Siapa yang tak pernah sakit kepala? Tipula kan? Kehidupan sekarang yang semuanya nak cepat, sibuk, stress dengan pelbagai masalah, yang kadang-kadang bila sakit kepala je terus nak cepat baik dengan ambil panadol je. Kalau selalu bergantung pada ubat pun tak elok tau.. boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih serius.
Sebenarnya sakit kepala adalah satu signal yang baik yang memberitahu bahawa badan kita kehilangan sesuatu. Mungkin kita perlukan sedikit rehat, atau minum sedikit air, atau mungkin juga kita perlu mengubah sedikit diet seharian kerana mungkin ada kekurangan vitamin dan nutrisi dalam badan yang boleh mengakibatkan sakit kepala.
Punca Sakit Kepala
Sakit kepala boleh dicetuskan oleh tekanan, keletihan, alahan, sakit mata, postur yang lemah, alkohol atau dadah, gula dalam darah rendah, masalah hormon, sembelit dan kekurangan pemakanan. Badan memberitahu kita bahawa sesuatu perlu berubah, jadi mula ambil peduli isyarat tersebut termasuk mengambil kira beberapa petua yang mungkin boleh membantu melegakan sakit kepala tanpa bantuan panadol.
Petua Legakan Sakit Kepala Tanpa Bantuan Panadol
Minum Air Kosong Banyak-banyak
Kebanyakan kes sakit kepala ni adalah berpunca dari dehidrasi atau kekurangan air! Haaaa… ni petua paling mudah. Minum air kosong yang secukupnya setiap hari. Pastikan badan kita kekal hidrat. Mudah kan? Boleh bantu rasa kenyang, bertenaga dan legakan sakit kepala juga. Ingat lagi dulu-dulu kalau sakit kepala dan pergi jumpa doktor, soalan pertama yang ditanya ialah “berapa gelas air kosong awak minum semalam? Berapa gelas hari ini?” Kantoi sendirilah kalau memang kurang minum air tu :p
Baca juga: Tips Minum 3 liter Air Sehari
Minum Teh Halia
Yang ni Cik Puan VK pun memang buat. Lepas minum ni kejap, lega rasa sakit kepala tu. Ada kajian yang cakap, halia memang bagus sebagai petua legakan sakit kepala sebab halia ni boleh mengurangkan radang dalam salur darah kepala. Cara penyediaanya mudah je. Tapi kalau Cik Puan VK yang tak berapa rajin ni suka letak Peppermint Ginger Plus je dalam secawan teh panas. Cepat dan sedap!
Baca juga: Perut Kembung Sehingga Sakit Kepala
Tuam Pek Ais
Ini mungkin yang paling mudah untuk legakan sakit kepala. Berbaring dengan pek ais diletakkan di atas dahi, atau di belakang leher dan bahu. Pek ais ni kalau siapa yang tak ada, boleh ambil kiub-kiub ais dan balut dalam tuala. Kalau anda ibu yang menyusukan anak, boleh juga gunakan icepack kecil yang digunakan untuk menyejukkan susu ibu semasa di luar.
Rendam Kaki dengan Air Panas (suam)
Percaya atau tidak, merendam kaki dalam air panas akan membantu kepala anda berasa lebih ringan. Dengan cara membantu menurunkan darah ke kaki anda, rendaman kaki pada air panas akan mengurangkan tekanan pembuluh darah di kepala. Untuk sakit kepala yang teruk, boleh menambah sedikit garam ke dalam air.
Rendam Tangan Dalam Ais
Caranya, rendam tangan ke dalam ais (air yang berais) selama mana mampu bertahan. Semasa merendam, tangan dikepal buka dan tutup sekerap yang boleh. Konsepnya sama seperti tuaman pek ais di kepala tadi ~ situasi sejuk akan membantu salur darah yang terbuka luas mengecil.
Minum Kopi
Haaa.. bunyi macam pelik kan? Selalunya orang sakit kepala sebab minum kafein. Tapi kita cuba guna kafein untuk petua legakan sakit kepala. Tak perlu banyak cuma satu cawan kecil kopi yang pekat. Kafein membantu mengurangkan bengkak pada salur darah, dan kemudiannya boleh membantu legakan sakit kepala. Rahsianya dalam kafein ni ada beberapa “ubat penahan sakit”. Tetapi harus berhati-hati kalau anda memang penggemar kopi tegar, petua ni tak boleh diguna pakai. Caffein withdrawal akan menyebabkan kepala bertambah sakit.

Daun Bunga Raya
Ni mak-mak selalu buat dulu ni. Ambil daun bunga raya, ramas-ramas separa hancur bersama sedikit air dan tempek-tempek pada dahi dan kepala. Daun ini memang menyejukkan dan menyamankan. Lega dan ringan je rasa kepala. Petua untuk kurangkan panas demam pun boleh juga ni.
Santan Dan Asam Jawa
Campuran asam jawa bersama santan dilumur pada seluruh kepala dan bungkus kepala dengan tuala selama sekurang-kurangnya setengah jam atau sehingga kering. Kemudian bersihkan kepala dan rambut dengan air dan syampu.
Urutan
Sakit kepala juga boleh terjadi bila ada ketengangan pada otot leher. Boleh mencuba teknik urutan sendiri pada belakang leher, sekitar bahu, dan otot-otot belakang.
Tidur
Yang ni Cik Puan VK selalu buat. Bila sakit kepala, memang tidur la ubatnya. Tetapi sakit kepala ni susah nak hilang kalau tidur tak cukup dan tak berkualiti. Sebab tu sebelum tidur Cik Puan VK cuba amalkan Ostematrix dan B Complex.
Dalam Ostematrix ni ada magnesium. Menurut Dr Axe, magnesium adalah salah satu ubat sakit kepala yang paling mujarab, dan yang paling utama ia lebih selamat daripada ubat penahan sakit. Orang yang mengalami sakit kepala yang serius, seperti migrain, sering mempunyai tahap rendah magnesium, dan beberapa kajian menunjukkan bahawa magnesium boleh mengurangkan kekerapan serangan migrain pada golongan ini.
Magnesium boleh menghalang gelombang isyarat otak, yang dipanggil kortikal yang menyebarkan kemurungan, menghasilkan perubahan visual dan deria yang biasa apabila mengalami sakit kepala, terutama migrain. Magnesium boleh menyekat penghantaran bahan kimia sakit di dalam otak, dan ia boleh meningkatkan fungsi platelet yang akan membantu badan bertindak balas kepada kecederaan dan mengelakkan pendarahan.
Dr Axe pun menyarankan juga ambil B Complex sebab kekurangan vitamin B pun boleh buat sakit kepala. Haaa… Cik Puan VK apply yang mudah dan cepat je 🙂
Nak dapatkan Ostematrix dan B Complex segera? Klik sini
Kredit: Best Health Mag, University Health News, DrAxe.Com
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Sedapnya pekena teh halia kalau diserang sakit kepala ni. Terasa angin keluar dari otak…haha
Hihihi kan.. Keluar abis angin macam hilang batu berat yang dok tindih kepala je ????
Yana VitaminKita recently posted…Pengedar Shaklee Bangsar South City dan Bandar Tun Hussein Onn
Tidur paling mujarab hehehe. Lagi lepas telan kembar dua beradik tue kan ???? Lega rasa bila bangun tidur.
Nur Razali recently posted…Penyebab Kencing Tak Lawas Di Kalangan Warga Emas Lelaki
Betul sangat!! Tambah-tambah kita yang mak anak kecik ni.. Dapat tidur berkualiti sekejap pun jadi la.. Legaaaa sangat rasa
Yana VitaminKita recently posted…Kencing Tak Lawas: Masalah Biasa atau Ada Yang Tak Kena?
Caffeine withdrawal tue seram sket, maklumlah coffee addict. Sekarang tgh slow2 reduce caffeine sbg persediaan nak puasa, hihi. Kalau tak, first day puasa, kompem migraine teruk…
arnie recently posted…Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat Dengan Urutan 6 Titik Utama
Kak Yong pun kalau sakit kepala mesti nak minum kopi. Tapi paling syok sekali kalau dapat tidur.
azimah mohd zainuddin recently posted…Himpunan Testimoni Shaklee Collagen Powder