Tempoh berpantang selepas bersalin bermula sebaik sahaja selepas ibu melahirkan dan akan berakhir apabila kesihatan badan ibu telah kembali kepada keadaan pra-kehamilannya. Tempoh berpantang ini biasanya berlangusng selama enam hingga lapan minggu.
Tempoh postpartum (selepas bersalin) melibatkan ibu yang mengalami banyak perubahan, baik secara emosi dan fizikal, sambil belajar bagaimana menangani semua perubahan dan penyesuaian yang diperlukan dengan menjadi ibu baru. Tempoh postpartum juga melibatkan ibu bapa yang belajar bagaimana untuk menjaga bayi mereka yang baru lahir dan belajar bagaimana berfungsi sebagai unit keluarga yang telah berubah.
Seorang ibu perlu menjaga diri untuk membina semula kekuatannya. Dalam masa ini ibu memerlukan banyak rehat, pemakanan yang baik, dan pertolongan dalam beberapa minggu pertama.
Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Selepas Bersalin
Di samping berehat, semua ibu perlu mengekalkan diet yang sihat untuk membantu penyembuhan dan pemulihan. Selain protein, zat besi, vitamin C, vitamin B, kalsium juga tidak kurang pentingnya. Ramai yang menyangka pengambilan kalsium sangat penting semasa mengandung sahaja untuk membantu pembinaan tulang dan gigi bayi yang sihat. Tetapi peranan kalsium untuk ibu selepas bersalin tidak boleh dipandang mudah.
Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukan.
Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.
Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.
Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.
Bagi wanita yang menyusukan anak, mereka memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg dalam sehari.
[Rujukan : Dr.Zubaidi]
Dr Zubaidi berkongsi kebaikan kalsium untuk ibu berpantang atau selepas bersalin bukan sahaja untuk ibu itu sendiri tetapi juga untuk anak yang disusui.
Antara kebaikan yang dikongsi termasuklah;
- menghalang pembentukan darah beku akibat banyak berbaring
- memperbaiki fungsi saraf
- mengelakkan rasa kebas dan lenguh-lenguh pada kaki dan tangan
- mempercepatkan pengecutan otot rahim
Kepentingan Kalsium Bantu Atasi Tekanan dan Kemurungan
Sementara itu, everydayfamily.com pula menyarankan mengambil hidangan kaya kalsium selepas bersalin untuk membantu mengatasi simptom kemurungan dan tekanan.
Kalsium dan magnesium seringkali dikenali sebagai “penenang alam” kerana kesan menenangkan semulajadinya bukan sahaya kepada otot malah juga kepada sistem saraf. Ia boleh menenangkan saraf tanpa memberikan ruang untuk berasa murung dan risau.
Kalsium Bantu Kurangkan Keletihan dan Atasi Insomnia
Dalam thehealthsite.com pula menekankan pengambilan kalsium sangat-sangat penting untuk ibu selepas bersalin. Hilang banyak tenaga semasa melahirkan, sakit otot dan sendi-sendi menambahkan lagi rasa letih dan lemah. Keletihan ini merupakan gejala biasa bagi ibu bersalin yang kekurangan kalsium.
Tahap kalsium yang rendah juga berkait rapat dengan insomnia atau masalah tak boleh tidur. Ibu selepas bersalin ini memerlukan rehat yang banyak. Insomnia yang tidak diatasi boleh menyebabkan tekanan, gangguan mental, keletihan yang semakin teruk, kemurungan, dan boleh mengganggu proses penyusuan juga sekiranya ibu itu menyusukan anaknya.
Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kapletnya bersaiz kecil, mudah ditelan.
Nutrien utamanya saling menyokong fungsi satu sama lain untuk memberikan kesan terbaik untuk anda.
- Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
- Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan kamposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
- Boron – membantu dalam metabolisme tulang
- Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.
Tips Memilih Suplemen Kalsium Terbaik (klik)
Bagaimana mahu mendapatkan Ostematrix?
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebotol Ostematrix hari ini, boleh terus membuat pembelian Ostematrix secara online di sini (klik). Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Ostematrix akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee dengan menghantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Suka amalkan ostematrix semasa berpantang untuk elakkan sembelit dan tidur lena
Noriza Rahman recently posted…Teknik ‘Upgrade’ Ubat Masalah Kurang Darah atau Anemia yang Mesti Anda Cuba
bonus kan? bukan untuk tulang semata-mata.. macam-macam manfaat dapat sekali
Yana VitaminKita recently posted…Vitamin C Murah & Shaker Murah Untuk Ahli Baru Sehingga 30 September!
kalsium memang sangat penting dalam diri…lagi-lagi kepada ibu-ibu yang lepas dah bersalin.. terima kasih dengan info nya..sangat berguna..
terima kasih kembali..semoga bermanfaat untuk sesiap yang membacanya
Yana VitaminKita recently posted…Perlukah Kalsium Di Awal Kehamilan Trimester Pertama?
Patutlah makan ostematrix dalam pantang, mood ok je. Tak stress.
Kesan Ostematrix bila ambil setiap hari.
Ros recently posted…Supplemen Kalsium Terbaik Untuk Ibu Mengandung (2018)