Urutan bayi, sentuhan kasih sayang yang terbaik terhadap bayi. Urutan bukan sahaja boleh menenangkan bayi, malah boleh menyokong perkembangan dan pembesaran yang positif terhadap bayi.

Di antara beberapa kebaikkan urutan bayi ini adalah ;

  1. Memberikan ransangan suara, penglihatan, bau, bergerakkan di antara ibubapa dan bayi.
  2. Memberikan satu ransangan yang istimewa yang menunjukkan rasa kasih, belas kasihan dan perasan hormat.
  3. Meningkatkan kesihatan dan tumbesaran bayi.
  4. Membantu menormalkan otot.
  5. Meningkatkan peredaran darah, pernafasan, keseluruhan fungsi saluran gastrointestinal dan meningkatkan sistem imun.
  6. Membuat bayi lebih tenang,tidur dengan lebih baik dan menggalakkan kecerdasan semasa waktu bangun dari tidur.
  7. Membantu melegakan sembelilt
  8. Meningkatkan berat badan, tumbesaran badan yang cepat dan dapat bergaul mesra dengan yang lain.

8 Langkah Urutan Bayi

Pastikan bayi anda tidak terlalu lapar atau kenyang. Hangatkan bilik dan pastikan pencahayaan tidak terlalu terang.

Titiskan beberapa minyak urut ShakleeBaby di tapak tangan anda dan balutkan tangan anda pada pehanya lalu urut ke bawah sambil memicit perlahan-lahan. Tukar kaki dan ulangi.

Ambil satu kaki dan putarkan beberapa kali setiap arah. Gunakan ibu jari anda untuk membuat bulatan di tapak kaki. Tukar kaki dan ulangi.

 

Pegang ibu jari kaki bayi di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik perlahan sehingga jari anda terlepas di hujungnya. Lakukan ini untuk semua jari kaki.

Balut tangan anda di setiap lengan dan urut ke bawah dari ketiak ke pergelangan tangan, sambil picit-picit perlahan. Putar pergelangan tangan beberapa kali setiap arah. Tukar lengan dan ulangi.

Gunakan ibu jari anda untuk membuat bulatan di kedua-dua tapak tangan. Kemudian, dengan perlahan-lahan ambil satu jari dan letakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik perlahan sehingga jari anda terlepas di hujungnya. Lakukan ini untuk semua jari tangan bayi.

Tapatkan kedua tapak tangan anda dan letakkan di atas dada kiri (jantung) bayi anda. Buka tangan sambil menarik ke luar dan perlahan-lahan turun dan ratakan tapak tangan anda ke dada bayi. Ulangi beberapa kali. Kemudian letak satu tapak tangan rata di atas dada bayi anda. Urut turun perlahan-lahan sehingga ke peha bayi. Ulangi dengan menukarkan tangan beberapa kali.

Gunakan hujung jari anda untuk membuat bulatan kecil di kedua-dua sisi tulang belakang dari leher hingga ke punggung. Kemudian habiskan dengan urutan padat dan panjang dari bahu bayi sehingga ke kaki.

Rujukan: BabyCenter, MyHealth

Urut Dengan Massage Oil ShakleeBaby

Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.
 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini.

beli Set Jantung Sihat Shaklee Online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

8 Langkah Urutan Bayi Untuk Bayi Sihat dan Ceria
Tagged on:

One thought on “8 Langkah Urutan Bayi Untuk Bayi Sihat dan Ceria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge