Lemon: Asid Atau Alkali? | Santai-santai Cik Puan VK nak share ilmu sikit yang mungkin ramai dah tahu. Tapi Cik Puan VK yakin ramai juga yang masih keliru. Termasuklah Cik Puan VK juga sebelum ni agak confuse juga perihal lemon asid atau alkali sebenarnya?

Lemons

Tambah-tambah pula bila glamour infused water yang banyak gunakan lemon untuk detoks dan bagus untuk kesihatan badan, ramai jugalah yang bertanya. Antara yang paling banyak ditanya;

“kak, saya ada gastrik la.. boleh ke nak minum air lemon ni? kan lemon tu asid.. nanti lagi senang la kena gastrik lagi kan? sesuai untuk pesakit gastrik tak?”

Lemon Asid atau Alkali?

Jawapan saya:

Ya betul, lemon itu memang berasid di luar badan. Tetapi beralkali bila di dalam badan.

Haaa? Macamana pula tu ye?

Betul, kalau kita test pH pada air lemon sebelum diminum, pH nya sangat rendah dan memang sifatnya asid waktu ini. Tetapi bila dah memasuki badan, ianya bertukar alkali dan dapat meneutralkan asid dalam badan, sebab itulah sangat disarankan untuk kita amalkan demi kesihatan badan.

pHScale
pH air lemon sekitar 2-3 sebelum diminum

Ini disebabkan asid lemon adalah asid citric iaitu asid yang lemah. Bila dah melalui proses pencernaan, dah selesai menjalankan tugasnya memberi tenaga dalam metabolisma, ia akan disingkirkan melalui peluh dan pernafasan dengan mudah. Dan mineral yang berlepas ke salur darah (selepas bertindakbalas dengan badan) adalah beralkali yang kalau kita test pH pada tisu badan pun memang melebihi 7.

*Sumber*

Macam mana proses tindak balas tu bertindak dan berlaku, kompleks sangat nak explain nanti jadi kelas sains pula 🙂

So dah jelas kan? Lemon asid atau alkali? Jawapan yang tepat ialah asid bila di luar badan tetapi beralkali bila dah melalui proses di dalam badan.

Perhatikan.. lemon berada dalam kumpulan makanan yang paling tinggi alkalinya dan sangat baik untuk kesiahatan badan
Perhatikan.. lemon berada dalam kumpulan makanan yang paling tinggi alkalinya dan sangat baik untuk kesiahatan badan

Namun ini hanya terjadi sekiranya lemon dipetik ketika sudah masak. Sekiranya buah itu belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan. Secara fakta, ia tidak hanya terjadi kepada lemon saja tetapi buah-buahan lain seperti oren, limau, mangga, pic dan epal. Untuk itu, pastikan kita membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.

Lemon Untuk Pesakit Gastrik

Percaya tak anda bahawa minum jus lemon setiap pagi boleh menyembuhkan gastritis? Gastritis adalah radang (bengkak) mukosa gastrik, yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor kerengsaan dan jangkitan. Seperti yang kita tahu, perut adalah organ pencernaan di dalam tubuh manusia yang berfungsi untuk menyimpan makanan, menghadam dan kemudian mengalirkan ke usus kecil. Dalam perut kita ada enzim pencernaan seperti pepsin, asid gastrik dan lendir untuk melindungi dinding perut. Apabila terdapat ketidak seimbangan antara faktor-faktor ini contohnya asid yang berlebihan atau lendir yang berkurang, ia boleh merengsa lapisan perut, menyebabkan keradangan dalam perut, dan inilah yang disebut gastrik atau gastritis.

manfaat minum air lemon

Menurut kajian itu, jus lemon telah diisytiharkan berkesan dan tidak mengganggu perut, malah selamat untuk gastritis. Apabila asid lemon masuk ke dalam perut, asid lemon inilah yang membantu meneutralkan asid dalam perut yang menyebabkan gastrik. Sebatian asid lemon yang masuk ke dalam salur gastrik juga menyebabkan pengeluaran cecair dalam perut yang berfungsi untuk melindungi lapisan perut. Juga pengeluaran enzim untuk mengekalkan gastrik sihat. Lemon boleh mengurangkan lebihan asid di dalam perut.

*Sumber*

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Lemon Asid atau Alkali? Sesuai Untuk Pesakit Gastrik?
Tagged on:         

4 thoughts on “Lemon Asid atau Alkali? Sesuai Untuk Pesakit Gastrik?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge