Dalam sebulan dua ni ramai sungguh kenalan Cik Puan VK yang mendapat berita gembira bakal menambah ahli keluarga. Yang lebih teruja lagi apabila kebanyakan mereka ini yang dah lama berikhtiar, tup tup termakbul keinginannya. Alhamdulillah.. semoga Allah pelihara ibu-ibu mengandung itu dan diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Anda juga nak besarkan keluarga? Salah satu langkah penting yang mesti diambil kira dalam top list adalah “bersedia dan buat persediaan”.

10 Tips Persediaan Diri Merancang Untuk Hamil

#1 ~ Bermula lebih awal

Tempoh 1-3 bulan sebelum merancang untuk hamil adalah masa yang terbaik untuk memulakan persiapan. Tak keterlaluan kalau berjumpa dengan doktor dan menjalankan ujian fizikal supaya semuanya dalam keadaan baik dan badan ibu sesuai untuk menerima kehamilan. Paling utama adalah kitaran haid bakal ibu adalah normal supaya boleh merancang bila waktu subur yang sesuai untuk ovulasi.

#2 ~ Periksa Ubat/Suplemen Yang Diambil

Terdapat banyak ubat di pasaran begitu juga dengan suplemen. Dalam satu keadaan mungkin ubat dan suplemen ini sangat bagus untuk wanita seperti untuk membantu kitar haid yang normal, tetapi dalam keadaan lain, pil ini mungkin sangat tidak sesuai untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Berbincang dengan doktor dan sekiranya tidak sesuai, tempoh ini akan memberi masa kepada badan ibu untuk menerima sedikit perubahan apabila berhenti mengambil ubat atau suplemen tersebut.

#3 ~ Hindari Stress

Tahap tekanan tinggi bukan sesuatu yang baik kepada wanita hamil. Masa merancang kehamilan adalah masa yang sesuai juga untuk meninggalkan segala tekanan. Anda mungkin boleh mencuba yoga, meditasi atau melakukan sesuatu yang menyeronokkan sehingga boleh melupakan tekanan. Jika perlu, boleh juga merancang untuk pergi bercuti.

Amalkan teknik relaksasi untuk membantu mengurangkan tekanan. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya lapan jam tidur setiap malam.

#4 ~ Bersenam

Bersenam bukan sahaja bagus untuk menghilangkan tekanan, tetapi ia mempunyai banyak manfaat lain juga. Rejim senaman yang baik akan menjadikan anda lebih sihat. Seorang wanita yang sihat lebih mudah hamil. Ia memberikan lebih tenaga dan tidur malam yang lebih baik, yang akan menjadi penting pada bulan-bulan yang akan datang.

#5 ~ Kawal Berat Badan (Berat Badan Sihat)

Berlebihan berat badan boleh menjejaskan keseimbangan hormon pembiakan yang mengawal kitaran haid dan ovulasi anda. Menetapkan diet yang sihat sebelum anda hamil juga akan memudahkan anda untuk makan dengan baik semasa kehamilan. Pendekatan terbaik untuk menurunkan berat badan (dan mengekalkan berat badan yang sihat) adalah pelan makan yang logik (tidak berlapar), memuaskan dan membekalkan bilangan kalori yang tepat untuk gaya hidup anda.

#6 ~ Hindari Dari Benda Merosakkan Kesihatan dan Tubuh Badan

Semasa menyediakan diri untuk kehamilan, badan kita sebaiknya berada dalam keadaan sihat. Hindari dari segala gejala tidak sihat seperti merokok, minum arak (haram buat orang Islam), malah sebaiknya hidari juga dari asap rokok dan minuman berkarbonat. Benda-benda ini akan merosakkan badan dan sangat bahaya kepada janin yang sedang berkembang lebih-lebih lagi pada minggu pertama perkembangan.

#7 ~ Berbincang dengan Pasangan (Suami)

Satu perkara yang banyak diketepikan ketika merancang kehamilan adalah faktor emosi. Tidak kira samaada percubaan hamil ini berjaya atau tidak, ianya akan selalu menyebabkan beberapa ketegangan pada emosi dan mengganggu hubungan suami isteri. Kejayaan hamil mungkin menyebabkan isteri mengharapkan sesuatu dari suami samaada dari segi sokongan, layanan, dan lain-lain. Begitu juga kalau tidak berjaya juga memerlukan lagi banyak sokongan dari segi emosi kepada isteri.

Maka jalan terbaik adalah berbincang terlebih dahulu bersama pasangan dengan meluahkan apa yang diharapkan, supaya suami lebih memahami dan hubungan berjalan dengan baik.

#8 ~ Tambah Ilmu

Ramai yang beranggapan membaca buku-buku tentang kehamilan, bersalin dan penjagaan bayi sesuai dilakukan “on job training” iaitu semasa keadaan itu. Tetapi sebenarnya lebih baik sekiranya dibaca sewaktu merancang untuk hamil supaya bakal ibu mendapat gambaran secara kasar dan tidak mudah tertekan atau panik bila situasi itu dihadapi nanti.

#9 ~ Asid Folik

Jika anda dan pasangan anda merancang untuk hamil, anda harus mula mengambil asid folik sebelum anda hamil. Asid folat membantu memberikan hasil kesihatan yang terbaik untuk bayi anda apabila ia berkembang. Mengambil asid folik setiap hari sebelum dan semasa hamil juga menghalang terjadinya kecacatan tiub saraf, seperti spina bifida, pada bayi anda.

#10 ~ Amalkan Nutrisi Sihat Sebagai Persediaan Hamil

Semasa mengandung, bayi akan bergantung kepada ibu untuk semua keperluan pemakanan. Makan pelbagai makanan yang sihat boleh membantu menyediakan badan bakal ibu untuk kehamilan dengan memberikannya cukup nutrisi penting seperti kalsium, protein dan zat besi. Sangat digalakkan makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak, bijirin penuh, tenusu dan sumber lemak yang sihat.

Elakkan mengambil makanan-makanan yang tidak berkhasiat yang boleh menjejaskan peluang untuk hamil.

Rujukan: WebMd, OnlyMyHealth

Dalam entry berikutnya nanti Cik Puan VK akan kupas terperinci tentang nutrisi yang sihat dan sangat digalakkan untuk bakal ibu dan juga bakal bapa sebagai persediaan diri merancang untuk hamil.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

10 Tips Persediaan Diri Merancang Untuk Hamil
Tagged on:         

2 thoughts on “10 Tips Persediaan Diri Merancang Untuk Hamil

  • 26 October 2017 at 8:04 PM
    Permalink

    Dulu suka sangat minum manis, minuman kafein, stress sebab tu juga rasanya kurang subur masa plan nak dapatkan baby

    Reply
    • 5 November 2017 at 2:04 AM
      Permalink

      samalah saya dulu pun susah nak lekat pastu dok fikir sebab aktif sangat kot.. yang sebenarnya lagi aktif lagi senang nak conceive… rupanya diet pemakanan tak jaga, ikut sedap je apa nak makan… alhamdulillah, sedikit-sedikit ilmu lama-lama dah boleh faham apa sebenarnya yang badan kita perlukan… 🙂
      Yana VitaminKita recently posted…“Boleh Ke Makan Vitamin Semasa Period (Haid)?”My Profile

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge