Bulan lepas lama blog Cik Puan VK ni tak berupdate kan? Ada dalam 2 minggu lebih. Ni baru nak panaskan gear balik. Alhamdulillah.. sihat walafiat sebenarnya dan baru diuji dengan anak kecil Cik Puan VK tak sihat sebelum ni. Agak kelam kabut nak menguruskannya tapi sekarang alhamdulillah. Terpanggil nak berkongsi pengalaman sebagai ibu apabila keadaan panik seperti ini terjadi.

Cirit-Birit Selepas Bercerai Susu?

Kisahnya bermula bila Cik Puan VK berjaya weanoff si kecil yang dah masuk 2 tahun ni. Dan mula perkenalkan dia kepada susu segar. Cadangnya cuma sebagai alternatif sementara nak weanoff, tapi entah mengapa tersuka pula minum sampai rasanya berlebih-lebih. Suatu pagi, nampak dia tenang sahaja tak minta susu tapi start cirit-birit. Tak ada tanda sakit perut atau tak sihat, masih seperti biasa sahaja tapi cirit-biritnya berulang-ulang sehingga 7-8 kali. Cuak, mestilah cuak, lalu kami bawa berjumpa doktor. Doktor kata ok since keadaan dia masih normal, makan seperti biasa, tiada demam, minum pun macam biasa, kekal aktif macam biasa. Itu normal katanya bila ada jangkitan di usus atau mungkin alahan terhadap susu sementelah dia minum banyak sangat susu sebelum tu.

hari ke-7. berselera makan seperti biasa

Kata doktor lagi, usus baby ni panjang, kadang-kadang nak clear cirit-birit ni boleh sampai seminggu dua. Cuma yang perlu diperhatikan kekerapan dia cirit-birit, perubahan selera makan dan minum, perubahan air kencing juga kerana dikhuatiri dehidrasi dan lemah.

Alhamdulillah, selepas seminggu memang cirit-biritnya berhenti. Lega sangat. Dah seminggu juga masa tu kami tak keluar ke mana-mana sebab risau kalau-kalau tercirit tempat awam kan. ūüôā

Cirit-Birit Berdarah

Sangka Cik Puan VK, anak dah sembuh sepenuhnya. Tapi episod kedua pula yang terjadi selepas beberapa hari. Bermula dengan dia selesema. Dah menjadi kebiasaan, hidung tersumbat tetapi tak ada hingus yang meleleh. Kahak pun ada bunyi kat kerongkong. Bila bagi Omega Guard, kahak akan keluar ikut najis. Memang dia macam ni.

Tapi cirit-biritnya berulang kembali, kali ini lebih teruk bila najisnya bercampur lendir dan berdarah! Serius Cik Puan VK menggigil sebab tak pernah jadi lagi kes macam ni pada anak-anak yang lain. Dah la masa tu suami pulak outstation. Pakej pulak bila petang tu dia batuk-batuk dan muntah pula. Lagi blurr tak tahu apa nak buat. Mujur adik Cik Puan VK  sorang yang doktor ni banyak membantu.. dia terangkan macam-macam nak hilangkan kerisauan kakaknya ini walaupun cuma melalui talian telefon dan wassap. Setiap kali cirit-birit, Cik Puan VK siap hantar gambar pampers nak update dia.

Ada beberapa punca najis mengandungi darah atau cirit-birit berdarah

  • alahan susu ~ ada anak yang alah terhadap susu lembu ini termasuklah susu formula, keju, dadih, yogurt dan lain-lain dalam kumpulan yang sama
  • sembelit ~ najis yang keras juga boleh membuatkan bahagian dubur anak luka dan najis yang keluar bercampur darah
  • jangkitan virus/bakteria (gastroenteritis) pada usus
  • intussusception ~ biasa terjadi kepada bayi bawah 9 bulan, keadaan di mana sebahagian usus masuk ke dalam bahagian usus lain dan seterusnya tersumbat. Keadaan ini menyakitkan dan biasanya baby akan menangis semasa meneran.

Maka malam tu sekali lagi Cik Puan VK bawa anak berjumpa doktor. Tujuan asalnya nak minta surat refer nak admit terus je kat hospital. Risau kalau apa-apa jadi kan. Tapi doktor pun faham ibunya ni terlalu risau tanpa berikhtiar dulu, maka doktor bekalkan Smecta, ORS, ubat tahan muntah dan ubat cirit-birit. Kata doktor kalau keadaannya tak berubah juga esok (masih muntah, dan hilang selera makan minum) terus bawa ke hospital. Tetapi masalah cirit-birit ini akan masih berterusan kerana jangkitan kuman boleh sehingga satu bulan baru clear. Waaaahhh serius ke satu bulan? Harunya nak mengharungi 1 bulan macam ni.

Balik rumah terus bagi ubat. Ok, muntah dah stop. Cirit-birit masih berterusan walaupun smecta dah habis. Rasanya kes anak lain dulu-dulu bila dah minum smecta ni memang cirit-birit stop la terus.. Aduii kebal betul virus sekarang ye. Dalam masa yang sama Cik Puan VK bagi ikhtiar juga Nutriferon dose kecil untuk bantu dia kuatkan sistem imun. tapi cirit-biritnya berlarutan tanpa apa-apa perubahan lain pada tuannya. Tetap melompat, memanjat, berguling-beguling berlari-lari seperti biasa. Makan dan minum pun masih selera yang sama. Namun cirit-birit berdarah masih ada. Dah tak tahu nak ikhtiar macamna lagi, sebab doktor pun cakap “sabar Puan.. akan kembali normal.. alhamdulillah keadaan dia ok”.

Hari ke-12

Ikhtiar Cirit-birit Berdarah Yang Membuahkan Hasil

Sehingga tiba-tiba Cik Puan VK teringat satu perkara. anak-anak lain bila dah weanoff selepas 2 tahun, Cik Puan VK akan bagi MealShakes untuk mereka. Owh baru teringat untuk si kecil ni belum bermula pun lagi. Boleh la cuba, mana tahu boleh membantu. Malam tu juga Cik Puan VK terus cuba.

Allahu Akbar! Allah juga yang mengizinkan, 100% keadaannya terus berubah esoknya. Pagi pertama tu cuma sekali sahaja dia cirit-birit tanpa darah! Lepas tu terus clear… sampai ke petang lagi sekali dan malam lagi sekali, tetap juga bebas darah dah. Cik Puan VK bagi lagi MealShakes kali kedua malam sebelum tidur, dan hari kedua dah tak cirit-birit dah. Alhamdulillah alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ketiga. Najisnya dah nampak kembali seperti dulu-dulu, buang air besar pun cuma sekali pagi tadi sahaja. Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Rasa ralat juga tak teringat langsung nak mencuba MealShakes awal-awal dulu.

“Acacia Gum atau Al-Manna dalam MealShakes’ (klik)

MealShakes ini adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang sangat sesuai untuk anak-anak. Dalam MealShakes ni ada satu kandungan istimewa “gam arab” atau al-manna yang memang ada disebut di dalam al-Quran.

Baru Cik Puan VK ingat tentang kebaikan al-Manna ini yang boleh dikaitkan dengan ikhtiar masalah cirit-birit ini, antaranya;

  • menghalang pertumbuhan bakteria pathogenic¬†di dalam usus kerana gam akasia dicerna di dalam usus yang sekaligus dapat mengurangkan keasidan atau pH usus
  • meningkatkan bilangan sel-sel bakteria di dalam usus terutamanya Bacteroides dan Bifidobacterium yang digunakan sebagai¬†prebiotik. Bakteria inilah yang melawaskan dan membantu penghadaman yang baik di dalam usus
  • memperbaiki tindakbalas¬†sistem imun¬†tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic lumen usus dan penghasilan cytokine

Ada lagi satu yang paling best; yang ni saya kena bold kan ūüôā

Acacia Gum atau Gam Akasia atau Gam Arab atau Al-Manna melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubat-ubatan atau suplemen untuk melegakan masalah sesak nafas dan batuk juga masalah gastrousus. Acacia Gum mengurangkan radang dalam saluran pernafasan. saluran gastrousus dan sistem perkumuhan. Sangat baik untuk ikhtiar mengubati batuk, selesema, gastrik, sakit mata, dan cirit birit

Disclaimer: Ini adalah perkongsian peribadi saya, walaubagaimana pun Mealshakes hanyalah sebagai suplemen yang membantu membekalkan nutrisi sihat. Tidak merawat dan tidak juga tidak mengubati.

Bagaimana nak dapatkan Meal Shakes?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di¬†[email protected]¬†atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke¬†019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Pengalaman Anak Kecil Cirit-Birit Berdarah

3 thoughts on “Pengalaman Anak Kecil Cirit-Birit Berdarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge