Hari raya! Open house raya! Selain juadah hari raya yang beraneka macam, biskut raya pun menjadi buruan juga pada musim ini. Tat nenas, almond london, sugee, batang buruk, sarang semut, samperit, biskut mazola, dan bermacam-macam lagi nama glamer mengikut peredaran masa.

Nak jumpa biskut-biskut raya ni pun bukan setiap masa boleh dapat, cuma setahun sekali sahaja banyak dijual. Dan setahun sekali juga la kita dapat peluang nak menikmatinya. Tapi betul ke kalau makan biskut raya boleh jadi gemuk? Tak kan la makan biskut raya je pun boleh naik berat? Eh, betul ke?

“saya pegi beraya tak makan makanan berat pun… sebab banyak rumah nak pegi..jamah-jamah kuih raya je serba sikit setiap jenis… tapi berat naik banyak!! kat mana yang menggemukkan ni?”

Kalori Biskut Raya

Jom kita tengok dulu banyak ke kalori setiap biskut raya ni. Kenapa agaknya makan biskut raya boleh gemuk? Macam auta sahaja kan..

Contohnya;

Rumah 1;

Almond London 2 biji + Kuih Loyang 2 keping + Maruku 2 keping

= (110 kal x 2) + (60 kal x 2) + (120 kal x 2) = 580 kal

Haaa.. nampak tak? Tu baru 1 buah rumah. Kalau ke rumah ke 2, 3, 4 dan 5 juga kita ambil hanya beberapa kuih sahaja seperti ini sebagai juadah, memang confirm la dalam sehari sahaja makan biskut raya pun dah sampai lebih 2,000 kal!

Itu baru biskut raya, belum tambah juadah makanan berat. Belum diambil kira apa yang kita makan di rumah sendiri sebelum ke open house. Mau tak gemuk?

Keperluan Kalori Seharian

Keperluan kalori setiap dari kita adalah berbeza. Ada 4 faktor yang boleh membezakan keperluan individu;

  1. saiz tubuh badan ~ orang yang bersaiz besar memerlukan lebih banyak kalori kerana lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menampung berat badan bergerak dan melakukan aktiviti berbanding mereka yang bersaiz kecil
  2. jantina ~ lelaki memerlukan kalori yang berlebihan berbanding wanita kerana kadar metabolisme lelaki lebih tinggi
  3. usia ~ semakin umur meningkat, semakin kurang kalori yang diperlukan kerana jumlah otot juga semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia
  4. aktiviti harian ~ mereka yang lebih aktif atau melakukan kerja berat, memerlukan lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang aktif dan terbatas pergerakannya

Menurut kajian pakar diet, jumlah kalori yang diperlukan (Daily Calorie Requirement) oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.

Tetapi, perlu diingat bahawa seharian pun kita bukan makan biskut raya sahaja kan? Ada menu sarapan pagi, ada menu makan tengahari, makan malam, dan menu-menu lain yang juga menyumbang kepada kalori kita seharian.

Apa Akan Jadi Sekiranya Kalori Diambil Melebihi Keperluan?

Tubuh badan kita memang memerlukan kalori setiap hari untuk menjana tenaga. Namun begitu sekiranya kuantiti kalori yang diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, ia boleh menimbulkan masalah. Kalori yang berlebihan dan tidak dibakar akan bertukar menjadi lemak dan akan tersimpan di dalam badan.

Jadi kalau mengambil kira kalori biskut raya (di atas tadi) sahaja yang average 2,000 kalori dah, ditambah lagi dengan makanan berat seharian yang kita ambil pun lebih kurang 1,800 kalori. Jumlahnya dah 3,800 kalori! Kalau anda wanita yang hanya memerlukan 2,000 kalori setiap hari, bayangkan sehari anda dah lebih 1,800 kalori yang akan ditukar kepada lemak!! Owh no!!

Inilah sebenarnya punca berat badan bertambah. Maka logikla kalau hanya makan biskut raya boleh gemuk!

Aktiviti Bakar Kalori

Jangan risau, kalau dah rasa terlebih makan tu, mungkin boleh mencuba lakukan beberapa aktiviti ini untuk membantu bakar kalori dengan lebih efektif. Berenang sebagai contohnya, selama sejam boleh membantu anda membakar lebih 500 kalori.

Yang penting, perlu bijak dalam memilih makanan. Tak salah nak merasa tapi kena hati-hati. Penyakit senyap banyak sangat sekarang ni kan?

“2 Cara Elak Gemuk Semasa Beraya” (klik)

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Benarkah Makan Biskut Raya Boleh Gemuk?
Tagged on:             

3 thoughts on “Benarkah Makan Biskut Raya Boleh Gemuk?

    • 9 August 2017 at 10:56 PM
      Permalink

      Hihihi.. tu la.. nak pantang macamana ni.. Pantang nampak, terus ngap.. tambah-tambah pula yang jarang-jarang jumpa 😀

      Reply
  • 14 April 2018 at 2:59 PM
    Permalink

    Awal-awal macam ni ramai netizen saling ingat mengingati, alih-alih jadi betullah kita kata. Bila ada depan mata nihh diapunya pengaruh tu lebih tinggi, hehe. Jadi, beringat-beringat lah kann sesama kita, itu saja mampu kot, haha.

    .
    Thanks admin, share manfaat ini. Rasa nak share jugalah, boleh yea.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge