Rentetan dari entry sebelum ini Bengkak Prostat Mungkin Punca Ramai Lelaki Alami Kencing Tak Lawas, hari ini Cik Puan VK nak berkongsi tentang lelaki dan masalah bengkak prostat.

Adalah menjadi perkara biasa untuk prostat lelaki membesar sepanjang hayatnya. Bagi sesetengah lelaki, itu perkara yang langsung tidak membawa apa-apa gejala serius tetapi bagi sesetengah lelaki pula, pembesaran prostat atau bengkak prostat ini boleh membawa kepada masalah tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan malah menjejaskan kualiti hidup mereka.

Apa Itu Bengkak Prostat?

Prostat, kelenjar dalam sistem pembiakan lelaki, terletak betul-betul di bawah pundi kencing, di antara rektum dan pangkal zakar. Kerana prostat mengelilingi sebahagian uretra, di mana saluran laluan urin, prostat yang membesar boleh menyebabkan masalah dengan kencing.

Prostat lelaki

Apabila saiz prostat semakin membesar, ia boleh menolak dan memberi tekanan kepada pundi kencing dan uretra, menjadikan anda berasa seperti hendak buang air kecil walaupun sebenarnya pundi kencing tidak penuh. Tekanan dari prostat yang membesar ini juga menghalang air kencing mengalir secara lancar, sebab itu ianya tersekat-sekat. Rasa selalu nak buang air kecil ini semakin kuat apabila otot-otot di bawah pundi kencing mula berkontraksi, walaupun hanya sedikit air kencing yang ada. Dari masa ke masa, tekanan berterusan ini boleh melemahkan otot-otot pundi kencing, dan akibatnya pundi kencing tidak lagi dapat dikosongkan dengan betul, sentiasa meninggalkan sedikit sisa air kencing di dalamnya.

Prostat yang bengkak menyempitkan salur kencing

Istilah perubatan untuk pembesaran prostat atau bengkak prostat ini adalah Hiperplasia Prostatic Benign (BPH), iaitu pertumbuhan sel yang bukan kanser.

Simptom Bengkak Prostat

Apabila prostat membesar (bengkak prostat), ia akan menolak pundi kencing dan saluran kencing. Secara langsungnya akan menyebabkan;

  • kerap buang air kecil terutamanya pada waktu malam
  • kesukaran menahan kencing
  • mengambil masa yang lama untuk air kencing mula keluar
  • pancutan air kencing yang perlahan, mengambil masa yang lama untuk selesai
  • aliran air kencing yang tersekat-sekat
  • air kencing terus menitis walaupun selesai membuang air kecil
  • rasa tidak puas walaupun selepas buang air kecil
  • terpaksa meneran sewaktu kencing

Risiko Akibat Pembesaran Prostat Tak Terkawal

Sekiranya tidak dirawat, pembesaran kelenjar prostat yang tidak dikawal akan menyebabkan;

#1~ salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal. Sangat sakit, dan penyelesaiannya adalah dengan memasukkan tiub kecil bagi membantu pengaliran air kencing keluar.

#2~ tekanan di dalam pundi kencing yang tinggi boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (renal failure).

#3~ pembentukan batu karang juga boleh berlaku di dalam pundi kencing akibat masalah tersebut.

#4~ oleh kerana pesakit perlu meneran untuk mengeluarkan air kencing, dia juga berisiko mendapat penyakit hernia (angin pasang)

Selain masalah kesihatan, pesakit juga akan menghadapi pelbagai masalah sosial kerana perlu kerap ke tandas untuk kencing. Kekerapan ke tandas akan mengganggu aktiviti sosialnya seperti ketika melancong, menonton wayang atau memandu kereta ke tempat yang jauh.

Keperluan bangun pada waktu tidur di tengah malam juga mengganggu kesihatan lain dan boleh menyebabkan letih pada siang hari dan menjejaskan produktiviti kerja.

*Sumber*

Punca Terjadinya Pembesaran Prostat Atau Bengkak Prostat

Kelenjar prostat yang normal bersaiz sebesar biji walnut sahaja. Namun apabila menjangkau usia 40an, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan prostat membengkak.

Prostat  membesar disebabkan peningkatan jumlah sel (hiperplasia). Walau bagaimanapun, sebab yang tepat untuk peningkatan ini tidak diketahui. Pelbagai faktor mungkin terlibat, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen, dan faktor pertumbuhan sel lain (komunikasi sel ke sel).

Ada juga kajian yang mengatakan faktor keturunan juga memainkan peranan di samping faktor kesihatan di mana mereka yang obesiti dan mempunyai masalah diabetes cenderung untuk mengalami bengkak prostat. Walaubagaimana pun tiada bukti tepat untuk menyokong kajian ini.

Bolehkah Bengkak Prostat Diatasi?

Menyedari bahawa 2 faktor utama iaitu peningkatan usia dan keturunan seakan-akan tidak boleh diubah, itulah sebabnya ramai di kalangan mereka yang sihat tetap juga mengalami masalah bengkak prostat. Walaupun kita tidak dapat mengawal risiko punca, tetapi kita masih boleh mengawal gaya hidup dan pemakanan sihat sekurang-kurangnya membantu mencegah atau mengurangkan risiko juga simptom.

Anda sudah mengalami masalah bengkak prostat ini sekarang? Masih belum terlambat juga untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dan mulakan langkah positif sekarang juga.

#1 ~ Fokus pada makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi bahan anti-radang yang tinggi seperti antioksidan, polifenol, vitamin, mineral, dan serat. Ada kajian yang menunjukkan makanan yang kaya fitonutrien yang kuat (buah-buahan dan sayur-sayuran) mampu mengurangkan risiko bengkak prostat.

#2 ~ Makan makanan yang sihat, rendah lemak. Penyelidikan menunjukkan bahawa lelaki yang kurang mengambil daging merah (tinggi lemak tepu) kurang berkemungkinan untuk mendapat bengkak prostat. Apabila memilih lemak, pastikan memilih lemak sihat seperti omega 3, yang banyak terdapat dalam kekacang, ikan laut dalam, minyak zaitun, avokado, dan sebagainya.

#3 ~ Pilih protein tumbuhan berbanding protein haiwan. Protein tumbuhan memberikan anda semua nutrien dan manfaat kesihatan yang diperlukan untuk kesihatan prostat maksimum. Diet yang kaya dengan protein tumbuhan telah terbukti boleh mengurangkan kadar penyakit prostat. Penyelidikan juga mencadangkan pengambilan soya isoflavon kerana boleh membantu mencegah bengkak prostat.

#4 ~ Ambil makanan tambahan yang dikaji dengan teliti. Beberapa suplemen semulajadi sangat membantu jika anda mempunyai BPH kerana mereka boleh membantu mengurangkan keradangan dan gejala yang berkaitan dengan masalah ini. Suplemen yang telah terbukti berkesan dalam ujian klinikal termasuklah beta-sitosterol, cranberry, ekstrak teh hijau, Pygeum africanum, ekstrak debunga, saw palmetto, akar jelatang, vitamin D, dan zink.

#5 ~ Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat. Banyak kajian telah menunjukkan hubungan antara berat badan berlebihan mempunyai risiko tinggi bengkak prostat.

#6 ~ Senaman secara teratur. Kajian baru-baru ini mengenai 14 kajian yang menilai kesan latihan pada bengkak prostat mendapati adanya bukti yang kuat bahawa senaman membantu mencegah perkembangan bengkak prostat. Senaman yang teratur juga boleh membantu mencegah obesiti, yang juga merupakan faktor risiko bagi bengkak prostat.

#7 ~ Menguruskan tekanan. Penyelidikan menunjukkan bahawa tekanan boleh memburukkan gejala BPH. Pakar mencadangkan bahawa perubahan dalam tahap hormon atau penglibatan sistem saraf simpatik boleh menjelaskan hubungan antara BPH dan tekanan. Mengamalkan teknik pengurusan tekanan, seperti pernafasan yang dalam, senaman, dan pemakanan yang baik, sebahagian daripada rutin harian anda dapat mengurangkan gejala ini.

#8 ~ Amalkan gaya hidup mesra prostat. Waktu tidur yang tidak teratur boleh menjejaskan kesihatan prostat anda.

#9 ~ Mengekalkan keseimbangan hormon. Hormon memainkan peranan dalam pembesaran prostat, oleh itu adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan hormon untuk menggalakkan kesihatan prostat.

#10 ~ Kurangkan pengambilan kafein. Kopi, kola, minuman tenaga, teh, dan coklat mungkin sumber kafein dan boleh mengganggu prostat anda dan memburukkan lagi gejala BPH.

#11 ~ Kurangkan makanan pedas dan masin. Makanan ini boleh membuat gejala-gejala BPH lebih teruk.

#12 ~ Jangan tahan bila rasa nak buang air kecil. Kelewatan buang air kecil boleh memburukkan lagi gejala bengkak prostat dan mengakibatkan jangkitan saluran kencing.

#13 ~ Kawal diabetes. Kadar gula dalam darah yang tinggi dan obesiti, dua ciri kencing manis, juga faktor risiko untuk bengkak prostat. Oleh itu, jika anda menghidap diabetes, pastikan paras gula dalam darah anda terkawal.

#14 ~ Elakkan tempat sejuk.  Berada di tempat sejuk akan menyebabkan rasa hendak buang air kecil meningkat dan ini akan memburukkan lagi gejala bengkak prostat.

*Sumber*

Menyerlahkan Yang Terbaik Di Kalangan Lelaki

 

Nak dapatkan SET VITALITY UNTUK LELAKI dengan segera? Boleh klik terus di sini!

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Lelaki dan Masalah Pembesaran Prostat Atau Bengkak Prostat
Tagged on:                         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge