Tips Jaga Makan Di Rumah Terbuka | Bila bulan Syawal, keluarlah tagline #rayakansebulan yang menggambarkan sambutan raya ni sepanjang bulan. Tidak kira sama ada hari biasa dengan sambutan rumah terbuka di opis atau di tempat kerja mahupun pada hujung minggu, dengan sana sini jemputan rumah terbuka kan?
Nak tolak, time ni la kita nak jumpa kawan-kawan lama yang setahun sekali je ada kesempatan nak jumpa bila rumah terbuka. Kalau pergi pulak, teruja dengan bermacam-macam juadah sampai lupa nak jaga makan. Lemang, rendang, kuah kacang, nasi himpit, kuah lodeh, ketupat, dan macam-macam lagi aneka hidangan yang memang sukar untuk kita buat tak nampak je kan? Mesti semuanya nak “rasa” yang kemudiannya jadi berpinggan-pinggan pulak “rasa”nya *-^

Tips Jaga Makan Di Rumah Terbuka
Biasa kita dengar kan bila musim raya ni, soalan yang selalu disebut-sebut;
Kenapa berat badan naik banyak? Puasa hari tu dah elok turun?
Kenapa badan cepat benar letih ye? Lemau je..
Memang itulah hakikatnya yang sering berlaku akibat tabiat pemakanan yang tidak berapa betul sepajang musim perayaan.
Yang nak Cik Puan VK kongsikan ni pun tips jaga makan yang dipetik dari instagram Kevin Zahri. Tapi Cik Puan VK ni nak juga share di sini di samping nak “simpan” dalam bentuk coretan blog ni untuk senang nak refer di kemudian hari.
#1 ~ Jangan tak beraya
Bila dapat jemputan, jangan pula tak hadir konon-konon sebab nak jaga makan. Bukan begitu caranya. Jaga makan tu bagus tapi jangan sampai tak beraya pula. Hadirkan diri untuk mengeratkan silaturrahim. Bila dah makan beraya di hujung minggu, balancekan kembali dengan ambil makanan yang lebih sihat di hari-hari biasa.
#2 ~ Start balanced
Semasa mula nak makan, pilih makanan yang seimbang terlebih dahulu. Makanan seperti protein dan karbohidrat lebih mengenyangkan dan boleh mambantu kita mengawal makan secara berlebihan. Cuba elakkan makan desserts manis terlebih dahulu kerana nanti akan membuatkan kita makan dan makan lagi.
#3 ~ Plan ahead I
Kan bagus jadikan makan di rumah terbuka tu sebagai makanan utama kita. Maksudnya kalau ada jemputan waktu tengahari, lunch sahaja di rumah terbuka tu. Tak perlu lunch dahulu di rumah dan kemudian makan lagi di rumah terbuka nanti. Waaah… berapa banyak nanti makanan akan masuk ke perut?
#4 ~ Plan ahead II
Rancang dahulu apa yang nak dimakan. Bila sampai di rumah terbuka, survey dahulu makanan yang ada dan kemudian pilih makanan kita. Elakkan dari ambil apa yang nampak terlebih dahulu nanti bila nampak yang lain, kita tambah lagi.
#5 ~ 20 minutes rule
Otak kita mengambil masa 20 minit untuk menafsirkan bahawa kita dah kenyang. Jadi berpada-pada ambil makanan ye. Kalau kita masih meneruskan makan sehingga rasa kenyang, itu sebenarnya tanda kita dah terlebih makan.
#6 ~ Sunnah Nabi
Rasulullah dan Islam pun mengajar kita untuk makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ni dah berkait dengan 20 minutes rules.
#7 ~ Kurang kalori air
Yang selalu kita nampak dulu ialah rendang, lemang, sate, dan bermacam lagi makanan yang lazat serta menyelerakan. Semuapun tinggi kalori kan? Jarang sangat yang terfikir untuk ambil air terlebih dahulu. Apa kata kita cuba tips jaga makan ni dengan minum air terlebih dahulu. Bukan sahaja boleh kontrol kita ambil kalori yang banyak, ia juga boleh bantu kita cepat kenyang dan makan pun sedikit sahaja.

Tips jaga makan agar tidak makan secara berlebihan nampak simple je kan? Tapi jangan tak tahu, inilah sebenarnya rahsia kurus ramping ye. Kalau tak ikut tips jaga makan ni, tak mustahil ada yang terbeliak biji mata nanti bila naik atas penimbang dan tengok angka berganda-ganda.. *oh no!! saya pernah alaminya..sadis!*
Yang penting, kita jaga juga kesihatan tubuh badan kita supaya kolesterol terkawal. Bahaya tau bila kolesterol tinggi ni, pembunuh senyap.
Selamat hari raya!! #rayakansebulan *_^ Selamat juga mengamalkan tips jaga makan ini ye. Syyy… jangan kecoh-kecoh tau sebab ni RAHSIA kurus ramping walaupun sakan beraya. *peace*
__________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Raya kan sebulan, makan la sepuasnya..lepas ni kita fikir cara nak kempiskan pula apa yang patut
Noriza Rahman recently posted…Runsing Masalah Haid Tidak Teratur?
Hihihi.. makan sepuasnya ye? Pastu balik umah terus cari bantal 😀
Pingback: 2 Cara Mudah Elak Gemuk Semasa Beraya