Selain bercerita soal kecantikan kulit, rambut juga merupakan elemen yang sering dibualkan ketika bersembang. Mengenakan hijab mahupun tidak bukanlah ukuran seseorang wanita untuk menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan rambut mereka.
Rambut juga perlu dijaga dengan Rapi.
Walaupun ada yang berpendapat rambut wanita bertudung itu terselindung, namun mereka tetap mementingkan penjagaannya. Bahkan
apabila mengenakan tudung, rambut lebih sukar diperlihara kerana ia tidak “bebas” seperti wanita yang tidak bertudung.
Dalam entry kali ini, kami ingin bercerita mengenai dua jenis masalah rambut yang kerap terjadi iaitu Masalah Kelemumur dan Masalah Rambut Gugur.
MASALAH KELEMUMUR
Kelemumur adalah fenomena normal buat kebanyakan orang terutamanya mereka yang kuat berpeluh. Kelemumur bukanlah masalah besar tetapi jika dipandang ringan, ia boleh menyebabkan beberapa masalah rambut lain yang berlaku. Kelemumur terjadi kerana beberapa faktor iaitu:-
1. Peluh
Seseorang yang kerap berpeluh mudah mendapat kelemumur kerana kulit kepala mereka tidak bersih. Apabila peluh ini berkumpul pada kulit kepala, ia menyebabkan pertumbuhan sejenis kulat iaitu Pitirosperum Ovale. Ia menjadi semakin aktif untuk tumbuh kerana penghasilan sebum (Minyak semulajadi) yang berlebihan pada kulit kepala.
2. Pertukaran Pantas Kulit Kepala
Jangka masa normal untuk kulit kepada bertukar kepada yang baharu mengambil masa 28 hari. Masalah kelemumur menjadi semakin serius apabila berlaku terlalu cepat. Sesetengah orang boleh mengalami pertukaran kulit kepala baharu hanya dalam masa 11 hari. Ini juga berpunca berlakunya kelemumur.
3. Jarang Bersyampu
Kulit kepala yang kotor juga meyebabkan masalah kelemumur. Tidak semestinya anda bersyampu setiap hari, sekurang-kurangnya pastikan anda mencuci rambut tiga kali seminggu. Penggunaan perapi juga bagus untuk melembutkan rambut.
4. Perubahan Hormon
Setiap perubahan hormon yang berlaku kepada wanita semasa mereka datang haid, sedang hamil atau selepas tempoh melahirkan boleh menjadi penyebab mengapa kulit kepada mereka didatangi kelemumur.
Walaupun keadaan hormon tidak dapat diubah, sekurang-kurangnya anda bersedia supaya kulit kepada tidak sering berkelemumur. Apatah lagi kelemumur berkuping yang boleh menyebabkan kulit kepada terluka atau berbau.
MASALAH RAMBUT GUGUR
Satu lagi masalah yang kerap menyerang wanita adalah rambut gugur. Ia boleh berlaku secara normal atau serius. Seseorang itu boleh mengalami rambut gugur sehingga tujuh ke sepuluh helai dalam satu masa. Jika anda gugur sebanyak 100 helai rambut setiap hari, ia masih dianggap normal.
Masalah menjadi lebih serius andainya jumlah keguguran berganda daripada jumlah ini. Rambut gugur boleh terjadi kerana beberapa faktor. Salah satunya adalah anda menyisir rambut terlalu kuat. Keadaan boleh menjadi semakin serius apabila anda menggunakan sikat yang salah.
Anda yang berkata seandainya anda memiliki rambut tebal, gunakan sikat bergigi jarang. Itu benar. Sekiranya anda memiliki rambut nipis, tidak ada salahnya untuk anda menggunakan sikat jenis begitu. Sikat bergigi jarang lebih baik kerana ia tidak menarik rambut anda.
Jika anda menggunakan sikat ini berhampiran kulit kepada juga tidak mengapa kerana ia tidak menyebabkan luka. Selain itu, rambut gugur juga terjadi kerana perubahan hormon. Lihat sahaja wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak, golongan ini biasanya banyak keguguran rambut. Selain itu, rambut rosak juga boleh menjadi faktor rambut gugur.
Rambut juga boleh gugur jika seseorang itu mengambil terlalu banyak jenis ubat. Terdapat beberapa bahan di dalam ubat-ubatan yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan rambut baharu. Apabila rambut gugur, sukar untuk yang baharu tumbuh dan inilah yang menyebabkan masalah kebotakan jelas terlihat.
Gunakan syampu bebas bahan kimia jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur. Saya akan kongsikan di entry berikutnya 😉
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
# Pm admin di www.facebook.com/messages/VitaminKita
# SMS | WhatsApp 0199109009 (Yana)
# Email yanavitaminkita@gmail.com
# Live chat di http:/www.facebook.com/yana.fandi.1
Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area KL Sentral, Glenmarie Shah Alam pada hari berkerja (lunch time). Dan sekitar Ampang pada hari-hari lain & malam hari bekerja.
Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Rambut Gugur dan Berkelemumur – Masalah yang tidak boleh dipandangringan