Pernah dengar perkataan mengidam? Mestila kan? Sinonim sangat dengan “ibu mengandung”. Tapi kalau sekarang ni tak kira mengandung ke tak mengandung ke, bila teringin nakkan sesuatu makanan tu, mesti ada je perkataan “mengidam”. 🙂

Biasanya mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Tapi tahukah anda yang anda sememangnya benar-benar mengidam atau ketagihan gula?

Tahap glukos dalam badan kita dikawal oleh insulin, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan kekal tinggi. Tetapi bagi ibu mengandung, hormon yang dihasilan adalah berlawan dengan insulin. Sebab itu paras glukos ibu mengandung ni sangatla roller coster kejap naik mendadak, kejap normal. Inilah yang dinamakan sebagai gestational diabetes mellitus (GDM) atau kencing manis ketika mengandung.

GDM semasa mengandung

Sebab itu lah perlu hati-hati dalam pengambilan makanan kerana dibimbangi mengidam pada asalnya bertukar kepada ketagihan gula.

Mengidam atau ketagihan gula?

Ketagihan gula boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ibu mengandung atau pun tidak. Ketagihan gula adalah apabila menginginkan makanan yang manis dan sekiranya disekat, ianya boleh mengundang perasaan marah atau murung.

Menurut blogger terkenal Mr Tengku Asmadi, ada 5 tanda kita sudah ketagihan gula (tak kira mengandung atau tak mengandung)

  • bersikap ambil ringan tentang pengambilan gula
  • memiliki satu simpanan makanan manis (kudap)
  • makan walaupun tak lapar kerana teringinkan sesuatu makanan
  • berterusan mengambil sesuatu makanan walaupun tahu mempunyai masalah kesihatan
  • selalu reward diri sendiri dengan memberikan makanan manis

Tips Kawal Selera Mengidam Supaya Paras Gula Tak Naik Mendadak

Adalah tidak salah untuk anda mengidam ketika mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil sesuatu makanan secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan ais krim, pastikan makan dalam kuantiti yang sederhana.

Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak.

Beberapa tips ini mungkin boleh membantu;

  • sekiranya anda mengidam kepada makanan yang manis-manis seperti gula-gula, kek dan biskut atau seumpanya, anda sebenanrnya memerlukan lebih banyak makan buah-buahan iaitu sumber manisan semulajadi. Boleh gantikan dengan epal, limau, mangga dan sebagainya.
  • bawa bekal ke tempat kerja
  • makan bersama kawan-kawan yang mengamalkan pemakanan seimbang
  • kurangkan melihat majalah-majalah yang banyak mempamerkan makanan sedap-sedap, rancangan tv tentang restauran makanan lazat, atau blog-blog yang berkongsi resepi makanan menyelerakan
  • banyakkan senaman berjalan kaki kerana dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

set mengandung shaklee

mengidam ketika mengandung set mengandung shaklee kencing manis ketika mengandung

Anda nak dapatkan SET MENGANDUNG SHAKLEE ini? Boleh terus klik di sini untuk membuat pembelian dan pihak Shaklee akan menghantarnya terus ke alamat anda.

Atau boleh juga hubungi kami untuk pembelian atau sebarang pertanyaan.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Mengidam Ketika Mengandung: Benarkah Mengidam atau Ketagihan Gula?

2 thoughts on “Mengidam Ketika Mengandung: Benarkah Mengidam atau Ketagihan Gula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge