Suatu ketika dahulu, dah lama sangat dah ni. Masa tu Cik Puan VK belum kenal Shaklee lagi, masih bekerja di sebuah bank terkemuka, dekat dengan shopping mall. Pernah la sekali tu balik kerja, sempat la pusing-pusing mall sebelah opis, nampak la satu booth susu Anlene ni buat bone check. Suka-suka la buat, sebab free šŸ™‚

Keputusannya masa tu staff tu cakap Cik Puan VK ni ada osteopenia. Haaa! Cuak tak cuak walaupun tak faham sebab ostepenia ni katanya tanda awal tulang rapuh! Maaaaaak!! Serius takut masa tu terus la cari vitamin kalsium tak kira apa brand pun terus Cik Puan VK start konsisten la sampaila sekarang dah kenal Ostematrix Shaklee pun istiqamah konsisten. Inshaa Allah.. Alhamdulillah.

Apa itu Osteopenia?

Perbezaan kepadatan tulang, normal > osteopenia > osteoporosis

Osteopenia merujuk kepada tanda-tanda awal kehilangan jisim tulang yang boleh berlarutan menjadi osteoporosis. Ketumpatan tulang pada tahap ini lebih rendah berbanding tulang yang normal tetapi masih terlalu awal untuk dikategorikan sebagai osteoporosis.

Pendek kata, osteopenia ini adalah tanda awal tulang rapuh. Tetapi tidak semua masalah osteopenia ini akan menjadi osteoporosis. Masih boleh diatasi dan ketumpatan jisim tulang boleh kembali menjadi normal sekiranya kita terus mengambil langkah perubahan gaya hidup termasuklah makan makanan berkhasiat (kalsium + magnesium wajib untuk tulang), jaga berat badan, senaman, kurangkan pengambilan kafein dan berhenti merokok (sekiranya merokok).

Sebenarnya selari dengan pertambahan usia kita, kepadatan jisim tulang akan perlahan-lahan hilang. Ditambah lagi dengan faktor persekitaran seperti diet tak seimbang, lifestyle, osteopenia tu macam masalah “biasa” dan kalau tak dijaga, tak mustahil boleh berisiko osteoporosis walaupun dalam usia yang masih muda. Tulang sangat mudah terdedah kepada keretakan dan kerosakan.

Pada Usia Berapa Jisim Tulang Mula Merosot?

Jisim tulang kita berada di puncak (maksimum) pada usia 30 tahun. Selepas tu dah mula merosot. Pada usia selepas 30 tahun ni, badan kita dah mula reabsorb tulang lebih cepat berbanding tulang baru yang boleh dibuat. Jangan terkejut pula tengok carta ni, sebab wanita memang lagi cepat mengalami kehilangan jisim tulang tambahan lagi kita akan kehilangan kalsium setiap bulan semasa haid, tambah lagi waktu pregnant, menyusukan anak, dan lagi cepat mengalami kehilangan jisim tulang bila menopos (kaitan dengan hormon estrogen).

Bagaimana Kita Sedar Tulang Kita dalam Kategori Osteopenia?

Kebanyakan langsung tak sedar, kecuali yang membuat pemeriksaan kesihatan tulang sahaja. Banyak dari kita yang menyedarinya apabila mengalami patah tulang. Tapi sebenarnya banyak situasi patah tulang ni dah pun pada peringkat osteoporosis.

Faktor Terjadinya Osteopenia

Faktor-faktor kehilangan jisim tulang ini tak kira samaada osteopenia atau osteoporosis, kedua-duanya sama;

  • wanita, terutama selepas menopaus
  • terlalu kurus atau mempunyai rangka tubuh yang kecil
  • mengambil diet kalsium magnesium yang sedikit
  • merokok
  • gaya hidup tidak aktif (kurang bersenam)
  • sejarah aneroksia
  • latar belakang ahli keluarga mempunyai osteoporosis
  • pengambilan alkohol
  • menopos awal
  • pelbagai masalah gangguan hormon
  • pengambilan rawatan steroid dalam jangka masa panjang

Bolehkah Masalah Tulang Rapuh Osteopenia dan Osteoporosis Dielakkan?

Dah tengok list faktor menyebab masalah tulang rapuh ni, cuak sangat pula rasanya. Banyak sangat yang tersenarai tu melibatkan wanita. Memang osteopenia ni menjadi kebimbangan setiap wanita tidak kira apa umur dan status kesihatan. Mau tak risau, osteopenia ni adalah petanda awal untuk ke arah osteoporosis atau kehilangan jisim tulang yang lebih teruk.

Lebih-lebih lagi, patah tulang tidak menunggu sehingga kita mempunyai osteoporosis. Risiko keretakan bertambah apabila ketumpatan tulang semakin berkurangan. Sekali kita mengalami patah tulang, kita berdepan dengan risiko lebih besar untuk mengalami lebih banyak keretakan tulang selepas itu.

Tapi janganla terlalu panik. Berita baiknya, osteopenia ini masih boleh dicegah dan diterbalikkan kepada situasi tulang normal sebelum tulang rapuh terjadi.

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan;

  • Makan makanan yang seimbang. Termasuk banyak kalsium dan vitamin D seperti susu, yogurt, keju dan brokoli.
  • Bersenam secara teratur. Pilih senaman berat-bearing seperti berjalan, berlari atau bersukan tenis. Juga melakukan latihan kekuatan dengan menggunakan berat atau band rintangan.
  • Elakkan merokok.
  • Mendapatkan cukup vitamin D dari pendedahan yang selamat kepada matahari, diet yang sihat dan mempertimbangkan untuk mengambil setiap hari 10 mikrogram vitamin D tambahan.

Usia Dah Lebih 35, Tapi Kepadatan Tulang Masih Tip Top!

Baru-baru ni, semasa opening HQ Shaklee Sunway Geo Tower, ada booth untuk pemeriksaan kesihatan tulang juga. Master Arnie ni berkongsi cerita beliau pun tak melepaskan peluang join sekali. Dah memang free pun kan, rugi alang-alang dah ke sana.

Dalam menunggu keputusan sendiri, beliau tengok ramai yang osteopenia walaupun masih muda usia tak sampai 30 tahun pun lagi.

Dan beliau berkongsi rahsia keputusan beliau sendiri ~ NORMAL!! Tengok tu… T-score beliau -0.27 tau.. katanya sebab konsisten pengambilan 1000mg kalsium-magneisum setiap hari tanpa culas! Haaa.. beliau ni dah beranak 4 tau. Dan menyusu badan setiap anaknya sehingga lebih 2 tahun.

Credit: spineuniversity.com

Cadangan Nutrisi

Untuk tulang yang sihat, boleh amalkan

  • Ostematrix ~ lengkap kalsium, magnesium, vitamin D, boron dan beberapa mineral lain untuk tulang yang kuat dan padat.
  • VitaleaĀ ~ multivitamin lengkap 28 vitamin dan mineral untuk menampung kelompongan nutrisi dalam diet seharian
  • ESP ~ isoflavanon dalam ESP membantu melawan osteoporosis dengan merangsang pembentukan tulang dan menghalang penyerapan semula tulang

Anda boleh klik di sini untuk membuat pembelian terus SET TULANG SIHAT

Manakala untuk anda yang mengalami Osteopenia, tambahan Collagen Powder sangat-sangat digalakkan. Beberapa kajianĀ mengenai kolagen, yang mewakili 90% daripada jisim tulang organik, mencadangkan bahawa pengambilan kolagen boleh memberi kesan yang baik pada metabolisme tulang, terutamanya dalam keadaan kekurangan kalsium seperti osteopenia. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan harian 10g peptida kolagen untuk 4 hingga 24 minggu boleh meningkatkan ketumpatan jisim tulang.

Untuk pembelian segera SET TULANG OSTEOPENIA pula boleh terus klik di sini.
_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee diĀ yanavitaminkita@gmail.comĀ atau boleh hantarkan sms/whatsapp keĀ 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segeraĀ daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Osteopenia ~ Tanda Awal Tulang Rapuh atau Osteoporosis

10 thoughts on “Osteopenia ~ Tanda Awal Tulang Rapuh atau Osteoporosis

Leave a Reply to Noriza Abdul Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge