Sedar tak sedar Cik Puan VK bakal celebrate anniversary ke 3 bergelar surirumah tak lama lagi. Ya Allah, macam tak caya sebenarnya mampu juga Cik Puan VK keluar dari zon selesa makan gaji selama lebih 10 tahun di sebuah bank terkemuka. Alhamdulillah, Cik Puan VK secara jujurnya sedikitpun tak menyesal dengan pilihan ini, malah bersyukur dengan keputusan untuk bergelar surirumah sepenuh masa.

Tapi faham-faham la kan dalam cabaran ekonomi yang semuanya mencabar ni, tak boleh nak goyang kaki je. Kat rumah pun Cik Puan VK boleh bekerja walaupun setiap masa 24 jam sehari menguruskan anak-anak. Sangat beruntung rasanya boleh menjana pendapatan dan dalam masa yang sama anak-anak pun tak terabai.

Bisnes Online Untuk Surirumah

Bisnes Online Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Surirumah

Secara dasarnya, Cik Puan VK kongsikan kenapa bisnes online Shaklee ini pilihan terbaik untuk surirumah yang nak mempunyai pendapatan walaupun hanya di rumah

#1 ~ Produk Terkenal

Kalau dulu ya, susah nak cerita kat orang kita ni jual Shaklee. Orang akan tanya balik “Shaklee tu apa?” Tapi sekarang ni Shaklee dah memang popular, terkenal merata-rata. Dah tak perlu nak bercerita panjang lebar kerana sudah ramai yang sedia maklum tentang kebaikan dan keberkesanannya. Mudah untuk nak promote kan.

Pelanggan yang membuat pembelian pun mudah nak repeat order kerana yakin dan merasai keberkesanan produk.

Keistimewaan Shaklee

#2 ~ Tak Perlu Keluar buat Direct Selling

Selama Cik Puan VK bersama Shaklee ni, tak pernah sekalipun lagi Cik Puan VK keluar buat direct selling. Cik Puan VK mengaku yang dulu-dulu ni Cik Puan VK segannya nak buka mulut nak bercerita kat orang, macam ada lombong emas. Biasa la tu kan? Nak dapatkan confident tu susah maklumlah kita baru nak bermula. Jadi, Cik Puan VK gunakan 100% kedai online sahaja.

Bermula dari medium ini, Cik Puan VK dapat customer dari serata Malaysia, memang boleh jana pendapatan. Dan selepas beberapa lama berkonsultasi dengan customer baru la dapat keyakinan nak berdepan dengan orang. Tapi tetap tak buat direct selling, cuma dah tak segan nak buka mulut bercerita 🙂

#3 ~ Tiada Modal Besar

Bisnes online Shaklee ni tak perlukan modal besar tau. Kalau nak kata tak perlukan modal langsung tu macam over sangat. Of course ada modal untuk dartar keahlian, ada modal untuk bil telefon bil internet (dah namapun online kan). Tetapi sangatlah minimum.

Yuran pendaftaran cuma RM79.50 termasuk kos pos membership kit dari pihak Shaklee.

Sewaktu bermula dulu, Cik Puan VK tak ada laptop pun. Cuma bermodalkan phone sahaja untuk update facebook, instagram, fanpage dan blog juga create poster. Lama-kelamaan dah ada untung dari berniaga, boleh upgrade sikit guna laptop untuk memudahkan kerja. Yang penting kita BERMULA. Langkah yang kecil pun inshaaAllah boleh menghasilkan kejayaan yang besar.

#4 ~ 100% Sistem Online Yang Lengkap

Pihak Shaklee Malaysia memudahkan urusan bisnes kita dengan menyediakan satu sistem online yang Cik Puan VK kira sangat lengkap dan banyak membantu untuk semua ahlinya. Semuanya kita boleh buat online walaupun di rumah sambil anak-anak bermain di depan mata.

Antara kemudahan online yang disediakan termasuklah;

  • mendaftar keahlian ahli baru
  • pembelian produk Shaklee untuk diri sendiri
  • pembelian produk Shaklee untuk customer dan dihantar terus kepada alamat customer
  • sistem rekod penghantaran produk kepada customer
  • rekod jumlah jualan
  • rekod terkini pendapatan
  • jadual latihan Shaklee di seluruh Malaysia
  • info terkini tentang produk (update stok baru masuk, atau produk yang dah hampir out of stock)
  • belajar tentang ilmu produk yang sentiasa diupdate

Dan pelbagai lagi kemudahan bantuan bisnes online Shaklee yang disediakan oleh pihak Shaklee sendiri.

bisnes online shaklee
Contoh pembelian produk Shaklee kepada customer yang diuruskan penghantaran terus oleh pihak Shaklee

#5 ~ Pendapatan Shaklee “laku” Untuk Urusan Bank

Yang ni mesti ada yang risau kalau bergelar surirumah, dah susah nak buat loan bank untuk beli kereta, beli rumah. Tak perlu risau, memang penyata pendapatan kita diterima oleh bank. In shaa Allah. Cik Puan VK cakap ni bukan cakap je tau. Sebab Cik Puan VK pun ada rekod urusan bank dengan penyata pendapatan Shaklee. Alhamdulillah. Tak perlu nak risau-risau lagi ok 🙂

#6 ~ Fleksibiliti Masa

Surirumah la yang paling sibuk kan? Dialah tukang masak, dialah tukang cuci, dialah penjaga anak-anak, cikgu tusyen anak-anak, cikgu mengaji, macam-macam lagi la. Memang sangat memenatkan kadang-kadang tak terfikirpun bila masa nak bisnesnya?

Tapi memandangkan bisnes ini online dan kecanggihan teknologi sekarang ni macam-macam dah boleh buat. Cuma curi masa sejam dua tengah malam, buat apa yang patut, post-post di media sosial boleh muncul ikut time yang kita set esoknya. Haaa, nampak macam kita ni 24 jam dok ngadap online je kan, tapi tak pun. Kita dok buat kerja rumah ni uruskan anak-anak, tapi sistem online yang bantu kita bekerja. 🙂

Baca juga: Tips Ibu Bekerja di Rumah Lakukan Kerja Dengan Mudah

#7 ~ “Unlimited Profit”

Dengan modal kecil, ramai surirumah yang boleh menjana income beratus-ratus malah beribu-ribu kali ganda setiap bulan. Unlimited profit. Lebih banyak kita bekerja, lebih banyak keuntungan yang boleh kita perolehi. Pelbagai klasifikasi pendapatan dalam perniagaan Shaklee ini. Ada untung runcit jualan, ada bonus jualan, ada bonus kereta, pelancongan percuma, dan bermacam-macam lagi. Ruginya kalau tak ambil peluang. Bermula dengan online sahaja.

bisnes online shaklee
Kami Surirumah Shaklee

Peluang Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Online Shaklee

Jom sertai kami. Inilah masanya anda menjana pendapatan. Sangat flexible dan sangat mudah. Cuma kena ikut sahaja step mereka yang dah berjaya. Cik Puan VK seronok nak bantu sesiapa yang nak merasa kebebasan bekerja di rumah seperti apa yang Cik Puan VK rasai sekarang ini.

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Alhamdulillah, rasa tenang hati tengok anak-anak membesar di depan mata, boleh mengikuti perkembangan mereka setiap masa, dan dalam masa yang sama boleh membantu suami juga untuk mencari pendatan keluarga yang lebih. Paling tidak pun, Cik Puan VK boleh shopping apa-apa yang dihajati tanpa rasa bersalah. Hihihi

In shaa Allah untuk yang berminat nak serius berniaga ni, kita ada support grup, juga online. sambil masak pun boleh dengar kelas online, sambil tidurkan anak pun boleh join diskusi online.

Namun sekali sekala, kami tetap juga berjumpa beramah mesra dan bertukar-tukar aura positif. Tapi ini taklah secara berkala, dan tidaklah diwajibkan.

Banyak lagi kelebihan menjadi ahli ni. Panjang lebar kalau nak cerita semuanya di sini. Nanti Cik Puan VK cerita lagi ye kat topik lain pula.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Bisnes Online Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Surirumah

5 thoughts on “Bisnes Online Shaklee Pilihan Terbaik Untuk Surirumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge