Memahami keterujaan semua, yang inginkan testimoni Youth Shaklee ini dan lebih suka kalau dapat review bergambar kan? Masih terlalu awal untuk berkongsi sebenarnya kerana leaders Shaklee pun hanya dapat peluang keemasan untuk mencuba full set Limited Edition ini pada Business Leader National Conference 2 minggu lepas.

Habis tu? Macamana nak percaya ni? Ramai yang cakap best best best! Macamana boleh kata best kalau result pun belum tahu?

Sebenarnya pada awal Januari 2018, Shaklee Malaysia telah memilih beberapa orang leaders mereka untuk menjadi testimoni terawal Youth Skincare ini. Analisa kulit telah dibuat ke atas mereka dan mereka juga telah diberikan Set Youth Skincare untuk digunakan secara konsisten. Pastinya bersama sokongan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang sihat juga.

Kumpulan pertama yang bertuah dipilih sebagai pengguna Youth pada awal Januari 2018

Dan berita baiknya, kesan penggunaan Youth Skincare ini telah dikongsikan bersama kami semasa Business Leader National Conference pada 3hb Feb 2018 walaupun baru menggunakannya selama lebih kurang 25 hari.

Sangat mengujakan semua tau!!

Nak tahu? Nak tengok? Jom Cik Puan VK kongsi di sini.

Testimoni Youth Skincare

#1 ~ Master Norsyaheera, 20an

Berbeza kan? Selepas 25 hari, kulit beliau memang ketara lebih remaja dan anjal. Cantik berseri gitu!

#2 ~ Ng Hooi Hooi, 50an

Anda perasan tompok hitam di pipi kiri beliau? Menurutnya dah lebih 20 tahun tompok hitam tu di situ. Dan selepas menggunakan Youth Skincare selama 25 hari, tompok hitam sudah mulai tidak kelihatan. Bukan itu sahaja, eye bag pun dah kurang, kulit semakin tegang dan memang nampak lebih muda!

#3 ~ Master Nur Adilah, 30an

Youth is hope! Youth is you!

Itu kata Master Adilah yang memang mempunyai masalah kulit berjerawat (acne prone face) dari dulu walaupun mengamalkan vitamin Shaklee dengan konsisten.

Masalah parut yang teruk akibat jerawat mula memudar dan beliau mengakui sangat cepat parut jerawatnya hilang. Sangat teruja menantikan hari-hari seterusnya dan tidak sabar melihat kulitnya sendiri selepas 100 hari menggunakan Youth Skincare nanti.

#4 ~ Master Rozyta, 50an

“Sebelum menggunakan Youth Skincare, saya mempunyai masalah jeragat dan kedutan di mata sebab saya sering terdedah kepada cahaya matahari dan tambah lagi saya memang tak suka pakai mekap.. Saya mula rasa rendah diri bila nak jual produk kecantikan luaran, adalah rasa down sikit…”

Itu kata-kata awal Master Rozyta.

Selepas menggunakan Youth selama 9 hari, beliau mula menyedari perubahan pada jeragat yang dah memudar dan kedutan di mata juga makin kurang.

Selepas 25 hari, kulit beliau pun nampak lebih berseri dan lebih muda.

#5 ~ Master Vijeyadchumy, 50an

Menurut Master Vijeyachumy, beliau mempunyai satu habit yang sukar dibuang iaitu suka picit jerawat. Akibatnya jerawat bertambah teruk, berparut dan liang pori menjadi besar. Keadaan kulit yang berparut dan tidak rata menjejaskan tahap keyakinan beliau ketika berjumpa orang.

Seawal 7 hari, beliau mula melihat perubahan pori-pori yang semakin mengecil dan ini turut disedari keluarga terdekat. Selepas 25 hari menggunakan Youth Skincare secara konsisten, kulit beliau bertambah cerah, dan berseri. Walaupun beliau mempunyai masalah kulit sensitif, tetapi dengan Youth Skincare beliau langsung tidak mempunyai masalah dan mendapat hasil yang sangat-sangat mengujakan.

#6 ~ Master Naquib, 40an

Mengenali Master Naquib secara personal, beliau sangat konsisten mengamalkan vitamin secara dalaman termasuklah Vivix dan kolagen. Namun menyedari masalah kulit beliau yang dahulu teruk dengan jerawat dan meninggalkan parut berkawah-kawah, beliau tekad menggunakan Youth Skincare (walaupun pada mulanya menyangka skincare ini hanya untuk golongan wanita) untuk memberikan bantuan nutrisi dari luar bagi membantu penghasilan sel kulit sihat dan parut jerawat kembali pulih.

Sangat ketara perubahan beliau selepas 25 hari terutamanya pada scar tissues yang dulunya nampak kawah dan berlubang-lubang, kini hampir licin rata sehingga ramai yang menyedarinya.

Rahsia besarnya pada serum yang mengandungi 10x bahan aktif yang menggalakkan pembaharuan sel yang kritikal. Wah… tak rugi mencuba!

Disclaimer: Perkongsian testimoni ini adalah pengalaman individu yang telah menggunakan Youth Skincare. Walaubagaimanapun keputusan atau hasil penggunaan adalah berbeza untuk setiap pengguna. 

Insya Allah semasa launching Youth Skincare pada Mac 2018 nanti, pihak Shaklee (M) akan berkongsi testimoni yang sama dengan kesan yang lebih baik pastinya setelah menggunakan Youth Skincare lebih 2 bulan. Sama-sama kita nantikan.

Testimoni Pengguna Youth di USA

Produk Youth ini telah dilancarkan di USA tahun lepas, jadi dah banyak testimoni dari USA yang boleh kita lihat.

Istimewanya Youth Skincare sesuai untuk semua jenis kulit, normal, berminyak atau kering. Berjerawat, berjeragat dan sesuai untuk semua peringkat usia. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Jadi sesiapa sahaja boleh menggunakan Youth Skincare ini. Yang penting konsisten dan istiqamah.

Kalau dapat gunakan full set lebih baik kerana setiap produk saling bekerjasama untuk memberikan hasil yang terbaik kepada kulit kita.

Teruja kan?

Nantikan kemunculannya Mac 2018 ini!

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini.

beli Set Jantung Sihat Shaklee Online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Testimoni Youth Skincare Bergambar ~ Kulit Lebih Muda, Cantik Berseri
Tagged on:

4 thoughts on “Testimoni Youth Skincare Bergambar ~ Kulit Lebih Muda, Cantik Berseri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge