Mempunyai tekanan darah rendah semasa mengandung adalah perkara biasa. Dalam kebanyakan situasi, keadaan ini tidak akan menimbulkan masalah besar, dan tekanan darah akan kembali ke tahap sebelum mengandung  selepas ibu melahirkan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, tekanan darah yang sangat rendah boleh membahayakan ibu dan bayi.

Tekanan Darah dan Kandungan

Semasa ibu mengandung, doktor atau jururawat selalunya akan memeriksa tekanan darah pada setiap lawatan prenatal.

Bacaan tekanan darah ibu mendedahkan maklumat penting mengenai kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ia juga boleh menjadi cara untuk doktor menentukan jika ibu mempunyai satu lagi keadaan yang perlu diperiksa secara lanjut, seperti preeklampsia.

Perubahan yang berlaku di dalam badan semasa mengandung boleh menjejaskan tekanan darah ibu. Apabila membawa bayi, sistem peredaran darah ibu berkembang dengan cepat, yang boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.

Adalah biasa bagi tekanan darah ibu sedikit menurunkan di awal 24 minggu kehamilan yang pertama.

Faktor lain yang boleh menyumbang kepada tekanan darah rendah termasuk:

  • dehidrasi
  • anemia
  • pendarahan dalaman
  • terlalu lama duduk atau berbaring (bedrest)
  • pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • keadaan jantung
  • gangguan endokrin
  • jangkitan tertentu
  • kekurangan nutrisi pemakanan
  • tindak balas alergi

Tekanan Darah Rendah Ibu Semasa Mengandung

Apa yang dianggap rendah?

Garis panduan semasa menentukan bacaan tekanan darah normal (klik) sebagai kurang daripada 120 mm Hg systolik (nombor teratas) dan 80 mm Hg diastolik (nombor bawah).

Doktor biasanya menentukan ibu mempunyai tekanan darah rendah jika bacaannya adalah di bawah 90/60 mm Hg.

Sesetengah orang mempunyai tekanan darah rendah sepanjang hidup mereka dan tidak mempunyai tanda-tanda itu.

Bahayakah Tekanan Darah Rendah Ibu Semasa Mengandung?

Secara amnya, tekanan darah rendah semasa kehamilan bukanlah satu sebab untuk dikhuatiri melainkan ibu-ibu ini mengalami gejala. Penurunan tekanan darah yang ketara (berbeza dari lawatan berkala sebelumnya) mungkin menjadi tanda masalah yang serius, atau bahkan mengancam nyawa.

Tekanan darah yang sangat rendah boleh menyebabkan ibu berhadapan risiko mudah jatuh akibat pitam, kerosakan organ, atau kejutan. Tekanan darah rendah juga boleh menjadi tanda kehamilan ektopik, yang berlaku apabila implan telur disenyawakan di luar rahim wanita.

Sejumlah besar penyelidikan telah dijalankan tentang bagaimana tekanan darah tinggi semasa kehamilan mempengaruhi bayi, tetapi data tentang kesan tekanan darah rendah ibu semasa mengandung terhadap bayi adalah terhad.

Gejala Tekanan Darah Rendah

Tanda-tanda dan gejala tekanan darah rendah termasuk:

  • pening
  • rasa seolah melayang, terutamanya apabila berdiri atau duduk
  • pengsan
  • mual
  • keletihan
  • penglihatan kabur
  • dahaga luar biasa
  • pucat
  • pernafasan pantas atau pendek
  • kurang fokus

Hubungi pakar perubatan anda jika anda mengalami gejala tekanan darah rendah semasa mengandung.

Sumber; KnowingMama, Healthline.Com

Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu Mengandung Yang Menghadapi Tekanan Darah Rendah

Jika anda mengalami gejala tekanan darah rendah, seperti pening, anda mungkin boleh mencuba tips yang berikut:

  • elakkan bangun dengan cepat dari kedudukan duduk atau berbaring
  • cuba untuk tidak berdiri untuk jangka masa yang panjang
  • makan makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap sepanjang hari
  • jangan mandi atau berendam air panas
  • minum lebih banyak air
  • pakai pakaian longgar

Ia juga merupakan idea yang baik untuk makan makanan yang sihat dan mengambil makanan tambahan prenatal semasa mengandung untuk mencegah gejala tekanan darah rendah.

set mengandung shaklee
Cadangan Nutrisi dengan Set Mengandung Shaklee

tekanan darah rendah semasa mengandung

Anda nak dapatkan SET MENGANDUNG SHAKLEE ini? Boleh terus klik di sini untuk membuat pembelian dan pihak Shaklee akan menghantarnya terus ke alamat anda.

Atau boleh juga hubungi kami untuk pembelian atau sebarang pertanyaan.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tekanan Darah Rendah Ibu Semasa Mengandung
Tagged on:                             

2 thoughts on “Tekanan Darah Rendah Ibu Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge