Terkedu seketika Cik Puan VK bila bersembang dengan seorang kawan yang dah lama tak bersua muka. Lama tak bertanya khabar, secara tiba-tiba terkeluar cerita yang dia pernah buat operation tonsil dan resdung serentak. Dan kosnya sikit tak sikit pun cecah RM20k!
Mak ai! Biar betul resdung pun sampai kena bedah ke? Serius ke ek? Cuak Cik Puan VK ni sebab memang ada resdung juga. Tapi dah terkawal sedikit sejak konsisten dengan Garlic Complex (antibiotik) dan Vivix (detoks) semenjak dua menjak ni. Tapi tetap kena berjaga-jaga sebab resdung ni boleh menyerang kembali bila sistem imun kita lemah atau antibodi tak mampu lagi nak melawan serangan kuman (bakteria) resdung.
Apa itu Resdung?
Resdung atau bahasa perubatannya sinusitis ialah keadaan bengkak pada lapisan dalam sinus. Bengkak yang terjadi menyebabkan mukus tersekat untuk keluar. Mukus yang tersekat ini pula akan tersumbat dan mengganggu pernafasan. Apabila tersekat lama dan dipenuhi mukus yang banyak, bakteria mudah membiak dan terjadinya jangkitan atau disebut juga “sinus infection” atau “sinusitis”. Nampak macam masalah biasa kerana ada kes cuma bersifat sementara. Tetapi sekiranya berterusan dan tidak segera dirawat, ianya boleh memberikan komplikasi yang serius.
Bagaimana nak tahu hidung tersumbat dan menjadi resdung atau ‘sinus infection‘?
Ramai juga yang keliru kerana resdung biasanya bermula dengan selesema biasa dan tidak sedar bila sudah berlaku jangkitan resdung. Macamana nak beza ye? Biasanya kalau resdung, dah menunjukkan gejala-gejala seperti ini;
- keluar mukus yang pekat, berwarna kuning/hijau dan agak berbau (selesema biasa cuma 10-14 hari paling lama, kalau lebih dari had itu, mungkin sudah berlaku jangkitan resdung)
- sakit di sekitar muka dan mata
- sakit kepala biasanya di bahagian dahi
- sakit gigi hampir keseluruhan bahagian atas
- hidung tersumbat
- sukar untuk bernafas
- hidung yang sentiasa berair
- selesema yang berterusan, malah semakin lama semakin teruk
- batuk berkahak yang berterusan
Antara Komplikasi dari Resdung
- Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selesema biasa yang melarat.
Errrkkk..resdung bahaya rupanya ye.
Resdung Bahaya!!
Ramai dari kita yang merasakan masalah ini biasa dan tidak terfikirpun resdung bahaya. Rongga sinus yang tersumbat boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak serta akan menghasilkan nanah.
Kuman boleh merebak ke bahagian mata, telinga, dan apabila nanah mengalir ke bahagian sinus di belakang tekak dan hidung, boleh juga mengakibatkan jangkitan di situ. Kuman juga boleh merebak ke bahagian telinga dan akan menyebabkan telinga berdengung, sakit serta mengganggu pendengaran.
Kalau tidak dirawat segera, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga selain menyebabkan nanah meleleh keluar. Itu juga yang sering kita dengar kadang-kadang terdapat kes telinga anak-anak yang bernanah kan? Terutamanya ketika selsema. Kanak-kanak yang diserag resdung juga boleh melarat kepada jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Lebih bahaya lagi boleh mengundang risiko buta selain merebak ke otak.
Untuk orang dewasa pula, nanah yang tersekat (mukus yang dijangkiti bakteria dan kulat) akan memenuhi ruang otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus lebih tersumbat.
Rawatan Resdung
Resdung ringan pada peringkat permulaan selalunya akan pulih sendiri. Tetapi kalau masih berterusan lebih 2 minggu dan mukus mula menunjukkan perubahan warna, rupa dan bau, itu petanda mungkin memerlukan rawatan antibiotik untuk membantu.
Sekiranya lapisan mukus dan nanah yang melekat dan mengeras pada lapisan saluran sinus semakin menebal, doktor biasanya menyarankan pembedahan. Pembedahan ini menggunakan alat laser untuk memotong lendir-lendir atau mukus yang pekat dan melekat pada daging kerana mukus ini sangat pekat dan melekat seperti sebahagian daging dan amat mustahil untuk dikeluarkan melalui hembusan.
Bolehkah Resdung Dicegah?
Lagi banyak kita kaji dan faham, lagi banyak persediaan kita boleh bantu diri kita sendiri untuk mencegah, atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan risiko jangkitan supaya tidak menjadi bahaya.
Yang penting, perlu kuatkan antibodi badan serta sistem imun untuk menghalang dari merebak serta mengakibatkan kerosakan yang lebih besar lagi…..
Set Resdung Shaklee
Alfalfa Complex
- membantu mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
- kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
- mereka yang menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa.
Vitamin C
- Vitamin C berfungsi sebagai antioksida terbaik dalam meningkatkan antibodi dan imuniti (daya tahan) seseorang menghadapi serangan penyakit.
- Mempercepat proses penyembukan tisu badan.
- Vitamin C memastikan proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
B Complex
- B Complex bertindak sebagai penenang, penstabil hormon dan ubat tahan sakit semulajadi bagi membantu mengurangkan kesakitan terutamanya di muka
- B6 yang terkandung di dalam B Complex berperanan memeliharan selaput lendir agar kekal sihat dan “kuat” untuk melawan radang
Nak dapatkan SET VITAMIN UNTUK RESDUNG dengan segera? Boleh klik terus di sini!
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Memang sangat membahayakan resdung ni, tak boleh dipandang enteng kan?
Noriza Abdul Rahman recently posted…Amaran!!! Anda Perlu Tahu 10 Tanda Kemungkinan Ada Penyakit Buah Pinggang!
Tu la yang risau juga ni.. Sendiri pun ada resdung.. Faktor umur semakin meningkat, imun sistem badan pun semakin merosot.. Kena sentiasa bersiap sedia bantu kuatkan sistem imun badan ????????
Yana VitaminKita recently posted…Promosi Shaklee Mei 2017 | Premium Item Shaklee
wow..bahaya juga resdung…minta-minta kita dijauhkan
mrhanafi recently posted…5 Senarai Kereta Sedan Pilihan Hati
Tapi kata orang resdung ni macam semua orang pun ada cuma serangan tu kuat atau sikit-sikit je.. Wallahua’lam
Yana VitaminKita recently posted…HQ Shaklee di Sunway Geo Tower Bermula 25 April 2017
Eeh, sampai kena bedah. minta dijauhkan lah resdung ni.
Takut kan? ????
Yana VitaminKita recently posted…Promosi Shaklee Mei 2017 | Premium Item Shaklee
Sebaiknya cegah sebelum parah..
Betul sangat tu Nur.. Tu yang saya sendiri pun gigih kuatkan sistem imun badan nak cegah radang ni ????
Yana VitaminKita recently posted…Leptospirosis: Penyakit Kencing Tikus Pembunuh Senyap
ada juga family member yang kena operate resdung, saluran pernafasan makin tersumbat sampai kena bernafas dari mulut. Kena cegah dari awal masalah resdung nih.
Bila orang cakap boleh jadi sampai kena bedah dulu-dulu mesti tak percaya.. Tapi bila ada orang sekeliling yang kita kenal alaminya, baru nak ambil prngajaran.. Ni saya la ni ????
Yana VitaminKita recently posted…“Parut Chicken Pox Hilang Dengan Bantuan Suplemen”
Kalau dah teruk sangat memang operate lah jawabnya. Kalau tak, tersiksa tu nak menahan sakit dan susah bernafas, kan? Ada risiko dapat komplikasi lain pula tu.
Oja Samid recently posted…Pilih Rawatan Resdung Betul-Betul, Jangan Sampai Tertipu!
betul tu.. selalunya kalau dah operate, keadaan bertambah baik.. cuma kena sentiasa berjaga-jaga takut berulang lagi
Yana VitaminKita recently posted…Tanda-tanda Awal Kanser Ovari Yang Selalunya Dianggap Masalah Biasa
Tak sangka, kalau dibiarkan melarat terpaksa buat pembedahan hidung pula
azimah mohd zainuddin recently posted…Himpunan Testimoni Shaklee Collagen Powder
Pingback: Top 10 Best Seller Vitamin Shaklee | Produk Shaklee Paling Laris