Hilangkan Ketagihan Kafein dengan MUDAH | Suami saya memang penggemar kopi.  Kalau kopi O kampung tu ok lah juga kan. Tapi yang buat saya risau, beliau memang suka sangat dengan kopi 3 dalam 1. Siap ada stok kopi 3 dalam 1 lagi kat opis buat bekalan minum selepas lunch. Tak sah kalau tak minum kopi ni 2-3 kali sehari! Alahai sayang… bahaya tau… **Dah ketagihan kafein kah suamiku ini?**

hilang ketagihan kafein dengan cinch tea

Tapi pagi tadi, yang paling best bila saya dapat feedback yang HAPPY sangat dari husband saya. Dah lama saya pujuk encik suami ni minum Cinch Tea Shaklee. Asalnya nak bagi dia tak mengantuk dan bertenaga. Tapi KESAN POSITIF lain pula yang dia dapat. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Kenapa Suami Saya Suka Minum Kopi?

Pernah saya tanyakan apa yang best sangat kopi ni? Sampai dalam sehari tu boleh minum 2-3 mug? Yang paling utama jawapannya sedap dan dapat meningkatkan tenaga.

Bermula sukakan kopi dan tak boleh tinggal kopi sejak belajar di luar negeri dulu. Cuaca yang agak sejuk sering buatkan suami saya mengantuk. Sebab itulah beliau cari sesuatu yang boleh buatkan beliau sentiasa alert untuk belajar. Minum untuk stay up dan ulangkaji pelajaran.

Lama kelamaan menjadi ketagihan. Sehari tidak minum 1-2 sachet, tidak sah. Kenapa jadi ketagihan.? Mungkin sebab kandungan kafein menjadikan ketagih.

Sehinggalah dah habis belajar, alasan kerja pula jadi tak dapat tinggalkan kopi. Minum kopi jadi segar, tak mengantuk. Bila mengantuk je cari kopi. Nak drive jauh-jauh pun cari kopi. Lagi best kalau pracampuran 3 dalam 1 tu sebab macam-macam perasa ada.. **aduhaii**

Bahaya Ketagihan Kafein

Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

kandungan kafein
Cuba lihat berapa kandungan kafein dalam KOPI SEGERA kegemaran suami saya?!

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah, yang biasanya boleh kekal sehingga beberapa hari.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Antara lain bahaya kafein ialah;

  • Denyutan jantung meningkat dan laju kerana darah dipam dengan cepat.
  • Mempengaruhi sistem saraf iaitu anggota tubuh badan menjadi terketar-ketar.
  • Kerap membuang air besar dan kecil serta boleh menyebabkan dehidrasi
  • Penyebab sakit kepala atau migrain
  • Pengambilan kafein oleh ibu hamil secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran.
  • Boleh menyebabkan terhasilnya asid yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.
  • Mengganggu proses pencernaan.
  • Mengganggu penyerapan suplemen.
  • Ibu menyusu tidak digalakkan minum minuman berkafein kerana boleh menyebabkan susu merudum tapi tiada kajian boleh dibuktikan setakat ini.

Kesan Ketagihan Kafein

Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom ini biasa akan hilang dengan sendirinya dalam masa 1-5 hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

kesan ketagihan kafein
Kesan pengambilan kafein yang berlebihan

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

Bahaya Kopi 3 dalam 1

Yang paling saya risau dengan kopi 3 dalam 1 yang selalu suami saya minum itu lagi bahaya. Bukan sahaja kandungan kafein yang tinggi, kandungan gula juga boleh tahan banyak tau.

Info Kandungan minuman 3-dalam-1:

* Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
* Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
* Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan>
* Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
* Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
* Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
* Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
* Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Rujukkan: Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Cinch Tea Boleh Hilangkan Ketagihan Kafein?

Selalu kalau orang cari kopi atau kafein ni selain untuk “rasa nikmat”, adalah untuk memberikan tenaga dan kekal aktif. Cinch Tea memang superb!

cinch tea hilangkan mengantuk

Alhamdulillah sejak diperkenalkan dengan Cinch Tea Mix Shaklee, suami saya berhenti minum kopi. Kandungan taurina dalam Cinch Tea menggantikan kopi dan taurina sebagai penggalak tenaga semulajadi.

Gabungan teh hijau, teh matcha, teh rooibos menjadikan Cinch Energy Tea Mix lebih sedap dan menyegarkan. Selain untuk tenaga dan kesegaran, Cinch Energy Tea Mix juga untuk menjadikan peminumnya sentiasa awet muda.

Rasa lapar juga berkurangan kerana Cinch Energy Tea Mix menyekat nafsu makan dan juga mengatasi masalah perut buncit. Baik untuk mereka yang ingin kuruskan badan dan menurunkan berat badan. Yang penting lawas membuang tanpa kesan “berulang” ke toilet atau cirit-birit.

testimoni cinch tea

testimoni cinch tea 2

Cara Minum Cinch Tea Shaklee

Kekal Bertenaga Dengan Cinch Energy Tea Mix

Kurus Dan Sihat Dengan Shaklee

Bagaimana mahu mendapatkan Cinch Tea Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Hilangkan Ketagihan Kafein Dengan Mudah

One thought on “Hilangkan Ketagihan Kafein Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge