Sambil melayan anak-anak, sesambil belek berita online, terkejut juga Cik Puan VK bila baca tentang beguk dah jadi wabak sekarang rupanya. Dah menular ke beberapa buah sekolah di Putrajaya. Dengar-dengarnya dah ada kes juga di Shah Alam.

beguk kanak-kanak
Beguk di kalangan kanak-kanak

Teringat waktu kecil-kecil dulu pun pernah juga diri sendiri terkena beguk ni. Kalau bahasa orang-orang kampung panggil “bengkak cantik”. Namanya sahaja yang “cantik” tapi seksanya bila kena ni. Sebelum leher (dari telinga sampai ke dagu) membengkak, dapat demam dulu bersama pakej sakit kepala yang amat sangat. Sampai tak boleh nak bangun. Tak lalu makan, sukar nak minum atau makan kerana rasa sakit sangat nak menelan. Sakit berdenyut-denyut memang sampai menangis.

Tak dapat nak ingat sebab rasa macam seksa betul. Berdenyut-denyut pada bahagian bengkak tu memang tak dapat nak buat apa. Mak sapu nila nak bagi sejuk sikit pada bahagian bengkak tu.

Apa Itu Beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus (kuman paramyxoviridae daripada virus genus rebula). Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Beguk mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Bengkak pada kelenjar parotid

Tanda-Tanda Beguk

Gejala-gejala ini biasanya akan muncul selepas 12-25 hari berhubung dengan mereka yang dijangkiti. Ada juga sesetengahnya yang langsung tiada simptom awal.

Antara tanda-tanda beguk;

  • sakit kepala
  • demam
  • hilang selera makan
  • mulut kering (akibat kurang minum, sukar minum)
  • keletihan
  • bengkak pada satu atau kedua-dua kelenjar paratid

Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10 hari.

Dinasihatkan segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala-gejala sebegini.

Bahayakah Beguk di Kalangan Kanak-kanak?

Beguk bukanlah satu virus yang berbahaya kepada kanak-kanak, namun memberi rasa tidak selesa kepada mereka terutamanya boleh menyebabkan selera makan mereka berkurangan. Ini disebabkan kesukaran mengunyah makanan ditambah pula dengan kesukaran untuk menelan.

Walaupun cuma penyakit ringan, tetapi sangatlah tidak digalakkan kanak-kanak untuk ke sekolah kerana boleh menyebarkan virus ini kepada kawan-kawan.

Bolehkah Berlaku Komplikasi?

Kebiasaannya beguk akan pulih sepenuhnya selepas 2 atau 3 minggu. Namun begitu tetap berisiko dengan pelbagai komplikasi juga seperti;

  • Encephalitis (Pembengkakan pada otak).
  • Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak).
  • Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas).
  • Orchitis (Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa.
  • Pekak.

Bolehkan Beguk Dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini. Rujuk jadual imunisasi sepertimana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (di sini)

Baca: Ibu Bapa Gagal Ikut Jadual Imunisasi Punca Penyakit Beguk Kembali

Kredit info: MyHealth, DrWeil

Tips Kurangkan Sakit Beguk di Kalangan Kanak-Kanak

Tiada rawatan khusus untuk mengurangkan beguk. Doktor biasanya akan membekalkan paracetamol untuk membantu mengurangkan kesakitan. Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan bakteria lain di bahagian yang bengkak.

Antara tips untuk membantu mengurangkan rasa sakit;

  • minum banyak air tetapi elakkan jus-jus yang masam (minuman berasid merangsang kelenjar air liur)
  • elakkan makanan yang keras. seeloknya minum sup, bubur dan makanan-makanan lembut yang mudah dikunyah dan ditelan
  • tuam dengan ais untuk memberikan rasa sejuk dan mengurangkan kesakitan
  • berkumur dengan air suam yang dilarutkan garam

Kalau petua dulu-dulu menyarankan sapu nila pada bahagian bengkak itu kan? Pernah ikut tak? Relevan ke sebenarnya sapu nila tu? Sebenarnya nenek moyang kita ni cerdik pandai. Relevan sangat bila sapu nila tu dah bertompok hitam biru pada muka;

  • kawan-kawan pun tak nak dekat, jadi dah boleh bantu elakkan jangkitan
  • nila ni sejuk bila disapu, jadi secara langsungnya boleh membantu memberikan rasa sejuk dan mengurangkan denyutan

Boleh juga mencuba Set Vitamin Shaklee untuk membantu mengurangkan kesakitan beguk pada kanak-kanak ini.

Cik Puan VK cadangkan Mealshakes dan Nutriferon (optional)

Mealshakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang boleh membantu memberikan rasa kenyang kepada anak-anak yang tak lalu makan dan sukar mengunyah makanan. Mealshakes berperisa vanila dan mudah disediakan lengkap dengan 24 vitamin dan mineral. Sesuai untuk memberikan tenaga dan membantu anak-anak supaya tidak terlalu keletihan

Nutriferon pula bertindak ala-ala paracetamol untuk membantu mengurangkan kesakitan dan menghalang jangkitan. Sesuai juga untuk anak-anak yang belum dijangkiti sebagai perisai kepada mereka.

Nak dapatkan SET VITAMIN UNTUK BEGUK KANAK_KANAK dengan segera? Boleh klik terus di sini!

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

 

Beguk di Kalangan Kanak-kanak: Tips Kurangkan Sakit dan Elak Jangkitan

2 thoughts on “Beguk di Kalangan Kanak-kanak: Tips Kurangkan Sakit dan Elak Jangkitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge