Ouch!! Pernah tak terfikir bahawa pendedahan wajah kita kepada matahari yang teruk boleh mengakibatkan penuaan yang serius? Kalau seluruh badan atau wajah, mungkin tak perasan sangat kerana kesannya yang sekata.

tua sebelah wajah akibat sinaran uv

Wajah Tua Sebelah Kiri Akibat Terdedah kepada Sinaran UV

Sinaran matahari sebenarnya bagus untuk meningkatkan kadar vitamin D yang bermanfaat kepada tubuh badan kita. Namun dari subut lain, radiasi yang dihasilkan boleh membuatkan kulit rosak.

Gambar ini bukan edit tau. Ini memang berita sebenar di petik dari New York Daily News bertajuk Half of truck driver’s face prematurely aged due to sun damage; Man’s face altered by unilateral dermatoheliosis yang memaparkan wajah seorang pemandu trak yang mana bahagian kiri wajahnya lebih tua berbanding bahagian kanan wajah.

Lelaki ini berusia 69 (pada masa itu 2012) merupakan seorang pemandu trak yang sebahagian kiri wajahnya selalu terdedah kepada sinaran matahari selama dia memandu. Rutin yang sama selama 28 tahun telah mengakibatkan wajah kirinya tampak jauh lebih tua berbanding wajah dari sisi kanan.

Lagi mengejutkan lelaki ini bukan memandu dengan membuka tingkap. Walau tingkap ditutup rapat setiap hari, sinar matahari tetap boleh menembus masuk. Ultraviolet A (UVA) telah menembusi kaca tingkap, merosakkan lapisan terluar dan sublayer kulitnya.

Tak dinafikan ramai yang tahu kesan buruk sinaran UV ini kan, tapi saya percaya tak ramai yang sedar kesan sebegini dan perbezaan sebelah wajah pemandu ini telah menunjukkan bukti yang sangat jelas.

Bukan itu sahaja, cuba anda semua lihat dengan teliti, lelaki ini juga mengalami penebalan dan pengenduran kulit yang sangat ketara kerana serat elastik pada sisi kiri wajahnya sudah rosak.

Menurut pakar yang merawat, keadaan yang dialami lelaki ini menyerupai sindrom Favre-Racouchot, iaitu penyakit kulit yang disertakan benjolan putih atau cyst dan benjolan daging yang besar, serta komedo. Untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk, lelaki tersebut disarankan menggunakan sun block, sapuan retinoid dan menjalani pemeriksaan rutin untuk mengawasi timbulnya masalah lebih serius seperti kanser kulit.

Bagaimana Sinaran UV Merosakkan Kulit

Terdapat 2 jenis sinaran UV iaitu UVA dan UVB. Kedua-duanya sama bahaya kepada kulit jika dibiarkan terdedah terlalu lama.

  • UVB mengakibatkan kulit terbakar
  • UVA pula mengakibatkan kesan penuaan yang cepat, rosaknya elastin dan kolagen, kedutan yang ketara dan juga meningkatkan risiko kanser.

Sinaran UV yang banyak atau lama boleh menembusi kulit sehingga ke epidermis mengakibatkan kulit rosak, sel rosak malah kerosakannya boleh sehingga ke peringkat DNA.

Jadi, adalah sangat disarankan, pakailah krim pelindung matahari, dan amalkan makanan seimbang untuk membantu perlindungan kulit dari dalam juga.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini.

beli Set Jantung Sihat Shaklee Online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Sebelah Wajah Pemandu Trailer Menjadi Lebih Tua Akibat Sinaran UV Matahari
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge