Keputihan wanita ni selalu juga terjadi kepada semua wanita kan? Kalau bahasa kita ni pukul sama rata je semua keputihan. Tapi sebenarnya kalau nak ikut term medikal, ada juga “bendalir semulajadi” yang memang sepatutnya keluar melalui vagina. Keputihan ni sebenarnya normal tetapi perlu perhatian kerana ada kondisinya memerlukan rawatan segera.

Keputihan berfungsi sebagai “housekeeping” (membersih dan melindungi) dalam sistem pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks membawa keluar sel dan bakteria mati. Secara langsungnya menjadikan vagina lebih bersih dan mencegah jangkitan dalaman.

Biasanya, keputihan atau “bendalir semulajadi” ini adalah normal. Tetapi keadaannya berbeza-beza dari segi bau dan warna, bergantung kepada masa dan kitaran haid anda. Sebagai contohnya, akan ada lebih banyak keputihan sewaktu ovulasi, menyusukan bayi, atau kitaran waktu subur. Baunya pula mungkin berbeza sekiranya anda hamil atau boleh juga mengundang bau yang kurang enak disebabkan oleh masalah kebersihan diri sendiri.

Faktor Terjadinya Keputihan

Perubahan terhadap keseimbangan bakteria normal di dalam vagina boleh menjejaskan bau, warna, dan struktur bendalir semulajadi ini.

Antara beberapa sebab yang boleh mengganggu keseimbangan bakteria normal ini termasuklah;

  • Penggunaan antibiotik atau steroid atau jamu
  • Bacterial vaginosis, jangkitan bakteria lebih biasa di kalangan wanita hamil atau wanita yang mempunyai banyak pasangan seksual
  • Pil kawalan kelahiran (pil perancang)
  • Kanser serviks
  • Chlamydia atau gonorrhea (STD), iaitu jenis jangkitan seksual
  • Diabetes
  • Mencuci vagina dengan sabun wangi atau menyapu losyen, mandi buih
  • Jangkitan pelvik selepas pembedahan
  • Penyakit radang pelvik (PID)
  • Trichomoniasis, jangkitan parasit biasanya disebabkan oleh seks bebas
  • Penipisan dan pengeringan dinding faraj semasa menopaus
  • Vaginitis, iaitu kerengsaan di dalam atau di sekitar vagina
  • Jangkitan kulat

Ciri-ciri Keputihan Yang Normal

Keputihan yang normal adalah;

  • tidak berbau
  • tidak pekat atau likat
  • tidak gatal
  • warna kuning cair atau seakan putih
  • tidak berlarutan melebihi 3 hari

Baru-baru ini ada terbaca tentang penerangan bidan professional tentang keputihan atau bendalir semulajadi ini, suka baca perkongsian beliau kerana jelas dan terang untuk difahami.

“Ramai betul yang kurang jelas, bendalir semulajadi vagina tidak berbau dan tidak gatal. Strukturnya dipengaruhi oleh hormon wanita kita. Ia boleh jadi penentu tahap kesuburan, dan perancang kehamilan semulajadi selain penggunaan kalendar haid. Tidak perlu mengorek, kerana biasanya ia boleh dikesan dengan mencalit sedikit dari bibir vagina. Kekadang ia keluar dan tergantung seperti mukus/ hingus.

Jenis-jenis Keputihan Tak Normal

Ada beberapa jenis keputihan yang dikelaskan menurut webmd.com, antaranya;

  • berwarna coklat atau bercampur darah ~ mungkin disebabkan kitaran haid tak menentu atau petanda awal kanser
  • keruh atau berwarna kuning ~ jangkitan seksual
  • kekuningan atau hijau dan berbau ~ jangkitan seksual juga biasanya dari seks bebas
  • pekat, putih keruh, dan likat (krim cheese) ~ jangkitan kulat
  • kelabu dan berbau busuk ~ jangkitan bacterial vaginosis dan boleh menyebabkan rasa gatal, radang di sekitar vagina
Sumber dari Dr Erna Nadia

Sekiranya anda mengalami keputihan yang berlainan dari ciri-ciri keputihan yang normal, segeralah berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan yang sewajarnya. Dinasihatkan berjumpa doktor dan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum anda mencuba apa-apa kaedah alternatif kerana dibimbangi akan memudaratkan lagi keadaan.

Tips penjagaan vagina agar kekal bersih.

  1. Bersihkan dengan baik setiap kali selepas buang air kecil atau besar.
  2. Elakkan memakai seluar dalam yang ketat.
  3. Elakkan memakai seluar yang ketat dalam jangka masa yang lama.
  4. Tidak perlu menggunakan feminine wash kerana pH akan berubah.
  5. Seeloknya basuh dengan air suam.
  6. Menggunakan pakaian dalam dari jenis cotton dan lembut.
  7. Jika anda pesakit kencing manis, kawal gula anda. Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keputihan.
  8. Bersihkan miss v setiap kali selepas bersama dengan suami.
  9. Hindari amalan bertukar tukar pasangan.
  10. Perlu kerap menukar tuala wanita atau panty liners anda. Jangan pakai yang sama dari pagi sampai tengah malam.
  11. Jangan menggaru-garu miss v anda
  12. Jangan menyembur apa-apa pewangi ke miss v anda.
  13. Jangan ambil steroids atau ubat berasaskan steroids melainkan jika perlu ( atas arahan doktor)
  14. Jangan memasukkan apa apa selain alat sulit suami ke dalam miss v. Tak kisahlah jari atau douche atau apa sahaja.

*sumber tips sepenuhnya dari Dr Erna Nadia*

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Keputihan Wanita: Apa Yang Normal dan Apa Yang Tidak Normal?

2 thoughts on “Keputihan Wanita: Apa Yang Normal dan Apa Yang Tidak Normal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge