Ikhtiar Hilangkan Batuk dan Selsema Bayi | Memang mencabar betul bagi Cik Puan VK travel beraya ke 2 negeri bersama anak-anak yang masih kecil dan bersama bayi yang baru habis pantang.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar sehinggalah bila kembali semula ke rumah, bayi saya dah mula menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Dah terdengar batuk-batuk kecil dan nafas pun dah mula ada bunyi halus macam selsema. Risau juga rasa hati ni terfikir macamana  nak hilangkan batuk dan selsema bayi ni dengan cepat.

Berdasarkan pengalaman lalu, kebiasaannya doktor tidak akan memberi ubat batuk atau ubat selsema kepada bayi yang berumur di bawah 6 bulan. Malah batuk dan selsema bayi ini masih dianggap normal kerana masih ada lagi lendir yang tidak habis keluar semasa lahir. Lendir ini akan sendirinya keluar melalui najis atau pun muntah bayi. Jadi, selagi bayi aktif dan menyusu seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Rawatan di hospital bila anak-anak batuk dan selsema ~ hidu gas untuk bantu cairkan kahak
Rawatan di hospital bila anak-anak batuk dan selsema ~ hidu gas untuk bantu cairkan kahak

Kenapa Senang Diserang Batuk dan Selsema?

Bayi kan masih fragile. Antibodi pun tidak sekuat mana, baru berapa bulan. Hanya bergantung pada susu ibu berdasarkan apa yang ibu makan. Musim raya ni asyik travel je kan, terdedah pada persekitaran yang kita pun tak tahu apa yang ada dalam udara sekeliling ni.. tambah-tambah lagi jumpa ramai orang dan ramai juga la yang nak gomol-gomol cium-cium bayi ni. Kadang-kadang ok, tapi banyak ketika bayi sangat sensitif dan mudah terkena jangkitan.

Walaupun dianggap normal, tapi hati ibu mana la sanggup nak dengar bayi sekecil ini batuk-batuk dan susah nak bernafas. Bila menyusu pun mengamuk-ngamuk sebab tak dapat nak menelan dengan baik dek kerana kahak di kerongkong. Bila batuk-batuk, abis termuntah balik susu yang dah diminum. Tak sampai hati betul.

Rupanya bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah ini.. Banyak juga yang menghubungi kami dan bertanya;

“Kak, bagaimana nak hilangkan batuk dan selsema bayi dengan cepat ye? Kesian betul.. Tak sampai hati pula tengok. Suplemen apa nak bagi ye?”

Bila bayi batuk dan selsema, serba tak kena.. Tidur tak dapat, nak menyusu pun terganggu
Bila bayi batuk dan selsema, serba tak kena.. Tidur tak dapat, nak menyusu pun terganggu

Ikhtiar Hilangkan Batuk dan Selsema Bayi Dengan Cepat

Eh sebelum tu saya nak jawab dulu soalan tadi.. “Jangan bagi suplemen apa-apa dik.. tak sesuai untuk bayi yang masih kecil ni.. Unless kalau doktor yang sarankan ye..”

Jadi, apa nak buat?

Disebabkan bayi saya hanya bergantung sepenuhnya kepada susu ibunya semata-mata, jadi sayalah yang perlu ikhtiar lebih sedikit untuk kuatkan antibodi saya seterusnya bolehla disalurkan kepada bayi melalui air susu. Selebihnya saya juga perlu lebih sihat dan kuat dengan tidur yang tak cukup menjaga bayi yang tak sihat ni.

Apa yang saya amalkan, saya up dose Nutriferon kepada 2 sachet. Sepanjang musim perayaan ni memang saya dah amalkan Nutriferon sebagai perisai untuk bayi saya. Maklumlahkan, travel jauh pun dah sejuk berekon dalam kereta, suhu kat luar panas yang amat. Jumpa pula macam-macam orang. Makan pula macam-macam makanan. Semuanya berisiko untuk bayi.

ikhtiar hilangkan batuk dan selsema bayi

Vitamin C dan Garlic Complex juga saya ambil untuk boostkan lagi sistem imun saya sendiri juga. Berjaga malam menjaga anak kecil ni satu yang amat memenatkan dan silap percaturan, saya sendiri pun boleh terganggu kesihatan. Disebabkan badan yang penat sangat, saya ambil juga Cinch Tea bagi segar dan cergas. Bestnya Cinch Tea ni ada taurina iaitu penggalak tenaga semulajadi

Ahamdulillah… ikhtiar saya Allah izinkan untuk hilangkan batuk dan selsema bayi ini. Cuma sehari sahaja bayi saya “teruk” muntah dan asyik buang air besar. Tapi petanda positif sebab yang keluar banyak lendir-lendir dari kahak yang menyebabkan dia batuk dan selsema.

Sejuk rasa hati bila bayi saya dah boleh kembali menyusu seperti biasa dan sudah nyenyak tidurnya. Alhamdulillah.

Artikel lain yang berkaitan;

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Diharap perkongsian saya ini sedikit sebanyak boleh membantu ibu-ibu diluar sana. Jangan terlalu panik dan yang penting, jangan cepat melatah dengan bagi suplemen kepada bayi directly pula ye. Amatkan tidak disarankan melainkan dengan nasihat dari pakar perubatan yang bertauliah sahaja.

Sekiranya batuk dan selsema bayi anda masih berlarutan, ada baiknya segera bawa berjumpa dengan doktor. Kalau boleh janganla tunggu lama-lama. Kalau saya, selepas dah berikhtiar di rumah tapi tak ada kesan, teruskan ke klinik atau hospital ye.

Anda mahu mendapatkan Set Immune Booster?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Ikhtiar Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi
Tagged on:             

4 thoughts on “Ikhtiar Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge