“Kak.. vitamin C ni untuk apa sebenarnya? Saya sebenarnya nak cantikkan kulit..tapi macam lain je dapat ni..”

Tu ayat pertama dari customer Cik Puan VK yang datang repeat order vitamin C. Dup dap dup dap berdebar rasanya dah kenapa dapat lain? Dapat apa? Kulit dia semakin bermasaalah ke? Tapi kan dia repeat order Vitamin C ni sebotol lagi.

Dengan ayat tersusun rapi dan berjaga-jaga takut overclaim, Cik Puan VK cuba explain serba sedikit lagi tentang kebaikan Vitamin C dan peranannya cuma sebagai suplemen kepada tubuh badan kita. Pastinya yang lebih baik adalah dari sumber makanan semulajadi tetapi haruslah dipastikan selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia berbahaya.

“ooooo… tu la nak cakap ni.. saya ingatkan Vitamin C ni untuk kulit cantik je.. tapi baru-baru ni saya terperasan belakang betis saya ni dah tak sakit-sakit.. urat simpul hilang.. kalau dulu memang berketul-ketul timbul je.. nampak kaler biru la, hitam la.. alhamdulillah… tak sakit dah sekarang”

Waaahhh!! Itu rupanya yang nak dikongsi dengan Cik Puan VK. Alhamdulillah, alhamdulillah. Allah juga yang memberi keizinan ūüôā

Apa Itu Urat Simpul

Urat simpul ni dalam bahasa perubatan dipanggil vena varikos atau disebut varicose veins.

urat simpul

Pakar Bedah Am dan Vaskular, Dr. Tan Kong Hean berkata, urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Mana-mana urat dalam badan kita boleh menjadi varicose tetapi biasanya berlaku di betis  dan kaki kerana tekanan badan yang lebih rendah bertahan untuk menjaga tubuh apabila kita berdiri tegak. Ia disebabkan oleh kelemahan injap dan urat di kaki kita.

Urat simpul ini banyak berlaku kepada wanita tetapi lelaki pun tidak terkecuali juga.

Kesan Urat Simpul

Walaupun banyak kes biasa urat simpul ini tidak menyakitkan, tetapi ada juga kesan yang mungkin boleh didapati sekiranya urat simpul atau vena varikos ini semakin membesar. Keadaan ini boleh menyebabkan gatal-gatal, kesakitan, keletihan, keresahan, berdenyut, kebas-kebas, atau berat di kaki. Kemunculan urat membonjol juga menjadi perhatian untuk ramai orang.

Faktor Terjadinya Urat Simpul

Faktor-faktor biasa yang menyumbang kepada vena varikos adalah;

  • keturunan
  • pekerjaan yang memerlukan banyak berdiri
  • obesiti
  • penggunaan pil perancang
  • sembelit
  • perubahan hormon dalam badan semasa mengandung
  • putus haid (menopos)

Apa Istimewa Vitamin C Shaklee? Bolehkah Urat Simpul Hilang?

Haaa… ni yang Cik Puan VK nak cerita. Tentang keistimewaan Vitamin C Shaklee. Apa agaknya yang ada di dalam Vitamin C ini¬†yang bermanfaat untuk urat simpul ini.

urat simpul hilang makan vitamin C

Meh tengok label dulu. Perasan tak kat depan botol ada tulis “Vitamin C, Citrus Bioflavonoids & Hesperidin”? Bukan Vitamin C semata-mata.

Dan berdasarkan beberapa rujukan ini, telah banyak rupanya huraian tentang manfaat citrus bioflavonoids dan hesperidin ini dalam membantu urat simpul.

Apa itu Citrus Bioflavonoid dan Hesperidin

Memetik petikan dari GrowYouthful.com, buah-buahan citrus sangat terkenal sebagai sumber vitamin C yang baik. Buah-buahan seperti lemon, limau, pisang kaki, oren, dan limau tangerine mengandungi banyak nutrien yang meningkatkan kesan vitamin C selain bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Yang paling berharga dari buah-buah citrus ini adalah kandungan flavonoid bioaktif (bioflavonoid) yang juga dikenali sebagai vitamin P. Bioflavonoid sangat penting untuk penyerapan vitamin C yang betul dan kajian telah menunjukkan bahawa bioflavonoid ini boleh meningkatkan dan memanjangkan tidakan vitamin C terhadap tubuh badan kita.

Hesperidin juga adalah bioflavonoid  yang didapati terutamanya dalam buah citrus yang masih tidak matang. Hesperidin didapati paling banyak dalam bahagian kulit dan limau lemon dan oren.

Bagaimana Bioflavonoid membantu Urat Simpul?

Ketelapan kapilari dan peredaran bertambah baik. Flavonoid sangat berkesan untuk menghalang dan merawat urat simpul. Mereka membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, dan membantu mengurangkan pembengkakan, edema, dan pernafasan di dalam paru-paru. Hesperidin sering digunakan untuk rawatan urat simpul dan buasir. Kekurangan hesperidin dalam diet telah dikaitkan dengan fungsi kapilari yang tidak normal, kesakitan ekstrem dan kekejangan kaki.

Mengulas perihal urat simpul, Hesperidin telah terbukti paling berkesan kerana bertindak sebagai agen anti-radang yang juga mengurangkan kebolehtelapan kapilari. Hesperidin menguatkan kapilari darah dan bertindak sebagai anti-radang.

Hesperidin mempunyai utiliti utamanya sebagai rawatan untuk urat varikos apabila ia digabungkan dengan bioflavonoid lain yang bersama memberikan kesan pemulihan semula jadi kepada urat simpul.

Sumber: VericoseVeinsGone, VericoseVeinGoneTreatment

Ini cuma beberapa rujukan yang Cik Puan VK sempat olah semula. Sebenarnya kalau kita search tentang manfaat Citrus Bioflavonoid dan Hesperidin ni memang banyak sangat. Jadi tak hairanlah kalau nak cantik ambil Vitamin C tetapi manfaat lain pula yang dapat kan? Sebab tu juga adik tadi ni cakap masalah urat simpul hilang. Package head to toe gitu. Memang tak rugi!

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di¬†[email protected]¬†atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke¬†019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

“Nak Cantikkan Kulit Tapi Urat Simpul Hilang”
Tagged on:

One thought on ““Nak Cantikkan Kulit Tapi Urat Simpul Hilang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge