Pernah dengar tentang masalah kesihatan yang mungkin boleh terjadi kesan dari kolesterol tinggi dalam darah? Pernah dengar kaitannya boleh menyebabkan batu dalam hempedu?
Cik Puan VK selalu dengar orang bercerita tentang operate batu karang. Dan selalunya kalau sebut tentang batu karang ni, mesti konon-kononnya dikatakan sebab utama suka tahan kencing dan kurang minum air. Tapi bila dengar tentang batu dalam hempedu ni, macamna pula kaitannya dengan suka tahan kencing? Haaa, kan dah blurr Cik Puan VK ni. Sampailah satu hari terbaca tentang post yang viral di facebook baru-baru ini.
Takutnya, kolesterol tinggi dalam darah ni bukan sahaja “pembunuh senyap” tapi banyak juga serangan lain yang boleh dia lakukan.
Batu Dalam Hempedu
Batu karang boleh bersembunyi di dalam pundi hempedu kita, dan biasanya mereka yang mengalaminya ini langsung tidak tahu dan tidak sedar.
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu. Batu karang ini pula boleh terjadi dalam pelbagai saiz dari sekecil sebutir pasir dan boleh sebesar bola golf.
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidak seimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur.
Menurut Harvard Health Publications, 80% daripada batu karang adalah kolesterol. Yang lain 20% daripada batu karang yang terhasil daripada garam kalsium dan bilirubin, iaitu batu pigmen.
Bagaimana Kolesterol Tinggi Membentuk Batu Dalam Hempedu?
Ok, untuk mudah faham, kita kena faham konsep hempedu bekerja dulu. Hati kita menghasilkan hempedu (sejenis cecair dari garam hempedu, kolesterol dan bilirubin). Cecair ini disimpan di dalam pundi hempedu dan akan digunakan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil kita. Apabila kita makan, pundi hempedu akan membebaskan cecair hempedu ini melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.
Batu karang yang terbentuk dari kolesterol ini terjadi apabila terdapat terlalu banyak kolesterol dalam hempedu yang dirembeskan oleh hati kita. Hempedu biasanya bertindak melarutkan dan memecahkan kolesterol. Tetapi, apabila hati kita mula memproses lebih banyak kolesterol dan cecair hempedu yang dirembeskan juga mengandungi kolesterol yang berlebihan, berlaku ketidakseimbangan cecair. Kolesterol ini akan mula melekat di dinding dan membentuk partikel keras seterusnya menjadi batu karang.
Rujukan: Healthline.com, GallbladerAttack.com, MyHealth
Faktor Utama Batu Dalam Hempedu Yang Berkaitan Dengan Kolesterol
- Berat badan. Obesiti merupakan satu faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
- Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
- Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Mak aaaiii!! 3 faktor terbesar memang berkait rapat dengan kolesterol tinggi! Jadi, lebih baik kita mula mengawal berat badan, mengamalkan makanan sihat dan seimbang, di samping mengelakkan kolesterol tinggi dalam darah. Kalau kolesterol terkawal dan rendah, tak ada la kena makan ubat kolesterol yang boleh menjadi salah satu penyebab juga kan.
Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Bantu Turunkan Paras Kolesterol Secara Semulajadi
Phytocol ST ~ membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam darah dan menurunkan paras LDL seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung
Omega Guard ~ Menyokong kesihatan kardiovaskular, membantu merendahkan paras trigliserida dalan badan, mengurangkan kandungan kolesterol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolesterol baik.
Vivix ~ mengandungi Polygonum yang berfungsi untuk membersihkan kolesterol dalam salur darah sekaligus akan menurunkan kolesterol secara keseluruhan. Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix juga membantu meningkatkan kolesterol baik dan kesihatan jantung lebih terjamin.



Bagaimana mahu mendapatkan Set Kolesterol Shaklee?
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini atau mana-mana salah satunya hari ini, boleh terus membuat pembelian secara online di sini (klik). Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Set ini akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Arwah mak dulu pun ada batu dalam hempedu juga
Noriza Abdul Rahman recently posted…Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
banyak faktor penyebab kan.. in shaa Allah kita ikhtiar jaga kesihatan sebaik mungkin
Yana VitaminKita recently posted…Tanda-tanda Awal Kanser Ovari Yang Selalunya Dianggap Masalah Biasa
Baru tau batu karang pun disebabkan oleh kolesterol tinggi juga.
sama saya pun Kate.. tak sengaja tahu.. alang-alang nak tahu lebih lanjut, kita gali ilmu 🙂
Yana VitaminKita recently posted…Tanda-tanda Awal Kanser Ovari Yang Selalunya Dianggap Masalah Biasa
huhu takutnya… nampak gaya kena bersabahat baik dengan omega..
jangan terlebih Omega pula.. nanti kolesterol baik pula yang lebih tinggi.. tu pun tak balance juga 🙂
Tapi memang kena makan Omega untuk turunkan kolesterol jahat
Yana VitaminKita recently posted…Tanda-tanda Awal Kanser Ovari Yang Selalunya Dianggap Masalah Biasa
Selain ikhtiarkan supplement terbaik dari shaklee ni perlu jugak jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, bersenam dan banyakkan minum air suam. Mudah2an Allah kurniakan kite rezeki kesihatan yang baik dapat beribadat dengan sempurna ????
Aamin.. semoga Allah permudahkan ikhtiar kita ye
Yana VitaminKita recently posted…Tanda-tanda Awal Kanser Ovari Yang Selalunya Dianggap Masalah Biasa
Jom rendahkan koleterol dengan Shaklee
azimah mohd zainuddin recently posted…Himpunan Testimoni Shaklee Collagen Powder
Pingback: Top 10 Best Seller Vitamin Shaklee | Produk Shaklee Paling Laris