terus macam ni

Dah tak boleh nak tahan rasanya kena juga buat cermin mata. Dulu-dulu ada la cermin mata tapi tak ada power rabun. Silau je tinggi. Kalau tertengok cahaya lampu ke, nanti nampak pecah-pecah je. Cari cermin mata lama memang dah tak tahu ke mana dah. Dan tak relevan dah kot nak pakai power lama. Sesambil ikhtiar konsisten makan CarotoMax balik, kena juga buat cermin mata baru.

Cermin Mata Murah

Ada terbaca kisah viral “cermin mata murah di Sungei Wang Plaza” jadi rasa macam memanggil-manggil je nak ke sana juga.

Secara jujurnya sejak kahwin ada anak-anak ni tak pernah jejak dah Sg Wang Plaza ni. Lebih 10 tahun dah! Jadi mula-mula sampai tu agak jakun juga la. Bila jumpa kedai-kedai cermin mata tengah-tengah tu dekat escalator rasa nak lompat bintang sebab murah sangat!! Murah sebab encik suami dan anak punya spec pun selalu buat kurang-kurang harga RM500. Kalau tambah itu ini lagi la harga boleh cecah 4 angka juga!! Tapi serious kat sini kalau RM500 boleh dapat 5!!

Kami jalan lagi.. Ke kedai-kedai belakang. Jumpa kedai yang semua harga RM65 siap cermin dan RM80 siap cermin. Wow!! Bingkai pun cantik-cantik tak ada la old fashion pun.

Jadinya Cik Puan VK check la power. Ok. Rabun tak ada cuma silau makin tinggi dari dulu. Dah 200++ juga setiap mata kiri kanan. Kena pula tazkirah dengan tuan kedai ni sebab tengok phone dalam gelap. Dan kalau untuk sesiapa yang memang banyak mengadap screen setiap hari, sangat disarankan ambil cermin anti cahaya biru.

cahaya-biru
Cermin anti cahaya biru yang menghalang cahaya biru memasuki mata

Tambahan cermin anti cahaya biru ni cuma RM80 sahaja. Murah!! Total cuma RM160 untuk cermin mata Cik Puan VK. Alhamdulillah. Happy sangat-sangat.

Bahaya Cahaya Biru Kepada Mata

bahaya-lampu-biru-kepada-mata
Kesan buruk cahaya biru kepada kesihatan badan

Salah satu kerosakan yang sering terjadi akibat mata terlalu lama menatap skrin smartphone, cahaya biru dari skrin smartphone boleh menyebabkan retina mata menjadi tegang. Bukan sahaja masalah rabun, silau, tetapi juga boleh menyebabkan penyakit katarak. Uuuh! Takutnya.

Jadi, langkah penjagaan mata dan penglihatan harus diambil segera. Tak boleh culas lagi dah makan suplemen dan kurangkan tatap skrin phone lama-lama tanpa protection.

cermin-mata-murah
Tadaaa.. gambar Cik Puan VK pakai cermin mata. Macam mak-mak sangat! tapi redha je la sebab yang penting CLEAR je pandangan ni 🙂

_________________________________________________________________

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Rabun Selepas Bersalin? | Cermin Mata Murah
Tagged on:         

One thought on “Rabun Selepas Bersalin? | Cermin Mata Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge