“Dah minum susu hari ini? 2 gelas susu setiap hari membantu tulang sihat dan kuat!”
Selalu tak dengar ayat seakan-akan begini? Slogan yang selalu mempromosikan susu untuk memastikan tulang sentiasa sihat dan kuat.
Baru-baru ini, Cik Puan VK ada terbaca satu perkongsian yang mengejutkan juga dari page Juicing For Health. Satu petikan dari Living Traditionally telah membongkar satu rahsia besar tentang produk tenusu bersama kajian yang telah dilakukan.
Tetapi kajian yang diperolehi ini mungkin boleh membuatkan kita menimbang semula, benarkan minum susu boleh menguatkan tulang atau minum susu penyebab osteoporosis?
Kajian Susu dan Tulang Rapuh
Satu kajian telah dijalankan ke atas 61,433 orang wanita berumur 39 hingga 74 tahun selama lebih 20 tahun. Dan melibatkan 45,339 orang lelaki yang mempunyai umur yang sama selama 11 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa lebih banyak mereka yang minum susu lembu ini lebih cenderung mengalami patah tulang semasa tempoh kajian.
Kenapa Minum Susu Penyebab Osteoporosis?
Proses pempasteuran susu mencipta kalsium karbonat yang tidak boleh memasuki sel tanpa agen chelating (yang membantu penyerapan). Oleh sebab itu badan akan menarik kalsium dari tulang dan tisu lain supaya dapat menambatkan kalsium karbonat dalam darah. Proses ini sebenarnya yang menjadi penyebab osteoporosis.
Susu sangat memerlukan magnesium dalam nisbah yang betul untuk membantu menyerap kalsium dengan efektif. Lebih 99% kalsium berada dalam rangka dan ini memberikan ketegaran mekanikal. Minum susu menjadikan pengambilan kalsium dalam badan rendah dan memaksa rangka digunakan sebagai rizab kalsium sebagai memenuhi keperluan tubuh badan. Inilah proses penyebab osteoporosis.
Produk Tenusu Bersifat Asid. Susu Merosakkan Tulang Dari Dalam
Susu lembu dan produknya (produk tenusu) menghasilkan asid. Pengambilan susu mencipta metabolic asid di dalam badan. Untuk kembali ke keadaan semula jadi alkali badan dan meneutralkan keasidan, kalsium dan fosforus diambil dari tulang kita. Banyak kajian saintifik telah menunjukkan bahawa bukan sahaja badan kita hampir tidak menyerap kalsium dalam susu lembu, tetapi sebenarnya kehilangan kalsium lebih meningkat.
Amy Lanou Ph.D.,pengarah pemakanan bagi Physicians Committee for Responsible Medicine in Washington, D.C., berkata;
“Negara-negara yang mempunyai kadar osteoporosis tertinggi adalah di mana paling banyak minum susu dan mempunyai kalsium yang paling tinggi dalam diet mereka. Hubungan antara pengambilan kalsium dan kesihatan tulang sebenarnya sangat lemah, dan hubungan antara penggunaan tenusu dan kesihatan tulang hampir tidak ada. “
Alternatif Produk Tinggi Kalsium Untuk Kesihatan Tulang
Terdapat alternatif lain selain minum susu termasuklah pilihan makanan mentah yang melalui proses penapaian seperti yogurt susu, kefir, mentega, kepingan susu. Proses umum penapaian susu melibatkan pengeluaran asid laktik dari laktosa dalam susu. Fermentasi meningkatkan jangka hayat produk, dan meningkatkan pencernaan susu.
Baca: 4 Cara Penting Bina Tulang Sihat (klik)
Baca: Osteopenia Tanda Awal Tulang Rapuh (Osteoporosis) (klik)
Anda boleh klik di sini untuk membuat pembelian terus SET TULANG SIHAT
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Banyak yang salah faham tentang susu ni ya, sepatutnya kalsium diambil dengan vitamin D dan juga mineral lain untuk membentuk kepadatan tulang
pening dah kita ni… nak makan minum apa pun dah tak selamat… banyak yang kena belajar supaya betul-betul faham
Yana VitaminKita recently posted…10 Tips Persediaan Diri Merancang Untuk Hamil