Terkedu seketika Cik Puan VK bila bersembang dengan seorang kawan yang dah lama tak bersua muka. Lama tak bertanya khabar, secara tiba-tiba terkeluar cerita yang dia pernah buat operation tonsil dan resdung serentak. Dan kosnya sikit tak sikit pun cecah RM20k!

Mak ai! Biar betul resdung pun sampai kena bedah ke? Serius ke ek? Cuak Cik Puan VK ni sebab memang ada resdung juga. Tapi dah terkawal sedikit sejak konsisten dengan Garlic Complex (antibiotik) dan Vivix (detoks) semenjak dua menjak ni. Tapi tetap kena berjaga-jaga sebab resdung ni boleh menyerang kembali bila sistem imun kita lemah atau antibodi tak mampu lagi nak melawan serangan kuman (bakteria) resdung.

resdung bahaya

Apa itu Resdung?

Resdung atau bahasa perubatannya sinusitis ialah keadaan bengkak pada lapisan dalam sinus. Bengkak yang terjadi menyebabkan mukus tersekat untuk keluar. Mukus yang tersekat ini pula akan tersumbat dan mengganggu pernafasan. Apabila tersekat lama dan dipenuhi mukus yang banyak, bakteria mudah membiak dan terjadinya jangkitan atau disebut juga “sinus infection” atau “sinusitis”. Nampak macam masalah biasa kerana ada kes cuma bersifat sementara. Tetapi sekiranya berterusan dan tidak segera dirawat, ianya boleh memberikan komplikasi yang serius.

Bengkak > tersumbat > jangkitan bakteria > semakin membengkak

Bagaimana nak tahu hidung tersumbat dan menjadi resdung atau ‘sinus infection‘?

Ramai juga yang keliru kerana resdung biasanya bermula dengan selesema biasa dan tidak sedar bila sudah berlaku jangkitan resdung. Macamana nak beza ye? Biasanya kalau resdung, dah menunjukkan gejala-gejala seperti ini;

  • keluar mukus yang pekat, berwarna kuning/hijau dan agak berbau (selesema biasa cuma 10-14 hari paling lama, kalau lebih dari had itu, mungkin sudah berlaku jangkitan resdung)
  • sakit di sekitar muka dan mata
  • sakit kepala biasanya di bahagian dahi
  • sakit gigi hampir keseluruhan bahagian atas
  • hidung tersumbat
  • sukar untuk bernafas
  • hidung yang sentiasa berair
  • selesema yang berterusan, malah semakin lama semakin teruk
  • batuk berkahak yang berterusan

Antara Komplikasi dari Resdung

  1. Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  2. Jangkitan otak (meningitis)
  3. Sakit tekak yang kronik
  4. Jangkitan tulang muka
  5. Memburukkan keadaan lelah
  6. Berdengkur yang kronik
  7. Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  8. Alahan hidung atau hidung sensitif
  9. Selesema biasa yang melarat.

Errrkkk..resdung bahaya rupanya ye.

Resdung Bahaya!!

Ramai dari kita yang merasakan masalah ini biasa dan tidak terfikirpun resdung bahaya. Rongga sinus yang tersumbat boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak serta akan menghasilkan nanah.

Kuman boleh merebak ke bahagian mata, telinga, dan apabila nanah mengalir ke bahagian sinus di belakang tekak dan hidung, boleh juga mengakibatkan jangkitan di situ. Kuman juga boleh merebak ke bahagian telinga dan akan menyebabkan telinga berdengung, sakit serta mengganggu pendengaran.

sinusitis-kanak-kanak
Jangkitan bakteria pada sinus juga boleh mengganggu bahagian telinga

Kalau tidak dirawat segera, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga selain menyebabkan nanah meleleh keluar. Itu juga yang sering kita dengar kadang-kadang terdapat kes telinga anak-anak yang bernanah kan? Terutamanya ketika selsema. Kanak-kanak yang diserag resdung juga boleh melarat kepada jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Lebih bahaya lagi boleh mengundang risiko buta selain merebak ke otak.

Untuk orang dewasa pula, nanah yang tersekat (mukus yang dijangkiti bakteria dan kulat) akan memenuhi ruang otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus lebih tersumbat.

Rawatan Resdung

Resdung ringan pada peringkat permulaan selalunya akan pulih sendiri. Tetapi kalau masih berterusan lebih 2 minggu dan mukus mula menunjukkan perubahan warna, rupa dan bau, itu petanda mungkin memerlukan rawatan antibiotik untuk membantu.

Sekiranya lapisan mukus dan nanah yang melekat dan mengeras pada lapisan saluran sinus semakin menebal, doktor biasanya menyarankan pembedahan. Pembedahan ini menggunakan alat laser untuk memotong lendir-lendir atau mukus yang pekat dan melekat pada daging kerana mukus ini sangat pekat dan melekat seperti sebahagian daging dan amat mustahil untuk dikeluarkan melalui hembusan.

Bolehkah Resdung Dicegah?

Lagi banyak kita kaji dan faham, lagi banyak persediaan kita boleh bantu diri kita sendiri untuk mencegah, atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan risiko jangkitan supaya tidak menjadi bahaya.

Yang penting, perlu kuatkan antibodi badan serta sistem imun untuk menghalang dari merebak serta mengakibatkan kerosakan yang lebih besar lagi…..

Set Resdung Shaklee

Alfalfa Complex

  1. membantu mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  2. kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  3. mereka yang menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa.

Vitamin C

  1. Vitamin C berfungsi sebagai antioksida terbaik dalam meningkatkan antibodi dan imuniti (daya tahan) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  2. Mempercepat proses penyembukan tisu badan.
  3. Vitamin C memastikan proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

B Complex

  1. B Complex bertindak sebagai penenang, penstabil hormon dan ubat tahan sakit semulajadi bagi membantu mengurangkan kesakitan terutamanya di muka
  2. B6 yang terkandung di dalam B Complex berperanan memeliharan selaput lendir agar kekal sihat dan “kuat” untuk melawan radang

Nak dapatkan SET VITAMIN UNTUK RESDUNG dengan segera? Boleh klik terus di sini!

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Resdung, Bahaya Sampai Kena Bedah? Betulkah?
Tagged on:             

14 thoughts on “Resdung, Bahaya Sampai Kena Bedah? Betulkah?

Leave a Reply to kate Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge