“Makin Tua Sebab Makan Shaklee” | Haaa.. kontroversi tak tajuk kali ni? Ni kisah benar ni. Kisah seorang customer saya sendiri yang komplen dia semakin tua sebab makan Shaklee.

Kisahnya begini, setiap bulan memang makcik (pangkat mak bagi saya) ni selalu order Shaklee Collagen Powder, Vivix dan Set Kesihatan Sendi dari saya. Tapi beberapa bulan lepas (Januari) tak ada pulak dia order, jadi saya pun offer bantuan kalau-kalau nak saya tolong orderkan (makcik ni dah jadi ahli juga).

nampak tua sebab makan shaklee

Maka, berlangsungla sessi temubual saya dengan makcik ini.

Makcik: Makcik dah tak makan Shaklee dah. Dah stop. Ari tu ada yang tegur makcik makin tua sebab makan Shaklee

Saya: Makin tua? Eh saya tengok makcik makin muda je. Kalau tak cakap umur 60-an memang orang tak tahu. Tapi ye la, kalau saya cakap banyak pun bias pulak nanti **sambil saya sengih je**

Makcik: Tapi tu la makcik rasa sedap je badan ni makan Shaklee, tapi sedih bila orang cakap makin tua. Orang lain makin awet muda.

Saya: boleh saya tahu tak apa yang makcik selalu minum? Makan ke? Maksud saya pemakanan makcik sehari-hari. Banyak minum kopi ke? Makan kuih ke kek ke?

Makcik: Dah pencen ni memang selalu masak macam-macam. Cucu pulak ada kat rumah. Kalau pagi-pagi makan pagi tu makcik suka minum teh tarik atau nescafe tarik. Petang-petang buat kuih la.. kek ke..

Saya: Makcik suka yang manis-manis ye?

Makcik: Suka sangat. Tapi makcik minum balik air masak banyak-banyak setiap hari…

OK!! Saya dah dapat jawapannya! Puncanya adalah GULA! Makanlah suplemen apa jenis sekalipun tapi kalau tetap GULA menjadi pujaan, memang boleh mengakibatkan kita cepat tua sebelum usia.

teh tarik tinggi gula

Teh Tarik – Sememangnya sudah menjadi hidangan wajib bagi masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia. Tetapi tahukah anda, pengambilan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukanlah satu pilihan yang baik dari segi kesihatan?? Ini telah disahkan berdasarkan kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dimana teh tarik mengandungi kandungan gula yang berlebihan dari jumlah yang dibenarkan iaitu 8g untuk setiap 100ml minuman. Tahukah anda, kandungan gula di dalam teh tarik adalah sebanyak 12g untuk setiap 100ml?! ~ Sumber

Gula Merosakkan Sel dan Percepatkan PENUAAN

Gula bukan sahaja buatkan seluar kita pun makin lama makin ketat (kegemukan), tetapi juga boleh membuatkan seseorang itu nampak lebih tua dari usia sebenar.

Makanan yang sehari-hari dimakan dapat mempengaruhi proses penuaan. Makanan yang kita makan dapat memberi bahan bakar bagi tubuh dan mempertahankan sistem tubuh yang kompleks. Makanan secara langsung dapat mempengaruhi kondisi fizikal dan mental, jumlah kerutan di wajah, kondisi keseluruhan otot dan tubuh, kondisi organ-organ dalam tubuh, kemampuan otak dan daya ingat, serta kondisi mental dan emosi. Nutrisi diperlukan tubuh dan otak untuk memperlambat penuaan. Tubuh memerlukan protein berkualiti tinggi dan lemak yang baik. Makanan yang banyak mengandungi gula dan kerbohidrat seperti nasi, pasta, dan kentang berpotensi menyebabkan keradangan pada sel.

Bagaimana Gula Merosakkan Sel?

Gula yang kita ambil akan memasuki salur darah melekat bersama-sama protein melalui proses glycation. Perlekatan ini membentuk molekul baru yang lama-kelamaan akan merosakkan protein. Seperti yang kita semua tahu, kolagen adalah protein utama di dalam badan, yang bertugas untuk memelihara ketegangan dan elastisiti kulit. Bayangkan bagaimana keadaan kulit kita bila protein ini sudah rosak? Tiada lagi “ketegangan” dan kedut-kedut mula muncul. Pastinya nampak lebih tua kan? Bukan itu sahaja, kerosakan kolagen juga akan menyebabkan kulit menjadi nipis, kusam dan hitam, dan mula menjadi tompok-tompok tidak sekata (pigmen), tidak terkecuali juga ruam dan jangkitan kulit. Nak tak? **saya takut bila nampak lebih tua**

lapisan kulit dan penuaan

Kulit kita terdiri daripada lapisan luar, atau epidermis, dan lapisan bawah, atau dermis. Dermis terdiri daripada gentian, elastin, glycoproteins dan protein, atau dermis collagen. Dermis yang bertugas mengeluarkan sel-sel baru yang menggantikan sel-sel lama dan memberi sokongan kepada epidermis. Kulit yang muda dan sihat memerlukan keseimbangan antara penghasilan sel kulit yang baru dan penggantian sel-sel kulit lama. Kolagen Glycated tidak boleh tumbuh semula dengan berkesan, menyebabkan kulit kita mula mengendur dan berkedut-kedut.

Apabila kita makan gula, badan akan mengeluarkan insulin, yang membantu menyimpan gula dalam sel-sel badan untuk digunakan kemudian. Produk akhir glycation maju daripada diet tinggi gula mengakibatkan kerosakan kepada sel-sel dan keradangan. Akhirnya, boleh mengakibatkan rintangan insulin dan diabetes jenis 2. Menurut Cleveland Clinic, tanda-tanda ciri rintangan insulin termasuk tompok gelap di bawah lengan dan bahagian belakang leher dan kulit tag, yang begitu ketara kelihatan terutamanya pada leher.

Badan kita akan menghasilkan radikal bebas apabila terdedah kepada faktor-faktor dalaman seperti metabolisme makanan (pengambilan gula yang tinggi memerlukan metabloisme makanan yang juga tinggi), dan faktor-faktor luaran, seperti cahaya matahari, pencemaran dan asap rokok. Radikal bebas merosakkan sel-sel badan, termasuk sel-sel kulit. Produk akhir glycation maju membuat sel-sel kulit kita lebih terdedah kepada kesan-kesan radikal bebas dan menyebabkan kendur, berkedut, kulit kusam dan kurang berseri.

*Credit*

Tua Sebab Makan Shaklee?

Kalau ikut logik amalan pemakanan makcik ini, makanlah apa sahaja suplemen pun tetap susah nak nampak kesan yang positif pada kulit. Kunci utamanya kena kurangkan pengambilan gula. Bukan terus berhenti tetapi kurangkan sedikit demi sedikit.

Dan Ahamdulillah.. selepas saya terangkan begini kepada makcik ini, bulan lepas dia dah start order balik Shaklee selepas sebulan genap stop makan Shaklee. Bimbang efek nampak tua sebab makan Shaklee tu. Tapi kali ini yang bestnya bila makcik ini hubungi saya dan bagitahu,

“makcik rasa beza sangat bila tak makan Shaklee. Kesihatan makcik makin teruk… Badan lemau, letih, mengantuk je.. Lutut dan sendi makcik ni berbunyi-bunyi je. Nak tidur pun tak berapa nyenyak bila dah stop semua tu… makcik nak sambung makan Shaklee balik la. Betul cakap Yana kot makcik ni kena kurangkan gula.. bukan sebab makan Shaklee makcik ni nampak makin tua..”

Seronok sangat saya bila kesan positifnya makcik ini sendiri rasa pada kesihatan tubuh badannya. Tak perlu promote lebih-lebih pujuk beli kerana yang dah cuba mesti tahu kesannya. Shaklee sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Alhamdulillah.. Allah izinkan makcik ini terus berikhtiar lebih sihat dengan Shaklee.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

“Makin Tua Sebab Makan Shaklee!”
Tagged on:                 

5 thoughts on ““Makin Tua Sebab Makan Shaklee!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge