Antara banyak-banyak produk Youth, serum Youth ni la yang Cik Puan VK rasa paling best dan paling teruja bila pakai. Mau tak teruja, dalam serum Youth ini, ada formula yang mengandungi 10 kali ganda kepekatan Youth Complex dan bukan sahaja membantu mencantikkan kulit dari luar tetapi ianya bertindak jauh ke dalam sel kulit kita.

Apa Itu Serum?

Serum adalah salah satu produk penjagaan kulit yang dipakai selepas kita mencuci muka dah pakai toner. Serum mengandungi bahan-bahan terbaik formula zat aktif bermolekul kecil yang terus diserap kulit. Serum sangat berguna untuk memperbaiki struktur serta masalah kulit seseorang dari dalam.

Sealunya orang yang pakai serum ni bertujuan nak elokkan kulit wajah yang kusam, bermasalah, parut tebal, jeragat degil, tona tak sekata dan bermacam-macam lagi kerosakan kulit yang biasa dihadapi oleh wanita 30an ke atas. Tapi tak bermakna yang tak ada masalah kulit tu tak boleh pakai serum, semua pun boleh pakai.

Tetapi harus diingat, sebab molekul serum yang kecil dan boleh terus meresap ke kulit, sebaiknya muka dicuci dengan sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Sayang kalau masih ada kotoran atau dead skin yang boleh menghalang serum meresap dengan baik ke dalam kulit.

Serum Youth Dengan 10x Ganda Bahan Aktif Cepatkan Pembaharuan Sel

Serum Youth ini terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan Youth Complex untuk menggalakkan penghasilan kolagen di peringkat sel, membuatkan kulit kita jadi lebih muda, membaiki parut-parut jerawat, jeragat serta masalah kulit yang lain. Pendek kata, kulit memang boleh kembali muda!

3 bahan utama serum Youth ini pun dah boleh membuatkan kita semua terpukau. Dikuasakan dengan;

  • Youth Complex dengan stem sel epal (apple stem cell)
  • lotus japonicus
  • mengandungi vitamin A berkapsul

#1 ~ Stem Sel Epal

Kajian menunjukkan bahawa sel stem epal:

  • Meningkatkan pengeluaran sel stem manusia
  • Melindungi sel dari tekanan
  • Mengurangkan kedut.

Sel stem manusia pada epidermis kulit adalah penting untuk menggantikan sel-sel kulit yang hilang akibat kerosakan berterusan. Apabila sel stem epidermal berkurangan, bilangan sel kulit yang hilang atau mati mengatasi pengeluaran sel baru, dan ini boleh mengancam kesihatan dan penampilan kulit.

Kajian menunjukkan bahawa sel stem epal meningkatkan pengeluaran sel stem manusia, melindungi sel dari tekanan, dan mengurangkan kedutan.

Bagaimanakah ia berfungsi? Cecair dalaman sel tumbuhan ini mengandungi komponen yang membantu melindungi dan mengekalkan sel stem manusia. Sel-sel batang epal mengandungi metabolit untuk memastikan ketahanan usia  pokok dan buahnya juga kekal dalam jangka masa yang lama.

Sebab itulah sel pokok epal dipilih tambahan pula sel epal merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia dan ini sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit.

#2 ~ Lotus Japonicus

Mengaktifkan youth protein untuk menjana semula sel bagi menghasilkan lebih banyak kolagen, elastin dan fibrilin.

Aspek pertama untuk sains saintifik Youth ialah ia mensasarkan protein utama dalam kulit, baru-baru ini ditemui dalam dunia penyelidikan anti-penuaan, yang membantu sel isyarat untuk terus menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Istimewanya ekstrak Lotus Japonicus, ramuan botani utama di Youth Complex, merupakan teknologi pertama dari pasaran dari sudut pandangan yang mensasarkan protein utama tersebut. Itu membantu memberi isyarat kepada sel agar terus menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin, dan itu adalah kunci utama rahsia di sebalik sains Youth.

Apabila Lotus Japonicus ini digabungkan dengan Schisandra Chinensis Fruit Extract, lebih banyak nutrien dan tenaga akan disalurkan kepada kulit kita

#3 ~ Vitamin A

  • mengurangkan kedutan ~ Vitamin A secara topikal disebut retinol terbukti melawan kedutan dan sebenarnya banyak pakar-pakar dermatologi (kecantikan kulit) mencadangkan retinol untuk melawan kesan penuaan. Retinol dapat merangsang pengeluaran kolagen dengan lebih efektif.
  • melindungi dari kerosakan UV ~ dalam vitamin Shaklee, Carotomax juga adalah vitamin A yang kaya beta carotein dan 6 karotenoids yang juga merupakan antioksidan kuat. Bukan hanya boleh membantu memberi perlindungan dari radikal bebas yang merosakkan kolagen kulit, vitamin A juga mengurangkan sensitiviti kulit terhadap matahari jadi kesan terhadap kemerahan, iritasi, pigmentasi itu sangat minima.
  • memberi tona kulit sekata dan membantu kulit lebih glowing
  • menggalakkan pengeluaran sel kulit yang lebih sihat ~ Vitamin A juga merangsang fibroblas, sel sel yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tisu yang memelihara kulit dan sihat.
Label Youth Activating Serum

Kami berikan anda bukan sahaja produk terbaik dan selamat tetapi Youth juga boleh meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini.

beli Set Jantung Sihat Shaklee Online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Serum Youth Dengan 10x Ganda Bahan Aktif Cepatkan Pembaharuan Sel

2 thoughts on “Serum Youth Dengan 10x Ganda Bahan Aktif Cepatkan Pembaharuan Sel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge