Selalunya kalau kita sebut chicken pox atau cacar air ni, yang terbayang mesti kanak-kanak yang kena. Jarang-jarang sekali kita fikirkan orang dewasa juga tak la kebal dari virus ni. Malah, ada kajian yang menyatakan chicken pox orang dewasa lebih bahaya.

Kalau diteliti kes anak-anak Cik Puan VK sendiri pun, lebih meningkat usia mereka kena chicken pox ni, lebih besar-besar dan lebih “meriah” berbanding anak-anak lain yang dijangkiti semasa masih kecil.

Nangis kalau dapat macam ni. Gatal, pedih, segala macam rasa ada

Jadi, golongan dewasa juga harus peka dengan simptom dan tanda-tanda terkena chicken pox ini terutamanya yang masih belum dijangkiti semasa kanak-kanak.

Apa Itu Chicken Pox atau Cacar Air?

Chicken pox adalah disebabkan oleh virus varicella zoster. Biasanya berlaku pada kanak-kanak 12 tahun ke bawah, tetapi sesiapa pun tetap berisiko untuk dijangkiti tidak kira berapa usianya.

Virus ini selalunya tak dapat nak dielakkan, mesti dapat juga walau sekali dalam hidup dan biasanya terjadi kepada kanak-kanak. Walaubagaimana pun tidak bermakna golongan dewasa terlepas dari jangkitan, malah risiko lebih tinggi untuk golongan dewasa ini mendapat komplikasi dari chicken pox seperti radang paru-paru. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga berdepan risiko pelbagai komplikasi jangkitan dalaman seperti perokok dan wanita hamil.

Bagaimana Chicken Pox Boleh Berjangkit

Mudah sahaja. Chicken pox boleh tersebar melalui udara lebih-lebih lagi kalau ada berhubung secara langsung dengan sesiapa yang dijangkiti chicken pox sebelum ini.

Virus ini boleh hinggap di badan sehingga 3 minggu lamanya sebelum pesakit menunjukkan simptom-simptom chicken pox seperti biji-biji merah dan lepuh-lepuh pada bahagian kulit.

Simptom dan Peringkat Chicken Pox

  1. sebagai permulaan, biasanya anda akan dapat demam selama 1-2 hari
  2. kemudian bintik-bintik merah akan muncul. Mulanya pada bahagian muka dan kulit kepala sebelum merebak ke dada dan perut, kemudian ke lengan dan kaki. Ada juga kes yang bintik-bintik ini sangat sedikit pada setiap bahagian
  3. bintik-bintik merah ini kekal selama 1-2 hari sebelum mula timbul dan bertukar menjadi lepuh-lepuh air atau nanah. Tempoh ini sangat menguji kerana mula rasa pedih-pedih dan gatal dan kebiasannya sehingga hari ke 5-7 selepas jangkitan
  4. biji-biji berair dan bernanah itu selalunya mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk kering. Memang agak gatal dan kat sinilah kesabaran yang tinggi sangat-sangat penting untuk mengawal tangan supaya tidak terus menggaru. Bila garu, mudah luka dan boleh mengundang jangkitan kuman pula.

Jelas sekali, nasihat sangat mudah kan? Tapi nak melaluinya sendiri sangat sukar. Hehehe.. Kalau Cik Puan VK sendiri pun mesti dok asyik tergaru-garu je. Mungkin tips ini sedikit membantu:

:: Pastikan kuku pendek untuk mengurangkan kerosakan daripada menggaru tempat.
:: Pakai pakian dari kain kapas licin yang tidak akan menambah kerengsaan kulit.
:: Untuk melegakan gatal-gatal, boleh cuba sapu losyen dan apa-apa krim bantuan yang menyamankan.

“Kurangkan dan Hilangkan Gatal Chicken Pox Dengan Cepat”

Jika anda mengalami apa-apa gejala yang tidak normal termasuk lepuh terkena jangkitan atau berasa benar-benar sakit, Cik Puan VK cadangkan berjumpa dengan doktor dengan segera.

Apa Nak Buat Bila Dijangkiti?

  • kuarantinkan diri. Elakkan keluar rumah, dan berjumpa dengan ramai orang terutamanya IBU HAMIL, MEREKA YANG IMUN RENDAH
  • minum banyak air untuk elakkan dehidrasi.
  • doktor akan bekalkan ubat jika demam tinggi

Risiko Komplikasi Chicken Pox Orang Dewasa

Menurut maklumat yang diterbitkan oleh BUPA, pelbagai masalah boleh terjadi dari chicken pox atau cacar air. Sebagai contoh, pada blister atau lepuh-lepuh air nanah itu boleh terjadinya jangkitan bakteria lain yang boleh membawa kepada masalah kulit seperti kudis, melarat kepada lambat baik, dan bersambung pula kepada masalah parut yang besar dan hodoh. Chicken pox orang dewasa lebih berisiko berbanding chicken pox kanak-kanak.

Terdapat juga risiko komplikasi yang boleh juga terjadi, antaranya

  • pneumonitis (radang paru-paru)
  • ensefalitis (radang otak)
  • jangkitan dan masalah kulit
  • masalah kepada ibu dan kandungan (sekiranya ibu mengandung)

Dan mereka yang berisiko tinggi adalah yang lemah sistem imun badan, perokok, dan juga ibu hamil. Segera berjumpa pakar kesihatan sekiranya sakit berlarutan, sesak nafas, dan anda tergolong dalam mereka yang berisiko tinggi.

Bolehkan Chicken Pox Dijangkiti Lebih Sekali?

Biasanya cuma sekali sahaja seumur hidup. Dan apabila kita sudah terkena jangkitan chicken pox ini, selamanya kita berisiko dengan virus vericella zoster ini untuk menyerang semula sekiranya imun sistem lemah, tetapi bukan lagi dengan chicken pox tetapi dengan kayap, yang lebih pedih, ngilu dan menyakitkan. Boleh terasa dari hujung rambut ke hujung kaki macaman azabnya kayap ni.

Virus dari chicken pox yang ada di dalam badan akan mengundang kayap (aktifkan virus) bila sistem imun badan semakin lemah

Yang pasti, ianya tidak boleh dielakkan. Cuma boleh berikhtiar dengan menguatkan sistem imun kita. Bersedia untuk dijangkiti tetapi secara terkawal.

Sumber: Huffingtonpost.co.uk

Kalau tanya Cik Puan VK, apa yang sesuai nak protect dan kuatkan imun sistem, boleh cuba set Immune Sistem Shaklee yang ada Nutriferon, Vitamin C, Garlic, dan Carotomax.

Atau paling tidak, boleh cuba Nutriferon yang memang best sangat ini.

Waaaahhh.. Dr Zubaidi ni share tentang kebaikan biji labu.. Superbnya.. Dan kalau nak tau, dalam #nutriferonshaklee pun ada biji labu sebagai salah satu ramuan utamanya..

Ramai yang suka jadikan #Nutriferon ni sebagai “first aid kit” bila ada sesuatu kecemasan.

Sama macam kami sendiri. Bila rasa nak demam, selsema ke, cepat-cepat ambil Nutriferon lepas tu demam pun dah jadi malu-malu nak datang. Anak-anak demam #chickenpox dan HFMD pun kami ikhtiar dengan Nutriferon ni. Alhamdulillah, sangat-sangat membantu tingkatkan #antibodi, #kuatimunanak-anak ni.

Memang istimewa kerana Nutriferon merupakan satu-satunya suplemen yang dihasilkan oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima, selepas menjalankan penyelidikan selama melebihi 40 tahun. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon selepas menjalankan pelbagai penyaringan, uji kaji dan penilaian terhadap ribuan sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan.

Yang nak dapatkan SET IMMUNE BOOSTER boleh *Klik di sini* terus ye.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Chicken Pox Orang Dewasa Lebih Bahaya?
Tagged on:                 

6 thoughts on “Chicken Pox Orang Dewasa Lebih Bahaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge