Cik Puan VK nak kongsikan satu info yang mungkin ramai dah tahu. Tapi ada ramai lagi yang masih belum tahu tak memahami bacaan kolesterol dalam ujian darah.
Tak dinafikan Cik Puan VK sendiri pun dulu agak pening macamana nak baca bila tengok result. Ada beberapa jenis bacaan, dan ada beberapa nombor-nombor juga. Hehehe.. Doktor memang explain tapi masa explain tu angguk-angguk je konon-konon faham semua. Bila dah balik rumah, telek balik result tu dah lupa dah apa yang doktor cakap tadi.. heheheh typical me š
Ujian Darah Untuk Mengetahui Bacaan Kolesterol
Tahap kolesterol harus diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahunĀ untuk semua orang yang berusia lebih dari 20 tahun. Ujian pemeriksaan yang biasanya dilakukan adalah ujian darah yang dipanggil lipid profile. Pakar kesihatan mengesyorkan lelaki berumur 35 tahun ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas untuk lebih kerap melalukan pemeriksaan kerana lebih berisiko untuk mengalami masalah kolesterol tinggi.
Kolesterol hanya boleh diperiksa melalui ujian darah. Dan biasanya sesiapa yang nak buat pemeriksaan ini disarankan untuk berpuasa buat beberapa jam tertentu.
Selalunya yang diperiksa bacaan kolesterol termasuklah;
- bacaan kolesterol keseluruhan
- LDL (low density lipoprotein) kolesterol iaitu kolesterol jahat
- HDL (high density lipoprotein) kolesterol iaitu kolesterol baik
- Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah dari makanan yang kita makan. Kalori yang berlebihan, alkohol, atau gula dalam badan ditukar menjadi trigliserida dan disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh badan.)

Ada juga pemeriksaan darah yang cuma memberikan keputusan bacaan kolesterol keseluruhan sahaja seperti gambar kat bawah ni.
Maksud Di Sebalik Nama Kolesterol
LDL dikenali sebagai kolesterol jahat Ā kerana mengakibatkan pembentukan plak dalam salur darah. Kesannya salur darah semakin mengecil dan menghalang aliran darah. Risiko semakin tinggi kerana boleh menyebabkan kerosakan arteri, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.
HDL ialah kolesterol baik yang akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk di bawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Proses yang dilakukan HDL ini bolehlah disifatkan seolah-olah proses “pembersihan” arteri kerana ia bergerak melalui saluran darah.trigliserida
Trigliserida adalah lemak dalam darah. Trigliserida akan dialirkan melalui aliran darah untuk dimanfaatkan sebagai sumber tenaga. Namun trigliserida ini boleh menjadi berlebihan bila kita makan lebih dari apa yang diperlukan. Kita memerlukan trigliserida untuk kesihatan yang baik. Tetapi trigliserida yang tinggi mungkin menimbulkan risiko penyakit jantung dan mungkin tanda sindrom metabolik. Sindrom metabolik adalah gabungan tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, lemak yang terlalu banyak di sekitar pinggang, rendahnya kolesterol HDL (“baik”), dan trigliserida yang tinggi. Sindrom metabolik meningkatkan risiko anda untuk penyakit jantung, diabetes, dan strok.
Bacaan Kolesterol
Bacaan kolesterol ni ada 2 unit yang berbeza iaitu mg/dL dan mmol/L.
Kedua-kedua ini sama sahaja. Yang membezakannya cuma unit sahaja. Contohnya 200 mg/dL sama sahaja dengan 5.2 mmol/L.
Kebiasaanya bacaan yang kita gunakan adalah mmol/L tetapi dah banyak juga lab-lab hospital dan klinik-klinik sekarang memberikan bacaan dalam mg/dL.
Jadi jangan ada pula yang terkejut kalau biasa buat checkup tengok bacaan kolesterol 4.9 (mmol/L) sekali buat checkup baru nampak bacaan dan jadi 180 (mg/dL) š
Bacaan Kolesterol Mana Yang Normal dan Selamat?
Secara ringkasnya, bacaan kolesterol yang sihat adalah seperti berikut;
- jumlah kolesterol tidak melebihi 200 mg/dL atau 5.2 mmol/L
- LDL kolesterol tidak melebih atau 129 mg/dL 3.3 mmol/L (untuk mereka yang tidak berisiko tinggi sakit jantung)
- HDL kolesterol tidak kurang 40 mg/dL atau 1 mmol/L untuk lelaki dan tidak kurang 50 mg/dL atau 1.3 mmol/L untuk wanita
Dan ini pula bacaan trigliserida yang ringkasnya kita boleh faham paras yang normal adalah kurang 150 mg/dL atau kurang 1.69 mmol/L.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya ini boleh membantu anda diluar sana sekurang-kurangnya memahami bacaan kolesterol dalam keputusan ujian darah anda. Dan seterusnya boleh mengambil langkah lebih sihat untuk memastikan bacaan kolesterol berada di paras yang normal.
Rujukan: webmd.com
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee diĀ yanavitaminkita@gmail.comĀ atau boleh hantarkan sms/whatsapp keĀ 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD areaĀ Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos keĀ seluruh MalaysiaĀ termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segeraĀ
Dah lama juga tak buat ujian kolesterol ni..
Noriza Rahman recently posted…Kenapa Kita Perlukan Probiotik dan Prebiotik?
ibu pregnant tak perlu lagi.. tunggu lepas bersalin ye mama š
Yana VitaminKita recently posted…“Saya Nak Beli Vivix Murah” – Luahan Hati Ramai Pengguna
Tak pernah buat lagi ujian kolesterol ini. Risau juga kalau kolesterol tinggi.
azimah mohd zainuddin recently posted…Legakan Perut Meragam Dengan Smoothie Betik dan Halia