Dalam lambakan produk-produk kecantikan sekarang ni, tak dinafikan ramai yang merasa was-was dengan isu produk OEM atau pun timbang kilo. Asal ada je produk baru keluar, mesti ramai yang akan tertanya-tanya, di mana kilangnya? Ada R&D ke? Apa bahan-bahannya? Dan bermacam lagi soalan tentang keaslian dan keunggulan produk.

Jangan risau semua.. Youth Skincare merupakan produk kecantikan terbaik hasil gabungan kehebatan sains Shaklee bersama pakar kulit bertaraf antarabangsa.

Pakar Kami Bertaraf Dunia

Chris Kyrou Youth Shaklee

Chris Kyrou mengetuai penghasilan produk kecantikan Shaklee termasuk rangkaian penjagaan kulit Youth. Sebelum ini, Chris mengetuai program penghasilan penjagaan kulit di Penyelidikan & Pembangunan untuk syarikat utama Fortune 500 dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri kecantikan menghasilkan formulasi dan penghasilan produk penjagaan kulit dan kosmetik. Semenjak 2 tahun lepas, Chris telah mengetuai Penyelidikan & Pembangunan dalam penghasilan Youth Skincare.

Chris telah berkongsi beberapa fakta yang sangat menarik tentang sains di sebalik Youth Skincare Shaklee.

Dengan 8 paten dan paten-pending, Youth Skincare merupakan satu kejayaan dalam sains penjagaan kulit. Janji kami adalah anda bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan kulit secara dramatik dengan Youth, tetapi 100% dijamin untuk menjadikan kulit anda ke usia yang lebih muda.

Apa Yang Membuatkan Youth Berbeza dengan Produk Lain di Pasaran?

Kita melihat pengguna hari ini, terdapat satu trend yang semakin jelas di hampir semua wanita dan lelaki mahukan produk kecantikan terbaik dan semulajadi. Cabaran untuk memenuhi keperluan pengguna adalah ketika terdapat banyak jenama di pasaran yang mengaku bersifat semulajadi, tetapi mereka tidak benar-benar bersifat semulajadi dan tidak dapat membuatkan pengguna berpuas hati.

Sebaliknya pula, ada banyak produk yang boleh memberikan hasil terbaik tetapi bukan dari produk semulajadi malah banyak bergantung kepada bahan kimia yang boleh diragui tahap keselamatannya.

Inilah solusi yang kami berikan dengan Youth Skincare yang telah terbukti secara klinikal memberikan keberkesanan yang luar biasa. Kami berikan anda produk semulajadi yang tidak bergantung kepada bahan kimia, dan menjanjikan keberkesanan yang membuatkan anda berpuas hati. Kami berikan anda kehebatan sains di sebalik Youth Skincare.

Kehebatan Sains Di Sebalik Youth Skincare Shaklee

Youth adalah kehebatan sains. Kehebatan sains Shaklee yang telah menghasilkan Youth.

Salah satu aspek utama ialah Youth dirumuskan untuk menangani punca utama penuaan. Kulit kita sering diserang oleh persekitaran, dan kerosakan radikan bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.

Faktor penuaan kulit

Shaklee percaya untuk membantu masalah ini kita memerlukan teknologi untuk melindungi kulit dari serangan tersebut.  Malangnya banyak sains anti-penuaan terkini yang hanya berkisar kepada proses regenerate sel kulit.

Apabila kita melihat dengan lebih dalam, kulit kita menghasilkan kolagen dan elastin iaitu protein dalam kulit yang menjaga kelembutan kulit, mengekalkan keanjalan, dan mencegah terjadinya kedutan.

Kehilangan kolagen dan elastin selari dengan pertambahan usia

Tetapi selepas usia 20 tahun, kulit kita sudah mula menghasilkan kurang kolagen dan elastin setiap tahun, apatah lagi sepanjang hayat yang pastinya memberikan kesan dramatik pada kulit kita. Terkejut kan 80% ketebalan kulit kita hilang sepanjang penuaan. Makan kita tidak boleh mensia-siakan kemajuan sains dan teknologi yang boleh memberikan manfaat yang efektif.

Aspek utama untuk sains saintifik Shaklee ialah mensasarkan protein keremajaan utama dalam kulit, yang baru ditemui dalam dunia penyelidikan anti-penuaan. Protein keremajaan ini berfungsi membantu sel isyarat untuk terus menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin.

Ekstrak Lotus Japonicus, ramuan botani utama Youth Skincare Shaklee, adalah teknologi pertama di pasaran dari sudut pandangan yang mensasarkan protein utama tersebut. Ia membantu memberi isyarat kepada sel agar terus menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin, dan itu adalah kunci pertama dengan sains Youth.

Satu lagi aspek kejayaan Youth adalah dari sudut perlindungan. Mereka yang biasa dengan Vivix® tahu bahawa salah satu ramuan utama ialah anggur muscadine, yang berfungsi di peringkat sel dalam tubuh kita untuk membantu mengelakkan penuaan sel. Oleh itu Shaklee menyesuaikan ekstrak anggur muscadine untuk kegunaannya dalam aplikasi penjagaan kulit.

sains di sebalik youth skincare

Ujian-ujian yang Shakleee lakukan telah menunjukkan bahawa ia juga berfungsi di dalam sel-sel kulit kita untuk melindungi sel-sel di peringkat DNA yang sangat kritikal kerana DNA diumpamakan seperti pusat kawalan sel. Jika DNA kita rosak ia tidak akan berfungsi dengan betul, dan kita akan mula melihat tanda-tanda penuaan. Sekiranya kita boleh melindungi DNA daripada kerosakan akibat alam sekitar, itu adalah perlindungan terbaik yang boleh kita berikan kepada kulit, dan polifenol anggur muscadine Youth membantu tugas ini dalam sel-sel kulit.

Youth Diformulasikan Daripada 2500 “Free of List”

Tahukan anda bahawa satu kejayaan yang sangat besar untuk Shaklee bila senarai komprehensif “FREE of List” Youth Skincare menyenaraikan lebih daripada 2500 bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang boleh dipersoalkan yang anda tidak akan dapati dalam mana-mana produk Youth.

Sekiranya terdapat sebarang bahan yang membawa sebarang keraguan mengenai potensi keselamatan pada kulit, Shaklee akan terus meletakkannya dalam ‘FREE Off List’ ini. Shaklee akan mencari alternatif yang selamat kepada sebarang bahan kimia yang diragui dan sebaik-baiknya diperoleh dari alam semulajadi.

"Free of list" Youth Shaklee - sains youth shaklee

Sebagai contoh, penggunaan ‘FREE Off List’ Shaklee ialah perlindungan matahari dalam krim pelembab Age Defense Mineral Moisturizer SPF50 YOUTH. Perlindungan matahari adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kulit anda dari perspektif anti-penuaan dan kesihatan.

Terdapat banyak krim pelindung matahari di pasaran yang diluluskan oleh FDA, tetapi terdapat juga banyak data yang mempersoalkan tahap keselamatannya. Oleh itu, Shaklee memilih sumber alam semulajadi dan membangunkan pelembab SPF mineral dengan zink oksida. Zink oksida adalah bebas kimia, ia diperolehi secara semulajadi, berasaskan zink mineral, dan ia adalah salah satu pelindung matahari yang paling berkesan yang diluluskan oleh FDA.

Kami telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan.Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

Indeks Usia Kulit Dan Pentingnya Dalam Pembangunan Youth

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

Cara mereka membangunkan sistem ini adalah dengan mengkaji kulit wanita pelbagai peringkat umur. Banyak mengambil kira banyak kriteria kulit daripada golongan wanita tersebut, dan kemudiannya menganalisa beribu-ribu titik data wanita tersebut yang dikaitkan dengan semua faktor yang mungkin terjadinya masalah kulit dan penuaan kulit.

Dan berdasarkan semua penyelidikan saintifik itu, mereka dapat menghasilkan Indeks Usia Kulit, yang dapat melihat kulit kita secara utuh, mengaitkan semua data objektif dari kulit kita, dan seterusnya memberi kita umur sebenar kulit kita yang telah meningkat tua.

Sangat menarik!

Pertama, ia adalah satu kejayaan dalam bukti saintifik mengenai bagaimana kita secara objektif mengukur umur kulit. Dan, kedua, ia memberi kita satu cara untuk mengukur sama ada Youth sebenarnya boleh menjadikan kulit wanita kembali ke usia yang lebih muda.

Nak tahu apa yang Shaklee dapat dari Indeks Usia Kulit ini untuk mereka yang diuji sebelum dan selepas menggunakan Youth?

ujian klinikal youth shaklee

100% telah mencapai hasil kulit lebih muda hanya dalam 7 hari. Dan 2/3 daripada mereka telah mengubah usia kulit mereka kepada 10 tahun lebih muda dengan Youth!

Youth adalah peluang baru dan sangat menarik dari Shaklee. Youth adalah untuk anda yang memang mementingkan kualiti. Youth adalah untuk anda yang mencari kehebatan sains di sebaliknya. Dan Youth adalah untuk kita yang mencintai alam sekitar.

Nantikan kemunculannya Mac 2018 nanti!

LAGI INFO TENTANG YOUTH SKINCARE (klik)

Anda nak juga?

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini.

beli Set Jantung Sihat Shaklee Online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kehebatan Sains Di Sebalik Youth Skincare Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge