Cik Puan VK selalu menerima pertanyaan dari orang ramai (yang dah beli Shaklee tapi bukan dari kami Shaklee Independent Distributor ni);
“kak.. saya ada beli hari tu dari lazatnyaaaa murah sikitlah.. tapi dah nak expired, boleh makan lagi tak?”
“kak.. macam pelik je rupa vitamin saya beli dari senangsangatdotcom ni… ori ke kak?”
“kak… saya dah beli beberapa vitamin dari jalan11, tapi nak makan ni macamana pulak? Kat mana saya nak refer kalau apa-apa ye?”
Alahai sayang… tak dinafikan memang ramai yang buat belian di laman e-commerce atau e-dagang ni. Ramai yang berniaga di situ. Tapi sebenarnya tindakan ini menyalahi Shaklee Code of Conduct tau. Dalam masa yang sama, hak pembeli tidak terbela. Tiada identiti peniaga yang sebenar untuk bertanggungjawab memberikan konsultasi kepada anda. Kami tidak bertanggungjawab atas segala masalah yang timbul termasuklah sekiranya barang rosak, hampir tamat tempoh mahupun cara makan produk tersebut sekiranya dibeli direct dari laman e-commerce tu.
“E-commerce tu apa pula kak?”
E-commerce atau e-dagang tu adalah platform online untuk menjual produk seperti Lazatnyaa, Senangsangatdotcom, Jalan11 (bukan nama sebenar), berbeza dengan laman sosial seperti instagram dan facebook ye yang memang kita berhubung secara terus dengan peniaga.
Pemberitahuan Mengenai Ketulenan Produk Shaklee
Pihak Shaklee Products (M) Sdn Bhd baru-baru ini telah mengeluarkan pemberitahuan berkaitan hal ini.
#1~ Shaklee tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana penjual dalam talian e-dagang (e-commerce) selain Shaklee Products (M) Sdn Bhd untuk menjual produk di www.shaklee2u.com.my
#2~ Shaklee Products (M) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk yang dijual pada platform e-dagang samada produk itu palsu, tamat tempoh ataupun rosak.
#3~ Mana-mana pihak samada pengedar sah Shaklee atau bukan, memang tidak pernah diberi hak oleh pihak Shaklee (M) untuk menjual produk di platform e-dagang
#4~ Sesiapa yang memberi produk Shaklee dari e-dagang selain www.shaklee2u.com.my tidak akan mendapat akses jaminan Shaklee
Cara Mendapatkan Produk Shaklee Yang Tulen
Oleh itu pihak kami menggesa anda semua pengguna Shaklee untuk sentiasa membeli produk Shaklee HANYA daripada;
- pengedar sah Shaklee (Shaklee Independent Distributor) yang mempunyai no ahli yang sah seperti www.vitaminkita.net, SID 830028 Haliyana Mohd Hanapi
atau..
- mendaftar sebagai ahli/Shaklee Independent Distributor dan mempunyai no ID sendiri dan bebas membuat pembelian produk di mana-mana cawangan Shaklee
Daftar keahlian Shaklee segera 
atau..
- membeli secara terus dari Shaklee Products (M) Sdn Berhad di laman yang sah di www.shaklee2u.com.my
Aduan Kepada Pihak Shaklee Sekiranya Terdapat Sebarang Kemusykilan
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau meragui pembelian anda di mana-mana laman e-dagang, sila emelkan kepada customerinquiry@shaklee.com untuk pengesahan dan keterangan lanjut. Sila berikan segala butiran tentang pembelian dan laporan anda akan kami rahsiakan.
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)




produk Shaklee sangat mendapat sambutan..
ramai yang mencari dan menjadi pengguna ..
sebab itu mereka tidak kisa nak beli kat mana-mana..
itu yang silapnya
mrhanafi recently posted…Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti
Kesian bila ada yang mengadu dapat produk yang dah expired.. sayangla sebab average sebotol vitamin Shaklee ni pun untuk kegunaan beberapa bulan.. Hak mereka tak terbela
Pingback: "Saya Nak Beli Vivix Murah" - Luahan Hati Ramai Pengguna
Pingback: Vivix Murah Untuk BUKAN AHLI Shaklee Sepanjang November 2017
Pingback: "Saya Nak Vitamin Untuk Jantung Sihat"