HFMD ialah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (hand, foot & mouth disease) disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Penyakit jangkitan ini biasanya melibatkan lepuhan berisi air akan muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Di bahagian dalam mulut seperti tekak, tonsil, lidah juga membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan lipatan anggota (seperti kawasan lampin) dijangkiti ruan dengan lepuhan kecil.

Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

Bagaimana HFMD Merebak dan Berjangkit?

HFMD merebak dari individu ke individu yang berhubung secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Gejala atau Tanda-Tanda HFMD Bermula Dengan

  • demam sederhana
  • hilang selera makan
  • sakit tekak
  • ulser mulut dan ulser di lidah, gusi dan kawasan dalam pipi
  • ruam kulit (tapak tangan dan tapak kaki)
  • melecet atau melepuh pada mulut dan sangat sakit
  • melecet pada tapak tangan, jari dan tapak kaki
  • resah

Ada Juga Ketika Pesakit Menunjukkan Tanda-Tanda HFMD dengan

  • demam panas
  • keresahan melampau
  • cirit-birit
  • sakit sendi
  • sakit kepala
  • tegang pada leher (stiff neck)
  • sakit belakang

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Buat

Bintik-bintik merah HFMD  biasanya akan berkurang dan hilang dalam  tempoh masa 5 hingga 10 hari. Dalam pada itu, ibu bapa perlu memantau keadaan anak, terutamanya jika mereka mengalami demam dan sakit mulut hingga tidak mahu makan atau minum.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah

  • pantau keadaan demam (Demam terlalu panas, suhu tidak berkurang.)
  • hidrasi (Kurang kencing, lemah, mata semakin cengkung.)
  • muntah atau cirit-birit berterusan
  • kurang aktif, meragam tanpa henti, sawan
  • sukar bernafas, nafas laju
  • pucat, berpeluh-peluh dengan luarbiasa atau apa saja simptom yang membimbangkan

Pemantauan ibu bapa atau penjaga sangat-sangatlah penting ketika ini. Dinasihatkan juga untuk mengambil langkah segera dengan

  • dapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD.
  • lebih peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.
  • segera membawa anak ke hospital jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk
  • elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri.
  • sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Rawatan HFMD

Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Paracetamol mungkin perlu untuk merawat demam.

Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan;

  • berkumur air garam
  • makan makanan yang lembut seperti bubur, puding, puree dan seumpamanya
  • minum air secukupnya
  • sentiasa membersihkan tangan selepas memegang anak untuk mengurangkan jangkitan

Baca: Bila Anak Dijangkiti HFMD (klik) <———-

Tips Pencegahan dan Elak Jangkitan Kepada Keluarga Yang Lain

Tips elak jangkitan HFMD

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Tanda-Tanda HFMD: Kenali Jangkitan Awal Pada Anak Kita

One thought on “Tanda-Tanda HFMD: Kenali Jangkitan Awal Pada Anak Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge