Sekarang ni ramai betul yang hubungi Cik Puan VK nak beli vitamin Shaklee dan dah pun berada di depan branch. Tapi bila ditanya, rata-rata dari mereka bukan ahli Shaklee atau disebut “Shaklee Independent Distributor“.

Buat pengetahuan semua, branch Shaklee hanya membenarkan urusan jual beli bila ada no ID sahaja. Ini bermakna hanya untuk ahli sahaja. Kalau anda masih belum mendaftar sebagai ahli, mari sini Cik Puan VK ajarkan cara mudah untuk anda follow.

Cara Beli Vitamin Shaklee di Branch Walau Bukan Ahli Shaklee

“Alamaaaakkk… dah sampai sini takkan saya nak patah balik kak? Dah redah jem nak sampai sini… Saya ingatkan branch ni macam kedai je sesapa pun boleh nak membeli..”

Jangan sedih ye. Jangan merajuk balik rumah terus muncung-muncung. Ada penyelesaian mudah untuk anda semua. Malah bukan sahaja mudah, tetapi banyak lagi keistimewaan lain yang bakal anda dapat. Ikut je step yang Cik Puan VK tunjukkan ini ye.

#1 ~ Daftar keahlian segera di online

Klik “join now” di bawah ini.

 daftar ahli shaklee

Kemudian, kami bawakan anda terus ke laman sesawang rasmi Shaklee (M)

Laman web rasmi Shaklee (M)

Klik “Join now” dan isi segala butiran yang diperlukan kemudian terus submit kepada Shaklee.

Borang pendaftaran. Isi maklumat yang diperlukan

Tunggu seketika, dan anda akan menerima SMS dari Shaklee (M) melalui no telefon yang anda daftarkan tadi.

#2 ~ Terima SMS dari Shaklee

Ini adalah contoh SMS yang diterima. Anda akan diberikan no ID dan password sementara untuk sistem shaklee2u.com.my (untuk ahli sahaja).

Tak perlu buat apa-apa, cuma bawa SMS ini ke kaunter/branch Shaklee.

#3 ~ Isi Borang Pembelian dan Buat Bayaran di Kaunter

No ID yang diberikan dalam SMS tadi adalah no ID anda. No ID ini boleh terus digunakan untuk membuat pembelian produk tetapi hanya akan diaktifkan selepas membuat pembayaran di kaunter nanti.

Anda cuma perlu mengisi borang pembelian produk dengan menggunakan no ID yang diberikan oleh pihak Shaklee tadi.

Bayaran pendaftaran dan harga barang (diskaun serta merta harga ahli) akan dikira dan dibayar bersama di kaunter. Kalau anda bernasib baik, kalau pembelian produk melebihi nilai 200uv, anda layak mendapat keahlian Shaklee percuma!

Mudah bukan? Dah… jangan sedih-sedih lagi ye sampai fikir nak patah balik rumah tu. Dah elok sampai kat branch tu teruskan hajat anda membeli 🙂

Sekarang anda telahpun menjadi sebahagian dari keluarga besar kami. Sebagai ahli yang berdaftar, anda juga layak menerima pelbagai keistimewaan termasukla pembelian dengan harga ahli di lain masa. Kalau cukup syaratnya, boleh juga dapat cash rebate lepas ni. Dan mungkin ini juga peluang anda untuk menjana pendapatan sebagai agen Shaklee.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Cara Beli Vitamin Shaklee di Branch Bagi Yang Belum Mendaftar Sebagai Ahli
Tagged on:

8 thoughts on “Cara Beli Vitamin Shaklee di Branch Bagi Yang Belum Mendaftar Sebagai Ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge