Asid lemak omega 3 merupakan asid lemak yang perlu untuk kesihatan tubuh badan. Ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan. Nak tak nak, kita perlu mendapatkannya melalui diet seharian ataupun dengan bantuan suplemen minyak ikan omega 3.
Lebih-lebih lagi ibu yang merancang untuk mengandung, yang sedang mengandung, dan ibu yang baru sahaja melahirkan serta menyusukan bayi, adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengambil asid lemak omega 3 EPA dan DHA untuk membantu proses kehamilan yang lebih baik, bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi itu sendiri.
Sebelum Kehamilan
Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Bukan sahaja kepada isteri, malah untuk suami juga.
Untuk Isteri
- menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon (1)
- membantu mengatur kitaran haid (1)
- meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung
Untuk Suami
- meningkatkan kepekatan sperma (6)
- memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma sihat (8)
Semasa Tempoh Kehamilan
Apa yang ibu ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi yang dikandung. Tambahkan Omega 3 dalam diet pemakanan kerana ia memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi;
Untuk Ibu
- menurunkan risiko kelahiran pramatang
- menggalakkan tempoh kehamilan optimum (2)
- mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklamsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung) (7)
Untuk Bayi
- menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta (1)
- memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya (1)
- mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi (2)
- mengurangkan risiko bayi mengalami alahan (3)
- menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga
- menggalakkan perkembangan saraf otak (5)
Selepas Bersalin & Semasa Penyusuan
Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega 3 membantu;
Ibu
- mengurangkan risiko kemurungan postpartum (1,4)
Bayi
- menyokong proses kemantangan otak semasa tempoh 5 tahun pertama kehidupan
- menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak (5)
- mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif atau eczema (5)
- menyokong perkembangan penglihatan (9, 10)
- menggalakkan pola tidur yang lebih baik (9, 10)
TAHUKAH ANDA?
Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan akan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan (2)
Minyak Ikan Omega 3 Shaklee?
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya
atau klik icon di bawah ini.
Atau..
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
______________________________________________________________________________
Rujukan:
1. Saldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.
2. Danielle Swanson, Robert Block, and Shaker A. Mousa. Omega-3 Fatty Acids EPA and DHA: Health Benefits Throughout Life. 2012 American Society for Nutrition. Adv. Nutr. 3: 1–7, 2012.
3. Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women.
4. Grosso G, Pajak A, Marventano S, et al. Role of Omega-3 Fatty Acids in the Treatment of Depressive Disorders: A Comprehensive Meta-Analysis of Randomized Clinical Trials. Malaga G, ed. PLoS ONE. 2014;9(5):e96905. doi:10.1371/journal.pone.0096905.
5. Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2010;3(4):163-171.
6. Esmaeili, V., Shahverdi, A. H., Moghadasian, M. H. and Alizadeh, A. R. (2015), Dietary fatty acids affect semen quality: a review. Andrology, 3:450–461 doi:10.1111/andr.12024.
7. Williams MA1, Zingheim RW, King IB, Zebelman AM. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. Omega-3 fatty acids in maternal erythrocytes and risk of preeclampsia. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7.
8. M. Roqueta-Rivera, T. L. Abbott, M. Sivaguru, R. A. Hess, M. T. Nakamura. Deficiency in the Omega-3 Fatty Acid Pathway Results in Failure of Acrosome Biogenesis in Mice. Biology of Reproduction, 2011; 85 (4): 721 DOI: 10.1095/biolreprod.110.089524
9. Harris MA. Implementation of evidence based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN.
10. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. http://files.abstractsonline.com/CTRL/E8/E/FB2/