Resepi Donut Gebu, Sedap dan Mudah | Dah lama Cik Puan VK tak share resepi masak-masak ye. Kadang-kadang tu ada je idea nak share tetapi sebab terlupa nak snap gambar, dah potong semangat. Tak syok la pulak nak share tanpa gambar kan?

resepi donut gebu cover
Image googled ~ bukan hasil tangan Cik Puan VK :p

Ni resepi yang antara feveret anak-anak Cik Puan VK ni. Laju je licin sepinggan, dua pinggan, tiga pinggan pun boleh licin sekelip mata je. Yang penting, resepi donut gebu ni mudah nak disediakan.

Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan Untuk Donut Gebu

500 gram tepung pau (TEPUNG PAU ye.. bukan tepung gandum)

2 sudu besar Meal Shakes

1 cawan air

7 sudu teh gula

2 sudu teh garam

1 biji telur

3 sudu teh yis/mauripan

3 sudu besar mentega

Bahan-bahan Topping

Gula aising atau Nutella atau Sos Coklat atau apa-apa sahaja yang digemari anak-anak

Cara Membuat Donut Gebu

Cik Puan VK masukkan semua ni sekali dan terus uli sahaja. Kalau nak lagi senang, siapa yang ada bread maker tu, letak je semua bahan dan biarkan mesin itu bekerja mengulinya. Hihihi.. aci tak Cik Puan VK ni. Bukan apa, ada anak kecil ni kita kena pandai kejar masa. “Outsource” je kerja-kerja menguli ni pada mesin. **alasan**

Bagi yang tidak ada mesin bread maker tu boleh cuba cara tradisional ni

  1. satukan tepung pau, gula, garam dan Meal Shake ke dalam satu bekas yang besar. Gaul rata
  2. buat lubang di tengah-tengahnya dan masukkan air, telur, yis dan margerin
  3. uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan
  4. tutup doh dengan kain lembap dan biarkan sehingga doh sedikit naik atau kembang
  5. kemudian ketuk-ketuk atau uli sedikit untuk keluarkan angin pada doh sebelum dibentuk mengikut bentuk yang disukai
  6. biar sehingga 15 atau 20 minit untuk donut naik
  7. goreng dengan api sederhana
  8. hidangkan dengan hiasan yang anda suka (gula/coklat/nutella)

Rahsia resepi donut gebu ni ialah pada tepung pau itu sebenarnya yang membuatkannya lebih lembut dan gebass gebass.

resepi donut gebu
Donut berbentuk bola “ballnut” topping Nutella

Kegemaran anak-anak Cik Puan VK ialah “ballnut” iaitu bentuk bulat-bulat kecil dan bersalut Nutella pada atasnya. tak perlu gula aising dah.

resepi donut gebu frozen
Siap untuk dibekukan jadi donut frozen. Bila nak makan boleh goreng

Selamat mencuba resepi donut gebu ini. Kalau dah sekali cuba tu, Cik Puan VK pasti anda mesti ketagih nak buat lagi. Boleh juga pelbagaikan resepi donut gebu ini dengan menjadikannya pau goreng. Boleh juga simpan frozen. Haa.. sebab itulah saya namakan resepi ni Resepi Donut Gebu, Sedap dan Mudah. Dah la boleh pelbagaikan macam-macam kuih lagi tu kan.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

 

Resepi Donut Gebu, Sedap dan Mudah
Tagged on:     

2 thoughts on “Resepi Donut Gebu, Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge