Musim beraya ni, banyak betul rumah terbuka. Kalau sebut pasal juadah jangan cakap la. Semua pun sedap. Memanglah boleh pujuk hati dengan cakap “tak apa.. setahun sekali sahaja raya ni… boleh la makan sebulan.. 11 bulan lagi susah dah nak jumpa juadah ni..”
Tapi kan… cuba tengok list kalori makanan ni haa… Bayangkan kalau sehari beraya di 5 buah rumah dah setiap rumah kita “rasa” sepotong lemang dan 2-3 biji tart nenas feveret. Jeng jeng jeng… agak-agak dah berapa kalori?
Marilah kita buat kira-kira ringkas untuk menambahkan keinsafan diri.
Sepotong lemang + 2 biji tart nenas
100 kalori + 2 x 50 kalori = 200 kalori untuk 1 buah rumah
5 buah rumah = 5 x 200 kalori = 1,000 kalori!!!
Ni baru anggaran sepotong lemang dan 2 biji tart nenas sahaja. Belum masuk juadah utama lontong ke, laksa ke, nasi dagang ke… Tambah pula air oren, sirap atau mungkin teh tarik! **menangis**
Apa Itu Kalori
Mungkin ada yang masih belum faham kenapa kita concern sangat tentang kalori dalam makanan ni. Apa kalori tu sebenarnya? Kalori ialah satu unit tenaga atau satu unit measurement untuk tubuh badan. Pendek kata, setiap makanan yang masuk ke dalam badan adalah dalam bentuk kalori.
Kenapa Bahaya Kalori Berlebihan?
Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza antara satu sama lain. Lelaki berbeza dengan wanita, begitu juga mereka yang melakukan kerja berat lebih banyak kalori diperlukan setiap hari.
Kalori inilah yang dibakar menjadi tenaga. Tetapi jika diambil terlalu banyak, dan tidak dibakar, ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan di dalam badan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan dengan risiko pelbagai penyakit lain.
2 Cara Mudah Elak Gemuk Semasa Beraya
Dah baca ni jangan pula sampai tak beraya tau. Waktu ini la sebenarnya untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan kunjung-mengunjung dan beramah mesra. Jadi, sesambil menghadiri open house dan menziarahi tu, jangan tak makan langsung pula sebab takut gemuk. Boleh cuba amalkan tips mudah ini; Sesambil bersembang, kita makan tapi boleh juga elak gemuk semasa beraya kan?
#1 ~ Minum air masak terlebih dahulu
Sebelum makan apa-apa juadah yang tersedia, minum air masak terlebih dahulu. Kalau boleh bawa sebotol air mineral dan letakkan dalam bag. Sebabnya kadang-kadang rumah terbuka ni hidangkan air manis-manis, nanti jadi alasan pula tak minum air masak sebab tak disediakan tuan rumah 🙂
Dah minum air masak segelas, mesti dah rasa perut penuh sikit jadi boleh kontrol portion pengambilan makanan supaya tak terlalu banyak.
#2 ~ Dahulukan buah-buahan sebelum makan
Mulakan makan buah. Sunnah juga kan sebenarnya ni kita makan buah-buahan terlebih dahulu. Bila dah makan buah-buah, perut pun dah kenyang. Dan secara tak langsungnya boleh mengelakkan kita makan juadah berat dengan banyak.
Mudah kan? Cuma amalkan 2 tips ini disetiap rumah yang kita kunjungi. Untuk yang dah terlebih makan tu, masih belum terlambat nak bakar balik kalori berlebihan. Jom bersenam!!
Apapun, kalau Cik Puan VK sendiri, suka nak suggest kawan-kawan semua amalkan Lecithin sebelum keluar beraya. Nanti Lecithin dalam badan tu dah bersiap sedia dah nak bantu emulsi lemak yang masuk dan boleh terus disingkirkan nanti. Tak ada la terkumpul banyak-banyak dalam badan 🙂
Tips Jaga Makan Di Rumah Terbuka (klik)
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Raya kali ni memang agak terkawal sebab tak banyak makan lemang, ketupat dan rending. Kuih raya pun jeling jer…selamat!
Noriza Rahman recently posted…Dapatkan Barangan Eksklusif Sempena Promosi Vivix Julai 2017
Pingback: Benarkah Makan Biskut Raya Boleh Gemuk? - Vitamin Kita