Terkedu seketika melihat statistik terkini yang dikongsikan oleh facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pagi tadi.

Namun begitu ini bukanlah yang betul-betul terkini. Hanya sehingga 31hb Julai 2018, namun bilangannya sudah melebih 40,000 kes!

HFMD Cepat Merebak dan Menular

Kerajaan Negeri Sela­ngor meletakkan wabak pe­nyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada tahap berjaga-jaga setelah beberapa kes secara kumulatifnya di sembilan daerah meningkat kepada lebih 300 kes.

HFMD adalah penyakit berjangkit di mana virus penyebab boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit. Virus tersebar daripada pesakit kepada orang lain biasanya kanak-kanak melalui:
* batuk atau bersin.
* hubungan rapat seperti teman bermain.
* berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit.
* perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi.
* bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.

Penularan wabak ini berlaku kerana wujudnya amalan kebersihan diri serta persekitaran. Antara tempat tumpuan termasuk taska, tadika, tabika dan pra sekolah. Juga senang menular ditempat-tempat awam di mana anak-anak yang dijangkiti HFMD berada walaupun masih belum sembuh, seperti laporan berita baru-baru ini yang banyak menemui virus HFMD ini pada troli pasaraya.

Apa Yang Patut Ibu Bapa Lakukan Bila Anak Dijangkiti?

Langkah-langkah pencegahan

– Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan doktor/pakar kesihatan

– Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin

– Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

– Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas

– Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.

– Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci

– Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin

– Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya

– Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian

– Elakkan diri anak yang dijangkiti HFMD daripada mendekati mereka yang belum dijangkiti.

– Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

– Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

– Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor

– Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula

– Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor

– Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

Klik sini sekiranya anda ingin mendapatkan Set Cucian Shaklee ini. (klik)

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

HFMD: Apa Yang Patut Ibu Bapa Lakukan Bila Anak Dijangkiti?
Tagged on:     

One thought on “HFMD: Apa Yang Patut Ibu Bapa Lakukan Bila Anak Dijangkiti?

Leave a Reply to Rahasimah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge