Ni antara soalan yang paling banyak Cik Puan VK terima dari customers kesayangan.

“Boleh ke makan vitamin semasa period?”

“Selamat ke makan vitamin masa haid ye kak?”

“Ada kesan sampingan tak kalau makan vitamin semasa period? Cepat kering ke?”

Tak dinafikan ramai yang keliru dengan kesan sampingan yang bakal dihadapi kalau ambil vitamin semasa period, kerana ada sesetengan suplemen ni yang sifatnya “panas” dan boleh menyebabkan period cepat kering maka sebab itu disarankan untuk tidak mengambilnya semasa datang bulan.

Berbeza dengan vitamin Shaklee yang lebih bersifat natural dan sesuai diamalkan bila-bila sahaja, kecuali beberapa situasi untuk vitamin tertentu seperti GLA COMPLEX, VIVIX, dan beberapa lagi. Namun begitu, Gla Complex dan Vivix ini juga masih sesuai diamalkan semasa datang haid. Ada feedback juga dari pengguna setia yang seronok amalkan Vivix kerana haid lebih lawas dan badan pun rasa ringan je.

Klik pada gambar untuk membuat pembelian Vivix

Keperluan Vitamin Semasa Haid

Setiap kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza. Sesetengah wanita terdedah kepada simptom yang teruk, sementara yang lain hanya mengalami pengalaman yang sederhana. Badan anda kehilangan vitamin utama semasa haid. Jadi di sini sebenarnya pengambilan vitamin tambahan sangat diperlukan untuk membantu menambah apa yang telah hilang semasa haid, mengurangkan simptom-simptom haid dan membuat wanita berasa lebih selesa semasa menstruasi.

Antara beberapa vitamin yang sangat diperlukan semasa period termasuklah;

#1 ~ Vitamin C

Perasan tak semasa period, kita kaum wanita selalu mengidam pelbagai makanan sedap-sedap, yang manis-manis. Sebenarnya rasa “teringin” itu salah satu sebabnya adalah kekurangan vitamin C. Selain itu, vitamin C juga penting untuk penyerapan zat besi dan nutrien lain yang telah hilang semasa haid. Sekiranya anda mengamalkan juga suplemen zat besi (Vitalea untuk Shaklee), cuba ambilnya bersama segelas jus oren. Boleh juga bersama-sama makanan kaya vitamin C yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

#2 ~ Vitamin E

Biasanya, gejala yang berlaku pada minggu sebelum bermula haid dikenali sebagai sindrom pramenstruasi atau PMS. Sesetengah simptom ini, seperti kemurungan, kerengsaan, water retention, cepat penat, moody dan senggugut, boleh diatasi dengan vitamin E. Pengambilan  400 IU Vitamin E boleh membantu mengurangkan gejala berkaitan haid.

#3 ~ Vitamin B

Kedua-dua B12 dan B6 boleh digunakan untuk mengatasi beberapa gejala yang berkaitan dengan PMS. Khususnya, kekurangan vitamin B12 sering dikaitkan dengan keletihan. Mengambil vitamin B12 sebelum dan semasa period dapat membantu anda mengurangkan rasa penat. Vitamin B6 pula boleh membantu masalah kembung dan kemurungan.

#4 ~ Vitamin A

Vitamin A membolehkan perkembangan organ pembiakan yang sempurna seperti rahim, serviks dan vagina. Oleh kerana vitamin A adalah antioksidan, ia membantu mengekalkan kekuatan tisu pembiakan yang terlibat dalam haid. Tanpa pengambilan vitamin A yang mencukupi, seorang wanita mungkin mengalami amenorea, atau pemberhentian tempoh haidnya.

Rujukan asal: Livestrong

Itu antara beberapa vitamin yang sangat diperlukan semasa haid. Jadi pengambilan vitamin-vitamin semasa period bukan sahaja selamat tetapi juga turut membantu kitaran haid yang sihat.

Oleh itu, bolehlah terus makan vitamin tau. Jangan berhenti 🙂

Semoga perkongsian Cik Puan VK ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda yang membacanya.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

“Boleh Ke Makan Vitamin Semasa Period (Haid)?”
Tagged on:     

2 thoughts on ““Boleh Ke Makan Vitamin Semasa Period (Haid)?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge