Menyusukan Bayi Boleh Membantu Merancang Kehamilan | Ramai yang cakap kalau kita menyusukan bayi, bukan sahaja baik untuk kesihatan bayi, ibu pun boleh cepat kurus dan dalam masa yang sama membantu merancang kehamilan seterusnya. Betul ke ye?

menyusukan dan merancang kehamilan

Merancang Kehamilan Dengan Menyusukan Bayi

Memang betul menyusukan bayi boleh membantu kaedah merancang kehamilan secara semulajadi. Ibu yang menyusukan ni terutamanya yang menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu tidak subur dan tidak datang haid dalam tempoh masa yang tertentu. Dah tak ada haid, maksudnya tak ada juga pengovulan. Dan ibu-ibu ini sah-sahla selamat kan? Tapi, ada syarat-syarat juga tau yang mesti diambil kira.

Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu bentuk kontrasepsi dikenali sebagai kaedah amenorrhea laktasi (lactational amenorrhoea – LAM). LAM dikatakan lebih daripada 98 peratus berkesan. Tetapi HANYA akan berkesan sekiranya semua jawapan dibawah adalah “TIDAK”

*Adakah kitaran haid anda sudah kembali? ~ TIDAK

*Adakah anda kerap menambah atau tidak menyusukan bayi dalam jangka masa panjang, sama ada pada waktu siang (lebih daripada tiga jam) atau pada waktu malam (lebih daripada enam jam)? ~ TIDAK

*Adakah bayi anda berusia lebih enam bulan? ~ TIDAK

Kalau ada salah satu daripada jawapan di atas itu YA, maka anda masih berisiko untuk hamil juga ye. Namun kajian menunjukkan kebanyakan ibu yang menyusukan secara eksklusif kekal tidak subur untuk tempoh masa lebih daripada enam bulan. Kesuburan dan haid hanya datang kembali apabila bayi semakin kurang menyusu dan hormon prolaktik menurun.

Tips Menggunakan Penyusuan Untuk Melambatkan Kesuburan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

  1. Latih penyusuan tanpa had. Biasanya enam ke lapan kali penyusuan sehari akan mengurangkan kesuburan.

  2. Jangan biarkan anak anda tidur sepanjang malam tanpa bangun menyusu. Hormon menghasilkan susu yang mengurangkan tahap kesuburan lebih tinggi antara pukul 1 hingga 6 pagi. Penyusuan waktu malam sangat penting untuk mengurangkan kesuburan. Tidur bersama bayi anda memudahkan penyusuan waktu malam.

  3. Bayi hanya menghisap puting ibu sepenuhnya tanpa penggunaan botol atau puting kosong.

  4. Lewatkan pemberian makanan pejal sehingga bayi berusia enam bulan ke atas. Makanan pejal hanya sebagai nutrisi tambahan, bukan pengganti penyusuan.

Yang paling penting untuk melambatkan kesuburan adalah kekerapan penyusuan bagi mengekalkan paras prolaktin yang tinggi di dalam darah. Prolaktin yang tinggi mengurangkan kesuburan dan membantu merancang kehamilan secara semulajadi.

Sekiranya syarat dan peraturan ini dapat diikuti, ibu-ibu boleh menikmati tempoh “selamat” amenorea penyusuan (tiada datang haid) sehingga purata 13 ke 16 bulan. Tetapi ini secara purata sahaja la, yang kebiasaannya ibu-ibu dah mula mengalami datang haid kembali setelah 6 bulan. Sebab bila bayi dah berusia 6 bulan, dah boleh makan dan akan mengurangkan mereka minum susu. Susu ibu pun berkadaran dengan demand, bila demand pun kurang, supply susu ibu pun akan kurang juga. Prolaktin pun menurun dan ramai dari ibu-ibu yang dah mula datang haid kembali dalam tempoh waktu ini.

Rujukan: Baby Centre, Australian Breastfeeding Association, Glowm.com

Selain itu, banyak lagi manfaat dan kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu, bukan hanya untuk bayi tapi untuk ibu itu sendiri juga.

kebaikan penyusuan

“Kebaikan Set Penyusuan Shaklee”

“Susu Ibu Cair Petanda Kurang Kualiti?”

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

 

Menyusukan Bayi Boleh Membantu Merancang Kehamilan

5 thoughts on “Menyusukan Bayi Boleh Membantu Merancang Kehamilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge