Salah satu perkara yang paling penting dalam kehamilan ialah pemakanan yang baik. Wanita hamil mempunyai keperluan khasiat yang khusus, kerana mereka perlu memastikan tubuh mereka dapat mengekalkan kesihatan menghadapi semua perubahan yang dialami sepanjang kehamilan dan kerana mereka perlu menyediakan nutrisi yang tepat untuk bayi yang sedang berkembang dalam rahim mereka. Atas sebab ini, ibu-ibu dinasihatkan supaya sentiasa merujuk pakar kesihatan dan diet untuk memastikan pengambilan nutrisi yang berkhasiat dan bermanfaat untuk mereka. Terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan semasa kehamilan dan ada juga yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa mengandung melebihi pengambilan semasa tidak mengandung.
Pengambilan Nutrisi Di Awal Kehamilan
Pada trimester pertama kehamilan, bakal ibu mengalami sedikit kesukaran dengan hormon yang turun naik tak menentu. Ini membawa kepada perubahan dan kesan sampingan tertentu, yang mana salah satunya adalah morning sickness. Untuk mengatasi masalah ini, ibu-ibu hamil dinasihatkan untuk makan makanan yang dalam kuantiti lebih kecil, lebih kerap dan mengelakkan makanan pedas, dan berminyak.
Janin pula mempunyai keperluan pemakanan yang hebat supaya ia boleh membesar dan berkembang secara normal. Ibu hamil pada trimester pertama mesti memastikan untuk memenuhi semua keperluan nutrisi, yang boleh didapati dengan memakan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran, kekacang, bijirin, ikan dan produk tenusu. Makan makanan yang ringkas tetapi sihat dan mengelakkan makanan ringan dan makanan dengan tambahan perisa tiruan juga sangat penting.
Pengambilan Kalsium Dalam Trimester Pertama Kehamilan
Kalsium adalah salah satu nutrien yang paling penting dalam kehamilan, terutamanya pada trimester pertama. Ia penting bagi ibu dan bagi bayi yang sedang berkembang di dalam rahim. Apabila janin tumbuh, struktur tulangnya terbentuk dan dalam proses itu ia menggunakan kalsium dari aliran darah ibu. Walau bagaimanapun, kalsium tidak hanya penting untuk tulang. Fetus memerlukannya untuk pengalihan impuls saraf, untuk perkembangan otot dan untuk jantung yang sihat dan kuat. Bagi ibu, jika dia tidak mengambil cukup kalsium semasa kehamilan, struktur tulangnya berisiko kerana perubahan hormon yang berlaku.

Kebiasaannya ramai yang menyedari diri hamil bila masuk bulan ke 2 selepas sedar tentang kelewatan datang bulan. Dalam waktu ini, tulang janin sudah mula menjadi lebih kuat dan sangat-sangat memerlukan kalsium untuk membantu. Sebab itu juga ramai yang berpendapat bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sepatutnya berterusan walaupun tidak mengandung, dan bercadang untuk mengandung kerana mustahil ramai yang sedar dirinya mengandung dalam usia kandungan kurang 4 minggu. Sedangkan dalam waktu-waktu awal beginilah kalsium sangat-sangat diperlukan oleh ibu dan bayi.
Di samping itu, ada beberapa bukti bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia.
Oleh itu, adalah penting bagi wanita hamil untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi bukan sahaja pada trimester pertama tetapi sepanjang kehamilan keseluruhan. Semasa mengandung, keperluan kalsium adalah 1.000 hingga 1,200 miligram setiap hari, yang bersamaan dengan tiga hingga empat gelas susu sehari. Sangat disyorkan juga untuk mengambil makanan yang kaya dengan kalsium dalam diet, seperti yogurt, keju, bayam, brokoli dan juga jus.

Boleh juga mengamalkan suplemen kalsium sebagai alternatif. Walau bagaimanapun, suplemen selama kehamilan sebaik-baiknya diambil berdasarkan nasihat pakar obstetrik / ginekologi anda.
Sumber: OnlyMyHealth, SteadyHealth
Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Anda nak dapatkan SET MENGANDUNG SHAKLEE ini? Boleh terus klik di sini untuk membuat pembelian dan pihak Shaklee akan menghantarnya terus ke alamat anda.
Atau boleh juga hubungi kami untuk pembelian atau sebarang pertanyaan.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Kalau tak cukup kalsium, janin terpaksa ambik di bank kalsium ibu. Sebab tu ibu selaku cramp dan pre-eclampsia. Penting sangat kalsium ni kan.
Noriza Rahman recently posted…Perbandingan Set Berpantang Luaran, Nak Pilih yang Mana?