Semakin meningkat usia, masalah yang sering menimpa kaum lelaki adalah masalah buang air kecil. Ramai yang mengalami masalah kencing tidak puas, kencing tidak lawas atau pancutan air kencing tidak laju. Tetapi ramai yang suka mendiamkan diri dan menyembunyikan sendiri sehingga mengundang pelbagai komplikasi.

Kencing Tak Lawas Di Kalangan Lelaki

Ada banyak faktor penyebab masalah kencing tak lawas di kalangan lelaki ini, antaranya termasuklah;

  • bengkak prostat
  • kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing)
  • batu dalam pundi kencing
  • masalah saraf disebabkan penyakit multiple sclerosis dan kecederaan saraf tulang belakang
  • otot pundi kencing lemah
  • kanser (kanser prostat atau kanser pundi kencing)

Kencing tidak lawas atau tak puas kencing ini berlaku disebabkan tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa semasa membuang air. Jadi masih ada baki yang tertinggal dalam pundi kencing. Ini menyebabkan kencing yang seterusnya mempunyai aliran air kencing mengecil, yang kadang-kadang ada tersekat-sekat sehingga menyebabkan mereka asyik berulang alik ke tandas.

Bengkak Prostat Mungkin Punca Ramai Lelaki Alami Kencing Tak Lawas

Dari banyak-banyak faktor penyebab, satu yang paling utama adalah disebabkan bengkak prostat.

Prostat adalah satu organ yang terletak di pangkal saluran kencing lelaki, yang berfungsi untuk menghasilkan cecair beralkali di dalam mani. Kelenjar prostat yang normal bersaiz sebesar kacang walnut sahaja. Namun apabila menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar prostat menbengkak dan pangkal saluran kencing menjadi semakin sempit.

Pembesaran prostat yang banyak dipengaruhi hormon testosteron

Gejala Bengkak Prostat

Secara amnya, mereka akan mengalami masalah berkaitan kesukaran membuang air kencing. Ini termasuklah;

  • kencing yang kerap kadangkala hampir setiap jam
  • tergesa-gesa hendak membuang air kencing, sukar untuk ditahan
  • kerap buang air kecil di waktu malam (waktu tidur)
  • pancutan air kencing tidak laju
  • air kencing menitis walaupun sudah selesai kencing
  • tidak puas kencing dan akan ke tandas berulang kali
  • air kencing yang tersekat-sekat
  • terpaksa meneran sewaktu kencing

Menurut Dr Zubaidi, “Kencing tidak lawas harus dibezakan dengan kencing kerap. Kencing kerap selalunya disebabkan oleh masalah penyakit diabetis mellitus atau diabetis insipidus (air kencing cair). Kencing kerap yang disebabkan oleh diabetis biasanya jumlah air kencing banyak pada kencing yang pertama dan seterusnya. Setelah beberapa kali kencing di tandas, selalunya pesakit akan menjadi lemah akibat dehidrasi. Tanda-tanda dehidrasi ialah mulutnya rasa kelat, bibirnya menjadi kering dan rasa letih dan lemah.”

Segeralah berjumpa dengan pakar kesihatan untuk kepastian dan tindakan serta rawatan lanjut dapat diambil. Bengkak prostat yang tidak diatasi segera boleh menyebabkan risiko penyakit jangka panjang;

  • batu karang dalam pundi kencing
  • buah pinggang bengkak disebabkan tekanan kuat dari dalam pundi kencing yang berpanjangan
  • jangkitan kuman pada pundi kencing
  • penyakit angin pasang

Credit: *sumber*

Tips Kurangkan Ketidakselesaan Kencing Tak Lawas

  • Segera ke tandas sekiranya ada rasa nak buang air kecil. Jangan tahan dan berlengah-lengah kerana boleh memberikan tekanan pada pundi kencing
  • kurangkan minum air terutamanya waktu malam bagi mengurangkan kekerapan ke tandas
  • Amalkan pemakanan sihat, lebihkan sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan makanan berlemak
  • Mengelakkan makanan yang boleh mengakibatkan iritasi pundi kencing, seperti kafein dan makanan berasid
  • Jaga kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan
  • Kurangkan berada pada persekitaran yang sejuk kerana boleh meningkatkan rasa nak buang air kecil

Cadangan Nutrisi Untuk Kencing Tak Lawas

Alfalfa Complex ~ sumber serat untuk membantu melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air, di samping mengawal kandungan air dalam badan

Peppermint Ginger Plus ~ membantu sistem penghadaman, buang angin berlebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Daun pudina dan halia digunakan secara tradisional untuk merawat IBS (Sindrom Gangguan Usus)

Garlic Complex ~ bertindak sebagai sumber antibiotik dan antibakteria semulajadi. Dalam hal ini, Garlic Complex membantu mencegah jangkitan kuman, bakteria, fungus dan kulat.

Nak dapatkan SET VITAMIN UNTUK KENCING TAK LAWAS dengan segera? Boleh klik terus di sini!

Cadangan Vitamin Untuk Kesihatan Prostat akan saya kongsikan pada entry yang akan datang.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Bengkak Prostat Mungkin Punca Ramai Lelaki Alami Kencing Tak Lawas

2 thoughts on “Bengkak Prostat Mungkin Punca Ramai Lelaki Alami Kencing Tak Lawas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge