Pernah dengar PDCAAS? PDCAAS ini kalau secara penuhnya Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score iaitu penilaian mutu protein terbaru dan terbaik mengikut piawaian WHO.

Apa itu PDCAAS
Skor penghadaman protein kepada asid amino (PDCAAS) adalah kaedah menilai mutu protein berdasarkan kedua-dua ciri;
- keperluan asid amino manusia
- kemampuan menusia untuk mencerna protein yang telah diambil
Dalam mengira skor ini, matlamatnya adalah untuk menilai seberapa baik protein mampu menampung permintaan untuk asid amino, jadi protein itu boleh digunakan dengan berkesan. Apabila populasi dunia terus berkembang pada kadar eksponen, keperluan untuk mencari jumlah dan mutu protein yang diperlukan untuk kesihatan manusia adalah lebih penting berbanding sebelumnya.
Skor PDCAAS telah diterima pakai oleh US Food and Drug Administration (FDA) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FAO / WHO) pada tahun 1993 sebagai “pilihan yang terbaik” untuk menentukan kualiti protein.
Dengan menggunakan kaedah PDCAAS, kedudukan kualiti protein ditentukan dengan membandingkan profil asid amino protein makanan tertentu terhadap profil asid amino standard dengan skor tertinggi yang mungkin menjadi 1.0. Skor ini bermakna, selepas pencernaan protein, ia memberikan satu unit protein 100% atau lebih daripada asid amino yang disyorkan.
FDA memberikan dua sebab untuk mengadopsi PDCAAS pada tahun 1993:
- PDCAAS didasarkan pada keperluan asid amino manusia, yang menjadikannya lebih sesuai untuk manusia daripada kaedah berdasarkan keperluan asid amino haiwan.
- Pertubuhan Makanan dan Pertanian / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FAO / WHO) sebelum ini mengesyorkan PDCAAS untuk tujuan pengawalseliaan.
Apa Pula Asid Amino
Protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Secara bahasa mudahnya, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.
Ada banyak jenis asid amino. 20 (sesetengah rujukan menyebut 22) telah dimasukkan dalam nutrisi standard manusia.
Asid amino perlu (essential) membawa maksud badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidak perlu (non essential) bermaksud ia boleh disintesiskan daripada sumber lain. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.
Skor PDCAAS Terbaik
Ujian protein dibandingkan dengan profil asid amino standard dan diberi markah dari 0-1, dengan skor 1.0 menunjukkan kecernaan asid amino maksimum.
Skor PDCAAS yang tinggi, misalnya, menunjukkan bahawa protein akan menyediakan hampir 100% asid amino penting, termasuk branched- chain asid amino (BCAA) yang diketahui mempunyai kesan sintesis protein terbesar.
PDCAAS tertinggi ialah 1.0. Skor 1.0 bermakna bahawa selepas pencernaan makanan, ia memberikan 100% atau lebih daripada jumlah asid amino penting yang disyorkan bagi setiap unit protein.
Skor di atas 1.0 (lebih dari 1.0) dibundarkan kepada 1.0. Ini kerana protein berlebihan tidak diserap oleh badan. Ia sama ada ditukar menjadi lemak atau dibuang sebagai sisa.
Semua sumber protein tidak dicipta sama. Kualiti protein dan kecenderungan penyerapan adalah faktor penting apabila menimbang pengambilan diet yang sesuai dengan keperluan kesihatan khusus kita.
Rujukan;
https://labdoor.com/article/protein-quality-the-4-most-important-metrics
https://en.wikipedia.org/wiki/Protein_Digestibility_Corrected_Amino_Acid_Score
PDCAAS Skor ESP SHAKLEE adalah 1.0!
Ya, PDCAAS skor ESP Shaklee adalah skor maksimum 1.0. Ini bermakna selepas mengambilan ESP, ianya dicernakan dan memberikan 100% daripada jumlah asid amino penting kepada badan kita. Kalau bahasa mudahnya, ESP ini senang hadam dan memang diserap secara efektif oleh badan kita. Sebab itulah efeknya pun alhamdulillah, cepat dirasai oleh badan.
Nak kata overclaimed? Bukan sembang kosong ni. Memang skornya 1.0 🙂
Dan di dalam ESP, terdapat 22 jenis asid amino dan ia juga merupakan produk tunggal dalam pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino yang penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia sendiri, dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda.
Bayangkan apa yang badan kita akan dapat. Dari kesemua 9 asid amino penting ini dan 100% dicernakan dengan baik. 🙂
ESP Shaklee Protein Terbaik
Walaupun Soy Protein Isolate mempunyai skor penuh 1.0 PDCAAS, perlu diingat juga bahawa hampir 90% soya di pasaran adalah dari produk GMO iaitu yang telah diubah secara genetik dan memberikan risiko tinggi kepada banyak masalah kesihatan.
ESP adalah berasaskan dari tumbuhan berkualiti tinggi. Selain PDCAAS skor ESP 1.0, ESP juga;
- non-GMO ~ tidak diubah secara genetik dan teknologi
- glisemik indeks yang rendah ~ pencernaan dan penyerapan yang lebih perlahan sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan
- bebas gluten
- protein berasaskan tumbuhan yang sifar kolesterol (protein berasaskan haiwan mengandungi kolesterol dan lemak tepu
- setiap hidangan menyediakan 14gram protein berasaskan tumbuhan
Jadi, buatlah pilihan yang tepat ye. Ada beberapa kriteria lagi untuk memilih sumber protein yang terbaik
Baca: Tips Memilih Sumber Protein Bermutu Tinggi dan Terbaik (klik)
Bagaimana Mahu Mendapatkan ESP?
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan secanister ESP hari ini, boleh terus membuat pembelian ESP secara online di sini (klik). Harga ESP ialah RM161.25 (sebelum GST) sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. ESP akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
Berita baik! Anda boleh beli ESP pada harga jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dan terus menikmati penjimatan sehingga 15%. Hubungi kami untuk mendaftar keahlian dan membeli dengan harga ahli serta merta.
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Bagusnya bila tahu skor untuk soy protein isolate ni kan..jadi pengguna boleh tau kualiti atau tak, produk yang mereka makan
betul… jadi semua orang tak perlu was-was lagi betul ke amik isolate soy protein ni bermanfaat kepada badan? dapat ke khasiat proteinnya tu? Alhamdulillah semoga membantu mereka lebih tahu apa yang tak pasti sebelum ini
Beza kan isoloate protein dengan whey protein ni?
Ya berbeza.. Tapi kedua2nya pun PDCAAS 1.0
Makin jatuh cinta dengan protein soya dari shaklee bila tau skor PDCAAS 1.0 juga mempunyai semua kriteria protein yang baik berkualiti dan In Shaa Allah selamat diamalkan seluruh kehidupan kita untuk kesihatan yang baik.
Nur Razali recently posted…Jari Mak Tak Dapat Rasa Bila Pegang Barang Akibat Masalah Saraf
semakin hari semakin cinta gitu!! 🙂
Yana VitaminKita recently posted…Vivix Murah Untuk BUKAN AHLI Shaklee Sepanjang November 2017
Pingback: Set Mengandung Shaklee ~ Kenali Apa Yang Terkandung dan Manfaatnya