Hari ini, hampir kesemua dari kita mempunya telefon pintar atau tablet dan boleh dikatakan hampir keseluruhan masa terluang dilihat sangat fokus dan tekun memberi tumpuan kepada skrin.
Kajian telah menyatakan bahawa melihat skrin selama berjam-jam setiap hari boleh memberikan kesan serius ke atas kesihatan mata juga kesihatan mental. Melihat terlalu lama pada skrin telefon, tablet, ipods, laptop dan televisyen boleh mengakibatkan ketegangan mata digital, ketidak selesaan mata selepas melihat skrin pada jangka masa yang lama iaitu melebihi 2 jam pada setiap masa.
Ketidakselesaan ini merangkumi;
- ketegangan mata
- mata kering
- kesukaran untuk fokus pada jarak jauh
- pandangan menjadi kabur
- sakit kepala
- sakit belakang, tengkuk dan bahu
Suplemen Untuk Kesihatan Mata
#1 ~ Alpha Karotena
Ia berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk;
- melindungi dari kerosakan sel akibat radikal bebas termasuk sel retina
- menghasilkan vitamin A yang diperlukan oleh penglihatan yang kurang cahaya dan oleh itu penting untuk penglihatan pada waktu malam, kesihatan mata dan mengurangkan risiko gangguan kronik pada mata akibat peningkatan umur.
#2 ~ Beta Karotena
Beta karotena adalah pigmentasi oren biasanya dijumpai dalam buah dan sayur-sayuran, yang membantu untuk;
- melindungi permukaan mata dan memainkan peranan dalam mengurangkan risiko kehilangan penglihatan akibat gangguan kronik pada mata
- kajian awal juga mencadangkan beta karotena boleh melindungi mata dari katarak
#3 ~ Astaxanthin
Ia merupakan pigmen utama pada retina, Dikenali sebagai nutrien hebat serta luar biasa untuk karotenoid kerana sifat antioksidannya yang kuat. Kajian membuktikan bahawa;
- astaxanthin mempunyai aktiviti pembasmian radikal bebas yang tinggi untuk melindungi dari kerosakan oksidatif
- bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi
#4 ~ Zeaxanthin
Ianya tertumpu di bahagian tengah makula. Ia membantu untuk;
- menghalang cahaya biru dari sampai kepada struktur asas dalam retina, mengurangkan risiko kerosakan aksidatif akibat cahaya yang membawa kepada penurunan kemampuan penglihatan atau degenerasi macular.
- memberikan kesan antioksidan yang kuat berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang bertanggungjawab merosakkan sel mata dalam tempoh masa dan melindungi retina dari oksidasi sinar UV.
#5 ~ Lycopene
Memiliki kedua-dua sifat antioksidan dan anti radang, lycopene membantu untuk;
- memperlahankan reaksi di antara sel mata yang diakibatkan oleh degenerasi macular
- melindungi mata dari tekanan oksidatif yang menyebabkan penyakit mata biasa dialami termasuk degenerasi macular dan katarak
#6 ~ Lutein
Kaya antioksidan, ia membantu untuk;
- melindungi mata dengan menapis paratusan kerosakan gelombang pendek sinaran UV yang memberi kesan kepada retina.
- melindungi sel yang sihat untuk mengekalkan penglihatan yang sihat. Para penyelidik di Universiti Harvard mendapati bahawa dengan pengambilan 6mg suplemen lutein setiap hari boleh mengurangkan risiko degenerasi macular dengan kadar purata 43%.
Shaklee CarotoMax Untuk Kesihatan Mata
Dapatkan dos karotenoid anda untuk mengoptimumkan perlindungan antioksidan dari bahagian dalam untuk mengekalkan penglihatan yang sihat.
Carotomax membekalkan lebih daripada 1.5 kali ganda kadar purata anggaran pengambilan harian karatenoid bermanfaat.
Carotomax juga memberikan anda lebih daripada 13mg ekstrak pekat dari 6 karotenoid utama termasuklah astaxanthin, alpha karotena, beta karotena, lycopene, lutein dan zeaxanthin.
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya
atau klik icon di bawah ini untuk membuat pembelian terus. Carotomax berharga RM77.50 dan kos penghantaran dengan perkhidmatan Gdex/Citylink adalah RM10 untuk seluruh Malaysia.
Atau..
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.