Cik Puan VK ni ada 4 anak. Yang 2 atas ni memang jenis teratur sikit, nak menulis, melukis akan cari kertas dan atas kertas sahaja. Tetapi 2 yang bawah ni Ya Rabbi… sangatlah creative kalau jumpa je pensil atau pen, pantang nampak “tempat kosong” mesti ada je idea creativenya akan terus datang. Nak buat mural “cantikkan” lagi rumah.

Mau tak pening kepala kan? Memanglah tu cara mereka luahkan kreativiti mereka, tapi tak kena tempat dan cara. Ibu dah sediakan buku, kertas, papan lukisan pun tetap berkenan di dinding dan meja juga.

Bersihkan Contengan Di Dinding Dengan Mudah Dan Cepat

Baru-baru ni sewaktu mengemas bilik anak-anak, tetiba rasa nak pitam tengok bahagian dinding di bawah meja study mereka ni penuh dengan contengan. Pensil, kaler, crayon, pen semua ada. Penuh ruang dah sampai hitam dinding. Selalu tu Cik Puan VK memang selalu cuci-cuci atas meja putih mereka yang dah jadi port utama contengan mereka. Tapi bila dah selalu cuci, senang la hilang dan tak perlu menyental sangat.

Sebenarnya ni 1st time juga Cik Puan VK nak bersihkan contengan di dinding yang tebal macam ni. Memang selalu buat tapi tak ada la sampai penuh dinding, sikit-sikit tak rasa penat nak menyental.

Jadi Cik Puan VK pun cubalah dengan bancuhan Basic H seperti biasa. Tapi masa tu terfikir juga mesti kena sental juga sikit ni sebab tebal sangat. Tak apa la, cuba dulu tengok macamana.

Tadaaa.. meh tengok video ni ūüôā

Ni video ni direkod dari bawah meja, dengan membongkok badan, dengan pegang camera sebelah tangan, dan tangan satu lagi sibuk nak spray dinding dan lap dinding. Secara jujurnya Cik Puan VK tak menyental sangat pun disebabkan keadaan membongkok di bawah meja dan sibuk nak pegang macam-macam kat tangan lagi kan.. hehehe..

Alhamdulillah, sembur-sembur sikit, biarkan seketika (tak lama pun gap masa antara letak spray bancuhan Basic H dan ambil kain lap) dan terus lap gosok-gosok sikit. Berjaya juga nampaknya Cik Puan VK bersihkan contengan di dinding dengan mudah dan cepat. Terima kasih Basic H banyak membantu!

Dan inilah hasilnya gambar sebelum dan selepas. Bersih kan?

Basic H ni memang serbaguna. Cik Puan VK pakai Basic H ni sebotol tahan setahun. Untuk mop lantai, cuci kotoran degil kat baju anak-anak, cuci dapur, cuci kasut, lap meja makan, mecam-macam lagi la. Memang serbaguna sangat. Satu botol Basic H boleh dilarutkan jadi 48 gelen tau. Haaaa..sebab tu la tahan lama. Nak cuci-cuci dinding ni bancuh dalam botol spray tu pun 2-3 titik je. Mau tak tahan lama.

Antara kegunaan lain Basic H

Baca: Cuci Kasut Sekolah Dengan Basic H (klik) pelbagai testimoni juga kami kongsikan di sana

Bagaimana Mahu Mendapatkan Basic H?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan secanister ESP hari ini, boleh terus membuat pembelian Basic H secara online di sini (klik). Harga Basic H ialah RM51.68 (sebelum postage) sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Basic H akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

Berita baik! Anda boleh beli Basic H pada harga jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dan terus menikmati penjimatan sehingga 10-15%. Hubungi kami untuk mendaftar keahlian dan membeli dengan harga ahli serta merta.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di¬†[email protected]¬†atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke¬†019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Bersihkan Contengan Di Dinding Dengan Mudah Dan Cepat
Tagged on:     

One thought on “Bersihkan Contengan Di Dinding Dengan Mudah Dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge