Entry kali ni Cik Puan VK nak cerita satu-satu produk yang ada dalam Set Mengandung Shaklee. Kerap sangat disebut set mengandung je tapi ramai yang masih belum jelas apa produk yang terkandung dalam set ni. Dan apa sebenarnya produk-produk tu? Ye lah, contohnya macam ESP. Nama dia ESP. Tapi ramai yang masih belum jelas ESP sebenarnya “protein”. Nama ESP tu Shaklee ambil dari Energizing Soy Protein 🙂
Set Mengandung Shaklee
Set lengkap mengandungi 6 produk iaitu;
- Vitalea
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematrix
- ESP
- Omega Guard.
Jangan terkejut sangat dengar namanya. Semua ni nama produk je. Yang sebetulnya set ini terdiri daripada multivitamin dengan zat besi, vitamin B termasuk asid folik, vitamin C, protein, kalsium, magnesium, vitamin D dan minyak ikan omega 3.
Kebaikan Nutrisi Yang Terkandung Dalam Set Mengandung Shaklee.
#1 ~ Zat besi.
Vitalea adalah multivitamin yang diperkaya dengan zat besi. Zat besi merupakan salah satu mineral yang sangat penting semasa kehamilan untuk;
???? membantu penghasilan #seldarahmerah untuk menyokong keperluan oksigen ibu dan bayi
???? kurangkan risiko #anemia
???? kurangkan risiko kelahiran #pramatang dan berat bayi yang rendah.
#2 ~ Asid Folik
Di Shaklee kami bagi bonus B Complex yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Asid folik sangat penting (malah sebelum mengandung (klik);
???? diperlukan untuk pembentukan tiub neural bayi, yang kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak
???? kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural (berlaku antara 15 hingga 28 hari selepas persenyawaan)
???? kurangkan risiko sumbing bibir dan lelangit
#3 ~ Vitamin C
Vitamin C selain sinonim dengan vitamin kecantikan, antioksidan, sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam menyokong proses kehamilan.
???? membantu meningkatkan kesuburan
???? kurangkan risiko kelahiran pramatang
???? tingkatkan penyerapan zat besi dan asid folik
???? membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang bayi.
#4 ~ Kalsium
???? Kalsium diperlukan untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat, perkembangan jantung, saraf dan otot yang sihat untuk bayi.
???? Membantu menguncupan otot
???? Melindungi kepadatan tulang ibu kerana kekurangan kalsium boleh mengakibatkan risiko osteoporosis di kemudian hari
#5 ~ Asid Lemak Omega 3 (EPA & DHA)
Bahasa mudahnya minyak ikan. Kaya dengan omega 3 EPA dan DHA yang sangat bermanfaat untuk ibu dan bayi dalam kandungan;
???? mengurangkan risiko kelahiran pramatang
???? menggalakkan tempoh kehamilan penuh (cukup bulan)
???? menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
???? mengurangkan risiko bayi lahir nanti mengalami alahan (alergi)
Apa Yang Membuatkannya Istimewa?
Kalau nak cerita satu-satu keistimewaan setiap produk ni memang berjela-jela la jadinya. Tapi secara ringkasnya Cik Puan VK boleh katakan “Shaklee menawarkan lebih dari itu”
Eh.. overclaim la pulak ye? Hehehe.. bukan overclaim tapi memang kami beri lebih dari yang kami listkan tadi.
✅ Vitalea bukan hanya sekadar zat besi, malah merupakan multivitamin dengan gabungan 28 vitamin dan mineral yang bagus untuk membantu melengkapkan lompong-lompong nutrisi dalam badan. Merupakan multivitamin tertua di dunia juga ni tau.
✅ B Complex kami lengkap 8 kumpulan vitamin B yang jarang-jarang dijumpai di pasaran yang memberikan kombinasi keseluruhan vitamin B penting ini. Selalunya dijual berasingan.
✅ Vitamin C Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
✅ Ostematrix bukan sekadar kalsium. Sebenarnya untuk tulang yang kuat, kita memerlukan lebih daripada kalsium. Ada beberapa minerals gabungan dalam Ostematrix ini;
- Kalsium – Bahan asas untuk membina tulang
- Magnesium – Membantu menghantar kalsium kepada tulang
- Boron – Membantu metabolisme tulang
- Vitamin D – Merangsang penyerapan kalsium
- Kuprum, Zink and Mangan – Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang
Dan yang lebih best lagi, Ostematrix ni dianggap penyelamat untuk pelbagai masalah biasa ibu mengandung seperti kejang kaki, sembelit, buasir, susah lelap tidur, kurangkan sakit bersalin dan macam-macam lagi. Best sangat! (klik pada yang bertanda hijau)
✅ ESP atau nama sebenarnya Energizing Soy Protein ni memang produk paling larislah. Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama. Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian.
Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*
Baca juga;
PDCAAS Cara Terbaik Kenali Protein Berkualiti Tinggi (klik)
Tips Memilih Sumber Protein Berkualiti Tinggi (klik)
✅ Omega Guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.
Apa Kata Ibu-Ibu Yang Melalui Pengalaman Mengandung Bersama Set Mengandung Shaklee?
Bagaimana mahu membeli Set Mengandung Shaklee
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya
atau klik icon di bawah ini.
Atau..
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)