Hydroquinone Putihkan Kulit: Fahami Bahayanya | Kulit putih dan sihat memang menjadi idaman hampir semua wanita, tak terkecuali golongan lelaki juga ramai yang mula mengambil berat tentang penampilan kulit sekarang ni.

Maka tak hairanlah pelbagai kaedah yang menjadi buruan sekarang ni. Walaubagaimanapun kebanyakannya agak mahal, dan ada juga berbahaya yang boleh membawa kesan sampingan yang agak teruk.

Sesetengah krim pula menggunakan agen pemutih berbahaya yang telah terbukti memudaratkan badan kita. Satu daripadanya, yang selalu disebut-sebut dan agak glamer iaitu hydroquinone.

Bagaimana Hydroquinone Bertindak?

Hydroquinone dianggap bahan topikal utama untuk menghalang pengeluaran melanin. Ya, hydroquinone berfungsi dengan cara menghalang pengeluaran melanin.

Melanin merupakan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kita yang menyebabkan perubahan warna kulit, dan dengan menyekat penghasilan melanin, hydroquinone melakukan kerja yang berkesan untuk mencerahkan kulit.

Hydroquinone bukan peluntur kulit tetapi mencerahkan dengan cara mengganggu hyperpigmentation-atau tahap pengeluaran melanin.

Bahaya Hydroquinone

Walaupun hydroquinone telah terbukti secara klinikal berkesan dalam menghalang pengeluaran melanin, akan tetapi ianya masih menjadi perhatian (berbahaya) dengan beberapa negara telah mengharamkan bahan kimia ini untuk apa juga kegunaan pada manusia.

Mengikut kajian ujikaji, hydroquinone telah terbukti menyebabkan leukemia pada tikus dan haiwan lain, dan terdapat faktor lebih penting dan membimbangkan bahawa hydroquinone boleh menyebabkan kanser. Selain itu, hydroquinone juga boleh merengsa kulit terutamanya apabila digunakan dalam kepekatan 4% atau lebih.

Malangnya, banyak pengeluar memilih untuk menggunakan ini sebagai bahan aktif utama sebagai agen dalam formula mereka pencerah kulit walaupun sangat berbahaya, dengan mengenepikan risiko kesihatan jangka panjang untuk pengguna.

Sebab itulah sangat penting untuk kita faham apa yang terkandung di dalam produk jagaan kulit kita. Terutamanya bahan utama dan sebanyak mana yang digunakan.

Nak Putihkan Kulit? Vitamin C Boleh? (klik)

NutriWhite Untuk Kulit Lebih Cantik, Cerah Sempurna (klik)

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Bahaya Hydroquinone Sebagai Ejen Putihkan Kulit
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge