3 Cara Mudah Putihkan Kulit Secara Semulajadi | Haaa tajuk pun tak menahan. Nak putihkan kulit pula ye. Tapi itulah hakikat sekarang ni kebanyakan wanita Malaysia begitu obses mahukan kulit cerah dan putih berseri. Kalau boleh nak sangat-sangat produk putihkan kulit dan wajah cerah seawal 3 hari. Boleh ke?

“Shaklee ada produk yang boleh putihkan kulit tak kak? Saya nak kulit cerah. Ada tak yang bagi impak seawal 3 hari?

Haaaa.. serius saya terkedu sebab pembaharuan sel kulit pun selepas 21-28 hari. Macamana pua boleh lebih cepat putih berbanding sel baru kulit? **owh saya kompius**

Kenapa Mahu Putihkan Kulit?

Ramai berpendapat kulit putih tampak lebih menawan, muda, feminin dan mudah menarik tumpuan umum. Wanita kulit putih juga dikagumi dan diterima masyarakat khususnya lelaki. Ada juga kajian yang mengatakan kulit putih sesuai untuk semua warna pakaian.

Itu dari segi penampilan diri, dari segi dalaman pula, ramai wanita yang merasakan bila kulit cerah dan putih, dapat meningkatkan status dalam kelompok masayarakat, membangkitkan keyakinan diri dan kebanggaan selain membentuk penghargaan sebagai seorang wanita.

Obses putihkan kulit ini yang bahaya tau. Lambakan produk di pasaran menyebabkan ramai yang terlalu teruja mencuba bermacam-macam produk tanpa menyedari ada sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Amat mustahil boleh putihkan kulit semudah itu dan seawal beberapa hari sahaja.

3 Cara Mudah Putihkan Kulit Secara Semulajadi.

Suka saya nak berkongsi apa yang saya olah kembali dari wikihow.com ini tentang cara semulajadi putihkan kulit. Ada 3 sahaja cara mudah yang sesiapa sahaja boleh amalkan

1 ~ Lindungi Kulit Dari Cahaya Matahari

Pakai krim pelindung matahari setiap hari. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh mengakibatkan pelbagai masalah kulit, dari hanya terbakar, jeragat, tompok hitam sehinggalah kepada penyakit kanser kulit.

Memakai topi juga merupakan salah satu cara lindungi kulit dari sinaran matahari

Apabila mendedahkan kulit kepada cahaya UVA dan UVB berbahaya, badan akan menghasilkan melanin yang menjadikan kulit kelihatan lebih gelap. Selain mengamalkan krim pelindung, boleh juga lindungi kulit dengan memakai baju lengan panjang, pakai topi bila cuaca panas, dan cermin mata hitam apabila berada di luar untuk jangka masa yang lama.

2 ~ Selalu Bersihkan dan Amalkan Scrub (Buang Sel Kulit Mati) Pada Kulit

Yang bagusnya kalau kita dapat disiplinkan menjaga kulit dengan menjadikan rutin mencuci, menscrub dan juga melembapkannya kembali.

Mencuci muka 2 kali sehari (pagi dan malam) membantu menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan pada kulit muka dan ini penting untuk kulit sihat dan bersih sekata.

Pemilihan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit juga sangat penting. Kalau kulit berminyak, kita pakai pula pelembap untuk kulit kering, maka akan lagi berminyak la jadinya kulit kita kan?

Scrub juga boleh memutihkan kulit

Scrub kulit 2 kali seminggu. Bagus untuk singkirkan sel-sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit dan membantu proses penggantian sel-sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik.

Boleh putihkan kulit ke cara begini? Boleh, kalau hanya kulit asal kita adalah lebih cerah dari sekarang. Kalau memang dari asalnya kita genetik dah berkulit gelap, memang tak boleh nak putihkan kulit lagi dah. Tapi hasilnya kita boleh dapat tona kulit yang sekata, berseri, dan tak kusam. Cantik semulajadi la kan?

Hati-hati juga bila memilih produk pencuci dan scrub muka ini. Kalau tersalah pilih yang kasar pada kulit, muka boleh terasa pedih-pedih dan mungkin juga boleh tinggalkan kesan merah-merah nanti.

Pilihan saya tentulah pencuci muka Nutriwhite, dan juga Makeup Remover Nutriwhite yang bertindak seolah-olah scrub lembut untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. 100% semulajadi tanpa paraben, tanpa bahan kimia yang sememangnya selamat untuk kulit.

3 ~ Minum Air Secukupnya Dan Amalkan Nutrisi Sihat

Jangan tak caya, minum air juga membantu putihkan kulit dan cantikkan kulit secara semulajadi. Air dan nutrisi sihat ini bukanlah boleh buat magik putihkan kulit serta merta, tetapi membantu kulit lebih sihat dan sel-sel kulit lebih cantik dan kembali remaja. Lama kelamaan lapisan pigmen akan pudar dan kulit baru akan berganti dengan tona yang lebih cerah sekata. Minum banyak air membantu mempercepatkan proses ini. Jadi jangan culas minum air secukupnya setiap hari ye.

Diet buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kulit sihat dan cantik

Diet yang baik juga membantu untuk menjaga kulit anda kelihatan segar dan sihat dengan melalui penyediaan vitamin dan nutrien yang diperlukan. Cuba makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran sebanyak yang mungkin (terutama yang tinggi dengan vitamin A, C dan E) dan menjauhkan diri dari yang diproses, makanan berkalori tinggi.

Anda juga harus mempertimbangkan untuk mengambil vitamin tambahan yang mengandungi bahan-bahan seperti Grapeseed Extract (yang menyediakan faedah antioksidan) dan Flaxseed atau minyak ikan, kedua-duanya mengandungi Omega-3 dan sangat baik untuk rambut, kulit dan kuku.

Nak Putihkan Kulit? Vitamin C Boleh? (klik)

Yang Mana Satu Vitamin Untuk Kulit Cantik (klik)

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

3 Cara Mudah Putihkan Kulit Secara Semulajadi
Tagged on:                         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge